Selasa, 10 April 2012

Baju Tradisional Pasangan Pengantin Suku Kaum Bugis

Kredit kepada Adan kerana berkongsi satu puisi Bugis di ruangan komen di dalam entry aku yang ini.. mungkin lebih elok kalau saya kongsikan kepada anda semua puisi ini.. hasil karya Asmiaty Amat yang bertajuk Manusia Bugis..

Manusia Bugis

Manusia Bugis dilahirkan begitu
Roh perwira tinggalan moyang
Tidak mungkin digalang ganti
Biar beribu tahun berganti

Manusia ini dijadikan begitu
Agama dijunjung,adat dikendong
Bersatu sebati menjadi darah
Menjadi nadi hingga ke tanah

Manusia Bugis begitu sifatnya
Kental juang rajin usaha
Mawatang makkareso tak kira di mana
Keras hati bersemangat waja
Tinggi peribadi baik pekertinya
Besar ego mulia hatinya
Panjang akal luas langkahnya

Manusia Bugis istimewanya begitu
Dicabar jangan
Dihinapun jangan
Ulu pedang jadi taruhan

Rela mati pertahan maruah
Siri' dijaga pesse dipelihara
Derita saudara ditanggung sama
Pada idi pada elo
Sippatottong sippatuo
Menjadi pegangan setiap perjalanan

Keringat yang mengalir dari tubuhnya
Umpama air sakti tinggalan pendeta
Penerus kehidupan zaman berzaman
Tenaga yang dikerah dari jernih perihnya
Umpama titisan embun suci
Menjadi azimat penerus warisan

Hasil Karya: Asmiaty Amat

Dr. Asmiaty Amat
Senior Lecturer Universiti Malaysia Sabah
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
BA.,MA. (UKM), Ph.D (UM) Kepakaran : Persuratan Melayu Jawatan : 1) Pengerusi JK Penerbitan 2) Ketua Editor MANU


Ok serius lari tajuk.. sebenarnya aku nak berkongsi dengan korang, gambar gambar pasangan pengantin memakai baju tradisional daripada suku kaum bugis.. korang memang dah tahu kan, kat Sabah terdapat banyak jenis suku kaum.. kebanyakan mereka menjadikan pakaian tradisional adalah antara salah satu persalinan yang perlu dipakai semasa hari persandingan, macam kat semenanjung gak la pakaian Melayu, siap degan tengkolok samping bagai..

baju suku kaum bugis pasangan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.. sumber 

baju pengantin perempuan, baju bodo.. sumber

baju pengantin dan pengapit lelaki dan perempuan daripada suku kaum bugis.. sumber

Tag: baju pengantin bugis, baju bodo, persalinan tradisional suku kaum bugis,  baju pengantin bugis

Ahad, 8 April 2012

Ladang Strawberry, Kea Farm dan Tempat Makan Brinchang Cameron Highland

Lama tak update kan.. biasalah bukanya aku sorang je kan.. korang pun sama jugak kan kan kan, mode berblogging tu turun naik.. kadang ke laut kadang kedarat, kekadang ke bukit, kadang ke lurah dendam hehe.. aku sendiri pun tak tahu masa depan blog aku ni cerah ke tak cerah errr..

Sebab blogging pun tak de motif yang jelas.. sekadar suka berkongsi cerita, tampat yang aku dah pegi kongsi gambar gambar yang show off.. haha.. tak de la show off apa, sebab kalau nak taip entry panjang bejelah ni aku tak reti sangat.. so biarlah gambar yang bercerita.. tambah sikit sikit captions kira jadi la..

Ok, one fine day.. jeng jeng jeng...

Aku di Cameron Highland bersama rakan sekerja.. mana lagi nak nampak pokok strawberry kat Malaysia ni kalau bukan di CH, walaupun kat Kundasang Sabah pun ada Strawberry jugak tapi agak agak la aku kat sini tetiba ada kat Kundasang pulak hahaha.. Amacam nampak sedap je estoberi ni kan.. 

