Selasa, 15 Mei 2012

Pengalaman Aku: Pembedahan Gigi Bongsu (wisdom teeth)

Mari kita sambung story aku pasal gigi tu.. orang cakap kalau kita tak de pengalaman ada baiknya kalau kita belajar daripada pengalaman orang lain aje.. paling kurang pun ambil tahu je la. oooo cam ni, oooo cam tu oooo cang gini rupanya hahaha..

Disebabkan gigi, aku first time masuk tidur dalam wad dan kena operation.. dalam entry aku yang sebelum ini cakap aku kena buat operation gigi kan.. dan aku decided untuk buat operation kat Sime Darby Medical Centre.. tup tup aku pegi kat hospital tu pada 9 haribulan May.. apa lagi mintak MC la sehari..

Dengan pertolongan member opis aku yang gojes bernama Alia, aku dapat GL daripada PMCare dan buat appointment dengan dentist Dr. Mohd Noor Awang.. cool je doctor dia, daripada cara bercakap aku suspek dia ni orang Kedah.. tengok kat pintu, dia bekas study kat London..

So, Dr Mohd Noor cakap aku kena buat operation buang wisdom teeth dan sebelah kiri yang tolak gigi gigi aku yang lain... dan tengok gigi aku yang rosak tu.. kalau dia tak effect kat saraf tak payah nak buat root canal treatment.. dia tanya lagi "nak buang jugak ke gigi bungsu yang sebelah kanan?" tapi aku cakap tak sakit pun.. dr tu cakap soon dia akan sakit, sama ada dia buruk atau dia terus menolak gigi macam sebelah kiri aku ni.. one shoot buang je la dua dua.. aku cakap okay fine, buang je la..


Dan begini la kejadiannya, kat atas adalah gambar aku sedar sepenuhnya selepas pembedahan.. masih nampak hensem lagi kan hahahaha... pada petang Jumaat tu habis kerja aku 'check in' kat hospital SJMC.. thanks En Fadir yang banyak membantu.. aku duduk kat sepital sorang sorang single room, juadah gigi bungsu aku yang terakhir ialah burger Subway, tabah je aku makan kat bawah sepital tu sorang diri.. pedulik hape, sebab dia dah nak kena buang dan aku kena puasa start pukul 12 malam sebab esoknya nak kena opret..


Pagi Sabtu aku siap siap tu masuk ke bilik pembedahan, sign document pembedahan, berak kencing semua dan pakai gaun warna pink.. kelakar sebab aku pakai gaun tu dengan baju kat dalam seluar panjang dan boxer sekali.. aku tak tahu, rupanya kena bogel kalau nak pakai gaun tu hahahaha..

So, 9. 30 pagi aku dah kena tolak tolak atas katil pegi turun kat tingkat satu.. kat situ ruang menunggu tuk pembedahan, sorang dokter pakar bius datang explain pasal bius dan aku pun turunkan tandatangan kat situ.. aku sign je pun sebenarnya, malam sebelumnya aku dah baca document tu dan aku faham..

Selepas je doctor tu masukan bius dalam badan aku, mata aku terus berpinar pinar, siling meja orang katil semua tunggang langgang aku tengok.. tak lama pastu aku sedar katil aku tu diorang sorong masuk kat bilik pembedahan.. sempat tengok lampu lampu tuk pembedahan aje, muka Dr Mohd Noor pun aku tak sempat tengok selapas dia masukan sekali lagi bius tak silap aku.. then aku tak sedar apa apa dah..  

Aku separuh sedar masa aku dah dalam lift nurse tolak bak masuk dalam bilik.. aku tak sedar pun masa operation tu diorang buat.. tahu tahu je nurse cakap " Abu Abu wake up!!" aku tanya "Done?".. "Yes you going beck to your room".. pastu aku sambung pengsan..hahahaha

Aku dah sedar sepenuhnya dekat pukul 1.00.. dan rasa bekas pembedahan tu tahu tahu je la.. aku dok tekan tekan suis nak paggil nurse.. aku cakap sakit, then diorang datang bagi inject pain killer dalam saluran air kat tangan aku.. muka dah mula sembam dan badan lemah..

