Khamis, 31 Mei 2012

Warung Mak Teh Mee Banjir Udang Kuala Sepetang

Jika korang berjalan jalan ke Taiping Perak mungkin tak lengkap jika korang tidak berkunjung ke Kuala Sepetang.. apa yang best kat sana? sudah tentu la dengan mee udang dia hohoho..

Di Kuala Sepetang ada beberapa warung mee udang yang sangat terkenal, tempat untuk menggemukkan badan.. pernah masuk tibi, majalah, surat khabar bagai.. blog lagi, jangan cakap la, semua nak story kan.. antara warung yang famous amos ialah Mee Udang Mak Jah dan Mee Udang Mak Teh.. tapi untuk entry ini aku nak story satu tempat makan je la.. gila kah aku nak makan sampai kedua dua tempat haha..

Ok mari kita meliur liur diri tengok gambar mee udang daripada Warung Mak Teh Mee Banjir Udang.. ha! baca betul betul.. ada perkataan banjir udang kat situ...

Jangan Risau, untuk sampai ke sini, on je GPS korang kompom tak sesat.. paling senang kalau ada member orang Perak bawak dia sekali.. Warung Mak Teh Mee Banjir Udang ni ada kat tepi jalan.. nampak je dua ekor udang terkebil kebil matanya...

Terdapat tiga jenis hidangan.. ada mee udang RM 6 ringgit, ada yang RM10 dan ada yang RM12.. kitaorang semua order yang RM 6 je.. tak pasti apa beza ketiga tiga jenis hidangan tu, sama ada size kah apa kah.. sesetengah blog cakap beza pada jenis udang, ada udang laut, udang ternak dan udang air tawar.. datang sendiri dan tanya baru tahu..

Tengok la banjir tak banjir udang dia hahaha.. mahu tujuh ekor udang dalam satu mangkuk, aku makan pun mee dia dah dekat nak habis tapi udang dia banyak lagi.. kuah dia pun tak cair sangat dan tak pekat sangat.. sedap jangan cakap la.. eeemmm

Part yang paling best ialah menyantap udang udang dia.. segar pun segar.. juicy lagi tu, wah sungguh enak sekali hahaha.. tapi aku syak udang yang kitaorang makan tu adalah jenis yang diternak.. well sebenarnya aku tak reti nak bezakan jenis jenis udang.. aku bantai je, semua sedap bagi aku grrrrr...

Beginilah suasana kat Warung Mak Teh wing sebelah kiri.. ada lagi satu wing sebelah kanan.. time lunch hour, cuti sekolah dan weekend kompom ramai orang kat sini..

Oh ya, kalau korang tak boleh makan udang.. alergi gatal gatal katanyerrrr, korang boleh order makanan lain.. ada je goreng goreng..

Ok itu je la, datang tepeng jangan lupa singgah di Sepetang tau.. bukan Sepitang ya, Sepitang tu kat Sabah.. memang tak rugi, antara makanan must eat kat Perak..

Alamat:
Warung Mak Teh Mee Banjir Udang,
Batu 19 1/2, Kampung Tebok,
Jalan Kuala Sepetang,
34750 Matang, Perak. 

Tag: Tempat Makan Yang Best Kat Perak, Mee Udang Kuala Sepetang, Makanan Sedap Di Perak, Jalan Jalan Cari Janda hahaha..


Isnin, 28 Mei 2012

Pemandangan Malam Sekitar Bandar Kuala Kangsar

(Banyak gambar kalau berat pangkah terus) Olla kengkabut nak upload picture.. baru balik daripada Perak jalan jalan cari makan cari tempat tempat yang best cari pasangan hidup dan macam macam lagi hahaha.. sori lama tak round round kat blog korang.. ada dua tiga orang je yang sempat pegi, tu pun tak larat nak guna bb...

Btw, berikut adalah beberapa gambar kat Kuala Kangsar, pemandangan pada waktu malam.. cantik tau di sekitar Bandar Diraja Perak ni waktu malam.. ni hari hari biasa, bayangkan kalau dekat dekat dengan Hari Keputraan Sultan Perak.. banjir bandar ni dengan lampu lampu yang lawa..

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 

Pemandangan di sekitar Istana Iskandariah Kuala Kangsar 

Jeti berhampiran dengan Taman Kuala Kangsar.. ni kat Sungai Kangsar 

Keychain yang comel comel kat Arena Square Kuala Kangsar.. sepuluh ringgit dua uolllzzz...   

Hemm!! mutiara Sabah pun ada jual kat Kuala Kangsar.. brother yang jual ni isteri dia orang Tawau..

 Belon belon boboibay pun ada jual gak..hehehehe..

Pemandangan malam Jambatan Sultan Abdul Jalil Kuala Kangsar daripada jeti

Highway kat sini macam I-city   

 Singgah kat Restoran Benteng.. mati mati aku ingat restoran Ben10, member aku kencing aku hahaha..

Air kelapa laut kat Restoran Benteng Kuala Kangsar.. sedap, biasanya air kelapa laut color lain kan, yang ni tak, jernih je..

Nasi Phak Ka Phau.. makan tak hingat gusi baru habis opret.. sedap, tapi pedas la.. mandi peluh aku makan hahaha..

Ada banyak tempat yang aku dah pegi sepanjang dua hari satu malam aku kat Perak.. aku akan breakdownkan dalam siri entry entry yang akan datang hahahaha.. ya serius ada banyak, tak muat nak story dalam satu dua entry.. korang akan termuntah dengan more pictures and entry yang mendatang hahahaha..

Babab.net