Malam kat Cameron Highland kalau bukan musim cuti sekolah atau weekend tak de apa sangat.. boring kat hotel Tanah Rata kitaorang cari tempat makan.. cari sampai kat Brinchang, ni tempat makan first time aku pegi.. restoran ape tah aku lupa dah nama dia.. selalunya kitaorang makan kat Restoran Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam yang popular kat Brinchang, tapi kali ni cuba tempat lain pulak.. btw, memperkenalkan two of my lovely friends, umi dan kido.. hehehe macam je pestime gambar diorang muncul dalam blog ni..
 
Masa order makanan, aku tanya apa makanan yang sedap kat situ.. emmm dia jawab "semua sedap" errr?!!.. so aku tanya lagi apa yang dia recommend.. dia cakap "cuba try nasi goreng Cameron Highland".. nasi goreang dengan banyak sayur, sebijik telur mata dan sebijik buah estoberi yang di belah dua.. rasanya kalau tak de estoberi tu, tak dapat la nak bagi nama nasi goreng cameron highland haha.. kesedapan, daripada 5 aku boleh bagi 3 je...

Salah satu tempat yang korang perlu lawat kalau pegi kat cameron highland ialah ladang contoh Ladang Strawberry KHM Strawberries & Jam.. kitaorang pun dah beberapa kali pegi sini, sebab kat sini boleh makan ice-cream strawberry yang sedap.. ice-cream homemade daripada strawberry dan dicampur dengan jam estoberi, jam tu dia letak kalau korang dah nak beli, rm 2 satu cup.. serius sedap.. kat sini jugak korang boleh beli jam yang diorang buat tu, pelbagai jenis dan grade.. sedap tau jam ni, selalu je orang mintak kirim kalau ada orang yang gi CH.. 

Dia sediakan tables tuk orang rehat sambil sambil makan ice.. haven tak haven, sejuk di ladang estoberi, berbumbungkan pokok anggur hijau yang menjalar sambil menikmati ice-cream strawberry hahaha.. tempat rehat ni tak luas mana pun, tapi memang nice la.. rugi kalau tak singgah, kat Kampung Taman Sedia Cameron Highland.. dalam kampung ni jugak ada banyak homesaty..   


Abang kerajaan dan abang kawasan keh keh.. pas ni tak best dah outstation, sebab kawan aku Pokli yang pakai spek tu dah nak benti kerja, di dapat keja kerajaan.. jadi Encek Pegawai Pertanian..

Untuk korang yang tak pernah gi Cameron Highland, Kea Farm adalah salah satu tempat yang wajib korang pegi.. kalau nak shopping di sini la tempatnya.. selain bunga yang pernah aku ceritakan dalam entry ni, di sini jugak korang boleh beli pelbagai jenis buah buahan seperti jambu apple, jagung, strawberry, limau dan banyak lagi.. pelbagai jenis dan perisa teh, souvenirs dan sayur sayuran tanah tinggi.. datang sendiri baru tahu.. pasti korang rambang mata, yang perempuan lagi la, pasti korang akan diracun oleh nafsu sendiri tuk membeli pelbagai jenis bunga bunga yang segar hahaha..

Posing beraksi seperti model di Kea Farm.. ah!! lupakan, sebab kawan kawan aku semua macam ni, suka sangat bergambar, cakap orang padahal dua kali lima haha.. macam ni keadaan di Kea Farm, cuma deretan gerai gerai yang menanti pelanggan untuk membeli, tak sesak sebab hari biasa..

Ok fine, korang mesti cakap Abu ni asyik bejalan aje kerjanya.. real show off, tunjuk gambar bagai.. well  macam ni la identiti blog aku.. berkongsi tempat tempat yang aku dah pegi kepada pembaca.. dengan harapan dapat memberi sedikit info, sebab kalau nak buat entry enrty yang berilmiah ni aku tak reti sangat hehehe..

Babab.net