Ni cocok cocok air ni aku mana pernah buat.. first time semuanya, thanks gigi yang sakit sebab bagi aku pengalaman yang macam ni.. mula mula nak cucuk tu semua aku rasa oh damn.. sepanjang aku dalam wad tu aku kena dua atau tiga bag air tak silap aku, termasuk semasa pembedahan.. nurse cabut hos tu masa petang dah..

Oh btw, sempat gak wish Happy Nurse's Day kat diorang hehehe.. sorang tu cakap "You the only patient yang wih Happy Nurse's Day today" aku senyum je.. tupun aku tahu sebab trending kat twitter hahaha.. ramai Nursing student beb.. Sime Darby Nursing College..

Sepanjang dalam bilik hospital tu ini la yang aku buat.. makan bubur yang diorang bagi, tengok Mania, tukar tukar channel, bbm, twitter dan facebook memanjang.. bosan gila, sebab tu ada gambar warna warni ni hahaha.. tak de kerja aku edit guna BlackBerry.. tapi cantik gak aku tengok hahaha..

Maklum la kat sini aku tak de family, yang ada pun cuma kengkawan baik je.. diorang la yang datang melawat aku kat wad, thanks kat En. Azrul, En Fadir, Ustat Saufi dan Cik Hani.. macam macam, ustat ada bagi kuliah maghrib lagi, Azrul yang balik time aku tak sedar dan Hani yang bagi kad.. thank kat korang.. well mak dan family aku kat Sabah pun cuak pasal pembedahan aku ni.. sal gigi je pun..

Yang dalam botol tu adalah gigi aku yang doctor cabut nak bagi kat Ratatouille hahaha.. empat batang semunya, aku pun pelik.. aku terfikir apa yang dokter tu buat sebenarnya, apesal banyak sangt cabut.. buat root canal treatment ke tak.. aku jadi musykil..

Hari Ahad aku discharge daripa hospital.. tapi sebelum aku keluar Dr. Mohd Noor datang bagi consultation dulu, time tu gak aku tanya apa yang doctor buat sebab aku tak sedar langsung dan tak pernah jumpa dia selepas pembedahan Sabtu tu.. dia cakap, sebenarnya gigi yang dia cabut tu cuma dua je, disebabkan payah nak cabut, kena belah gusi bagai, so dia kena potong gigi aku belah dua.. oooo baru la aku faham.. then aku tanya lagi, buat tak root canal treatment.. dia cakap tak buat pun, sebab gigi yang rosak tu tak banyak, tak effect pegi saraf lagi, dia cuma bersihkan, buang dressing yang klinik sebelum ni aku jumpa, dan tampal aje gigi tu.. oh okay fine...

Lebih kuarang pulul 2.30 macam tu aku discharge, tunggu hospital sipakan bill.. dan aku tengok total kos pembedahan semua semua terbeliak matak aku hahahaha.. kakak kat kaunter tu, cakap "This one you punya bill, I akan call insurance yang adik guna ni dan tengok mana yang dia cover dan mana yang dia tak cover, kalau yang tak cover tu adek kena bayar sendiri la".. aku cakap oh ok..

Masa otw nak balik rumah singgah jap kat restoran Murni Discovery kat Taipan Subang.. lek lek dulu minum minum dangan en Fadir dan kawan dia.. tetiba kakak kat hopital SJMC tu call cakap adik kena bayar 4 ringgit 60 sen je tuk sampul surat.. yang tu insurance tak cover, nanti bayar time follow up check gigi Friday ni.. hehehehe Alhamdulillah.. dan sekarang aku duk kat rumah MC 5 hari.. asyikkkk...

Isnin, 14 Mei 2012

Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment) dan Cabut Gigi Bungsu (Remove Wisdom Teeth)

Ini adalah kali pertama gigi aku dinodai oleh dokter gigi.. even gigi aku ni tak cantek mana, tapi sejak zaman kanak kanak rebina lagi gigi aku tak pernah disentuh, diusah, diketok ketok, dixray bagai oleh dokter gigi.. tapi pada awal bulan May baru baru ni tetiba aku diserang sakit gigi.. first time sakit gigi yang macam ni.. dulu masa budak budak gigi aku yang pecah ke, bedarah ke, goyang ke biasanya aku cabut sendiri.. ntah masa tu senang je tanggal, ikat dengan benang pastu tarik hahaha kampung style.. maybe mugkin sebab gigi susu kot, tak sakit mana, syok je goyang goyang pastu tarik..

