Khamis, 16 Ogos 2012

Buka Puasa Di Restoran Ayam Penyet Ria Summit USJ

Sebelum bulan Ramadhan ni habis baik la kiranya aku habiskan entry pasal berbuka puasa kat luar.. ni last sebab esok aku dah tak buka kat mana mana dah..kot.. buka kat rumah je nanti, kat kampung.. ni pun acara minggu minggu lepas, cuma tak update je dalam blog.. so ini la dia majlis iftar bersama pencinta haiwan hoho..

Sebut pasal iftar.. makin famous pulak perkataan ni kan.. ni mesti kata pinjaman daripada bahasa arab.. kat radio/ mediamassa pun dah banyak digunakan.. perkataan iftar ni dah diserap dalam bahas melayu piawai ke?.. ke aku je yang baru tahu.. emmm mana mana la..

Beberapa hari yang lepas kitaorang buat demonstrasi aman penyerahan memorendom bantahan terhadap MMU Cyberjaya ekoran rakyat afrika students MMU yang campak anjing dalam lubang, ada tersebar dalam youtube.. news paper pun ada tulis pasal benda ni.. kitaorang sebagai aktivis haiwan membantah kekejamah terhadap haiwan.. kitaorang juga telah bertemu Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya Dato' Aziz bersama pegawai pegawainya yang lain Dato' Dato' bagai.. dan kemukakan beberapa tuntutan.. 

Selesai je semua tu kitaorang terus singgah kat Restoran Ayam Penyet Ria Summit USJ, enam orang je, yang lain berbuka kat mana mana.. nanti aku cerita sikit pasal demo tu yerr.. sekarang ni kita cerita pasal ayam penyet je dulu ok..

Hidangan berbuka puasa, watermelons, sup soto ayam, ayam penyet, daging penyet, air dll.. dan macam biasala kurma sorang sebijik pun ada..

Ayam penyet ni selain ayam dia yang sedap, ulam, kangkung dan sambal dia pun tidak kurang hebatnya.. kau kau punya pedas, sampai berpeluh makan..

Nasib orang tukang gambar, kalau mintak gambar dengan orang lain payah betul nak dapat shoot yang best, angle tak betul la, kabur la,shaking la.. sabo je la hahaha..

Terima kasih kepada En. Sharul (yang pakai baju putih tu) sebab payung kitaorang makan kat Ayam Penyet Ria ni.. semoga rezki En. Sharul makin bertambah tambah selepas ini aminn..

Alhamdulillah selesai sudah ibadah zaka untuk tahun ini.. untuk tahun yang kesekian kalinya selepas berkerja.. dah pandai cari duit sendiri so zakat pun pandai pandai lah tunaikn sendiri ya, tak payah dan nak mengharap mak ayah..

Malam tadi juga adalah tarawih aku yang terakhir untuk tahun ini kat Selangor.. esok sambung kat Sabah pulak.. inshallah, semoga semunya dipermudahkan.. sebab memang berazam untuk penuhkan tarawih tahun ni..

Apa apa pun, doakan perjalan aku selamat sampai ke kampung halaman kat Lahad Datu Sabah.. bermula esok selama 12 hari aku akan bercuti di kampung, cuti sakan hehe.. untungla...

Sabtu, 11 Ogos 2012

Bayar Fidyah Puasa Dan Cara Mengira Fidyah: Maksud Fidyah Dan Jenis Golongan Yang Membayar Fidyah

Ketika bulan Ramadah tidak semua Muslim mampu berpuasa, ada yang puasa separuh separu dan ada yang langsung tak mampu berpuasa dalam tempoh sebulan.. for those yang tak mampu berpuas tu, Islam membenarkan untuk membayar Fidyah

Maksud Fidyah 

Fidyah adalah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakili satu hari yang tertinggal puasa Ramadan padanya.

Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670 gram.Contohnya si polan telah meninggalkan puasanya sebanyak lima hari, maka dia wajib membayar fidyahnya sebanyak lima cupak beras kepada fakir miskin.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Puasa yang diwajibkan itu adalah beberapa hari tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)

Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.


Sumber Bicara Agama Utusan Online

Fidyah boleh dibahagikan kepada dua golongan:

1. Membayar fidyah sahaja
a. Uzur, sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh
b. Orang yang telah meninggal dunia (hendaklah desempurnakan oleh waris si mati)

Kaedah pengiraan: 1 cupak  x jumlah hari yang ditinggalkan puasa

2. Membayar fidyah dan Qada' Puasa
b. Perempuan hamil yang dikhuatiri menjejaskan kandungannya
b. Perempuan yang menyusukan anak, yang dikhuatiri kering air susunya

Kaedah pengiraan: 1 cupak x jumlah hari yang ditinggalkan puasa + menggantikan bilangan puasa yang di tinggalkan

c. Melambatkan qada' puasa hingga melangkan ke bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Kaedah pengiraan: 1 cupak x jumlah hari yang ditinggalkan puasa (jumlah fidyah adalah berganda mengikut tahun yang ditiggalkan + menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan.

Sumber: izakat.com

Cara mengira fidyah

Sila klik link ini----> Kalkultor Fidyah Lembaga Zakat Selangor



Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan memerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai wang ringgit, pakaian dan sebagainya.

Sumber Lembaga Zakat Selangor

Ok itu je ilmu yang di cedok daripada beberapa sumber.. sekadar untuk berkongsi dan extendkan ilmu yang ada di alam maya ni.. selamat beribadah..

Babab.net