Sabtu, 21 April 2012

Jalan-jalan Di Zoo Taiping

Mari menjinakkan binatang binatang yang merbahaya/berbahaya di Madagascar.. seperti yang kitaorang telah lakukan terhadap beberapa ekor binatang jahat yang duduk di depan pintu masuk zoo..

kawan aku hampir kena makan oleh badak bluehippo.. kasihan delouuuu...

badak yang gemok tu aku dah jinakkan.. tapi mulut dia aku tak reti nak tutup, asyik menganga je kerja dia... 

 lagak ngeri, don't try this at home okay.. ini lah dia si sang bedal, saja letak kaki kat celah gigi dia.. dia tak gigit pung.. maklumlah orang berani la katakan...

tak takut kena cakar, kawan aku pula berjaya menjinakan singa daripada afrika yang hitam legam.. mentang mentang daripada afrika nak hitam jugak kan singa dia.. serius ini singa ke harimau, aku kompius.. 

usai menjinakkan singa si raja rimba.. dia lantas pergi memerah susu sang sempok.. btw, itu susu kah apakah haha... macam biji kontol dia jak...

sambil tu aku pulak baring baring di atas ribaan seekor orang utan betina.. muka tak menahan hahaha.. 

dan gaya chimpanzee yang cuba dilakukan oleh kawan aku.. yoh yoh wassap!!

 gaya apa ni en fadir?! ha gaya apa ni... stylo mylo...

Selamat Datang Ke Zoo Taiping & Night Safari...errr taip balik je, abu pemalas...

Hahaha aku gurau aje.. ini entry merapu, tak de motif selain nak bagi tahu korang yang aku dah sampai kat pintu masuk Zoo Taiping Perak.. binatang pegun ni semua berlegar legar kat luar zoo.. tapi sila maklum yang kitaorang bertiga bukan binatang hahaha.. I like to move it move it.. ya like it.. move it!!

Ahad, 15 April 2012

Perlu Ke Nak Hapuskan PTPTN

Siapa yang tak suka kalau dibagi duit free.. duit halal boleh pakai beli baju, beli buku, beli kasut, beli laptop, henpon dan beli macam macam benda termasuk boleh pakai sara hidup dan kos pembelajaran selama tiga empat tahun.. siapa yang tak nak? aku pun nak dowh..

Mungkin itu la yang diperjuangkan oleh team Adam Adli semalam kat KL.. berarak daripada masjid jamik menuju ke sogo ke hape.. aku pun tak tahu sangat, sebab aku just baca apa blog dan facebook yang user kongsikan.. aku faham, mungkin mereka bermaksud hapuskan PTPTN tu dan tukar kepada bentuk yang lain seperti biasiswa, pendek kata bukan sebagai pinjaman, bagi free free je duit tu kat student termasuk yuran pengajian free kat IPT.. wah bagus la kalau macam tu, aku sokong..

Ok fine, aku hanya akan sokong jika aku ni bersikap selfish.. tapi sebelum korang judge aku sila letak ke tepih dahulu fahaman politik korang.. sebab aku tak suka berpolitik, kalau undi aku undi, mana yang aku tengok bagus itu yang aku pilih di kawasan aku, aku sangat tidak bersetuju dengan sikap sesetengah kedua dua belah pihak ahli politik yang suka memfitnah, mencaci tah pape.. pengikut pulak taksub sangat, macam tak de kerja lain sehingga sanggup berpecah belah sesama bangsa sendiri disebabkan politik..jelek!! sumber info pun banyak tipu tipu.. sampai kita sendiri pun tak tahu mana lagi nak dapatkan sumber yang boleh dipercayaai.. aku/ kitaorang sebagai anak muda yang katanya sebagai pewaris bangsa pun sangat kecewa dengan apa yang belaku.. ehhh!! macam da lari tajuk pulak dah entry ni..

Menggikut pandangan kuno aku, secara logik la kan.. apa yang akan berlaku kalau PTPTN tu free. semua orang tak perlu bayar balik, cuba bayangkan berapa ramai students kat Malaysia ni.. setiap tahun calon students SPM berapa, plus STPM plus lagi matrikulasi, sekali masuk IPT dan kena tanggung selama tiga empat tahun, cuba bayangkan.. mampu ke kerajaan nak tanggung semua tu, katakan 15-30 ribu sorang, memang la duit kerajaan banyak infect aku pun berpendapat begitu tapi kalau dah tiap tahun bertambah ramai students, cam mana nak tanggung semua..

Ok rasanya boleh kot.. tapi mungkin kadar tax akan dinaikkan la, segala jenis tax termasuk makan kat KFC dan McD bagai akan dinaikkan.. korang rasa adil tak macam tu?.. tentu pastu lagi ramai yang bising.. lain lagi mungkin syarat syarat untuk mendapatkan 'duit free' tu akan diketatkan.. dan makin ramai la lagi orang yang kempunan nak masuk IPT..