First time pegi kelinik gigi 8 May 2012, dentist tu xray dan buat dressing kat gigi aku..dressing means dia tampal sikit sikit tempat bahagian yang belubang then kalau sakit lagi kena datang lagi kat klinik dia dan buat treatment terus.. dia cakap gigi aku yang buruk tu tak banyak, masih boleh diselamatkan lagi, dia suggest  aku buat root canal treatment dan buang gigi bungsu atau wisdom teeth yang menolak gigi sebelah depan dia..dokter tu suh aku skali buat scaling hahaha.. maybe sebab banyak karat kot kat gigi aku ni..
Wisdom teeth ni orang Melayu sebut gigi bugsu la.. wisdom teeth ni biasanya mula tumbuh pada usia 17 hingga 25 tahun.. dalam satu populasi, hanya 35% je yang tidak akan ada wisdom teeth, betuah la korang kalau korang dalam kelompok yang itu.. selebihnya akan ditumbuhi dengan wisdom teeth, tapi bergantung.. some of them mungkin tidak memudaratkan.. 


Apa yang aku faham dokter tu cakap wisdom teehs aku ni dah menolak gigi gigi kat depan dia, menyebabkan gusi aku bengkak dan makanan mudah tersangkut kat between wisdom teeth dan gigi depan dia.. punca gigi aku buruk dan sakit.. 


So, dokter gigi tu cakap wisdom teeth tu mesti kena buang dan gigi depan dia perlu dirawat dengan kaedah Rawatan Akar Gigi atau bahasa orang putih dia Root Canal Treatment.. macam mana root canal treatment tu? tengok gambar kat bawah..


Seram je kan tengok gigi di korek korek macam tu.. sayang kalau nak buang gigi yang rosak sikit sikit.. sebenarnya ia masih boleh diselamatkan lagi menggunakan kaedah macam dalam gambar kat atas tu.. gigi dibersihkan buang bahagian yang buruk termasuk saraf yang ada kat dalam gigi..means tak de dah rasa sakit sebab tak de saraf.. bahagian dalam gigi dimasukkan dengan gutta percha dan tooth colored... cam mana seram kan..

Tapi perlu diingat kaedah ni adalah kaedah mematikan gigi, maksudnya gigi ko lekat kat situ je.. dia rosak ke patah ke korang takkan rasa apa apa sebab saraf dia dah kena buang, gitu gitu je gigi korang kat situ mati.. so, bagi aku kalau root canal treatment ni masih boleh dielakkan aku pilih jalan yang itu.. 

Dokter gigi tu cakap, yang aku ingat la tak silap aku.. kalau nak buat root canal treatment tu kena bayar lebih kurang RM 2000 dan tampal cost dia dalam RM 500.. see untuk RCT je dah RM 2500.. pastu kena cabut wisdom teeth lagi RM 800 sebijik lepastu scaling lagi dalam RM100.. so come up with RM3500.. tu tak termasuk kalau ada komplikasi berlaku, kalau ada kompom la cost dia lagi mahal ye dak.. 

Hari tu sahaja cost gigi aku kat klinik dah RM120 untuk dressing dan 2 kali xray.. disebabkan klinik gigi ni tak boleh nak cover terus guna insurance (PMCare) company tempat kerja aku, so aku decide pegi kat private hospital yang boleh cover terus guna PMcare.. private hospital lagi ok, accommodation dan service dia lagi bagus.. aku pegi kat Sime Darby Medical Centre Subang Jaya.. SJMC or SDMC whatever.. 

Nak tengok gambar aku dan nak tahu macam nana aku batak first time tidur kat ward kena bius, pengsan cabut gigi muka sembam bagai.. nantikan entry aku yang seterusnya jeng jeng jeng.. tapi korang yang friend list aku dalam facebook dan follow kat twitter mungkin dah tahu story aku kan hahaha

Babab.net