Rasanya aku sendiri dan ramai lagi termasuk students yang masih merenggek nak dapatkan degree kat universiti tu hanya akan bersetuju dengan Adam Adli tu kalau diorang boleh yakinkan kitaorang yang pendapatan negara tidak akan terjejas kalau PTPTN tu dihapuskan.. buat proposal, mana nak dapat duit dengan tidak membebankan orang lain.. dan tunjuk kat semua orang.. barulah ramai yang yakin dan menyokong tindakan diorang ni..

Sebenarnya aku adalah antara graduan yang berjaya mendapatkan diploma dan degree.. kalau aku tak dapat PTPTN rasanya aku duduk kat ladang mengait buat sawit.. tak pun aku sekarang duduk kat kampung bertani tanam jagung.. sib baik ada ptptn dapat la jugak aku habiskan study walaupun dengan pointer yang tak seberapa.. but now aku berjaya mendapat kerja yang dikira ok laaa.. mampu beli keta sendiri, beli rumah sendiri, ada motor errr.. tapi kahwin je lagi belom hahaha.. so, perlu lah aku mengucapkan terima kasih kepada ptptn..

Memang pun ptptn ni menolong,  tapi korang akan rasa sendiri betapa diorang ni cekik darah kalau korang dah mula bayar dan tengok statement akaun korang.. korang akan rasa macam tak boleh bla bila korang  tengok interest yang diorang kenakan.. mana diorang dapatkan dana tuk masukkan dalam ptptn dan bagi kat students, bukankah itu duit daripada rakyat, betulkan aku kalau aku silap.. nape nak cekik rakyat..

Rasanya ini lah yang sepatutnya Adam Adli tu boleh perjuangkan.. mintak ptptn kurangkan interest pinjaman, bukan hapuskan ptptn.. ade ke patut tiap bulan interest rm32, sebagai cas perkhidmatan katanya.. tu satu pinjaman, cuba banyangkan aku ni yang ada dua pinjaman, diploma dan degree dah rm64 sebulan.. cuba bayangkan kalau 100 orang, dah rm6400.. cuba bayangkan ada 20000 orang dah rm1280000.. berapa ramai staff PTPTN? cuba bahagi rm2000.. dah 640 orang staff degree diorang boleh gajikan... tu baru 20000 orang.. agak agak berapa ramai peminjam ptptn ni kat Malaysia daripada tahun yang dulu dulu sampai sekarang.. huhuhu..

Tu aku agak agak je la secara logik.. tapi kita yang manganggap ptptn tu duit rakyat dan mereka cuma menguruskannya merasa itu sangat sangatlah tidak patut.. gaji kitaorang berapa je beb, contoh kalau bersih rm1800, cuba tolak kos sara hidup korang sekarang, makan, rumah, keta, tuk makayah, saving, insurance dan lain lain.. tak cukup beb, serius.. yang masih belajar korang tahu la nanti kalau dah kerja..

Setelah aku survey survey tanya kawan kat opis, kawan lama masa kat universiti, tanya sepupu sepupu aku, berapa diorang bayar ptptn tiap bulan.. diorang jawab bayar ikut yang mampu.. kadang 100 kadang 50.. tak pernah lagi aku dengar yang bayar 200.. see, rupanya bukan aku sorang je yang macam tu.. ada ramai lagi kat luar sana, yang merasa terbeban dangan ptptn.. tanya lagi korang isi Ujrah tak?.. diorang jawab Tak.. sebab Ujrah akan ikat dengan kadar tertentu yang korang kena bayar tetiap bulan.. memang beban, sebab tu aku bayar pun takat tak nak nama kena blacklist je.. fikir fikir kalau orang macam aku ni takat bayar 100 je sebulan setalah ditolak interest yang dikatakan cas perkhidmatan tu rm64 maksudnya aku cuma bayar rm36 sebulan je la kan huhuhu..

Mesti ada yang cakap "dulu pinjam kemain lagi tak hingat, sekarang nak bayar kemain lagi liat".. kitaorang bayar ok, bukan tak bayar langsung, cuma sakit hati apabila diorang kenakan interest yang macam tu.. sakit ko tau.. dah macam bank dah nak kaut keuntungan sangat, tak pun macam along berlesen.. nampak figure sakit hati sangat sampai ada yang dah tak nak bayar, biarla kena blacklist tak boleh pegi oversea, peduli hape katanya haha..

So, secara kesimpulannya aku tak bersetuju kalau ptptn ni dimansuhkan, tahu adik adik anak cucu cicit yang lain pun nak pakai jugak duit tu.. tapi tolongla kurangkan interest tu.. sampai ke tua bangka pun tak boleh nak habis bayar..

ps: jika blog ini ( http://paparanku.blogspot.com/2012/04/kita-mampu-hapuskan-ptptn.html ) menyebut fakta dan angka yang betul tentang sebenarnya kerajaan mampu nak hapuskan ptptn.. aku lagi suka hahahaha..

Babab.net