Sabtu, 24 Mac 2012

Jalan Jalan Di Floating Semporna Sabah

First of all, kalau korang rasa nak termuntah tengok gambar aku kat bawah ni silakan silakan.. agak show off di situ hahaha.. ni gambar masa kat sabah hari tu.. sori agak lewat di kongsa kongsikan..

Kalau dah datang ke pantai timur tapi tak singgah kat Semporna sah sah la lawatan korang tu tak sempurna keh keh.. kepada sesiapa yang pernah pegi jalan jalan kat sana mungkin korang agak familiar dengan tempat ni, ini la dia pusat Peranginan Floating Semporna Sabah..

Lokasi terletak di persisiran laut Pekan Semporna.. nice view, ada deretan Resort Dragon Inn, kedai kedai souvenirs, restoran atas air, feeding fish dan masyarakat Bajau Semporna yang berada lepak lepak di situ..

Sebenarnya aku tak tahu apa tempat ni dan apa yang ada kat sana, sebab ia berpagar.. yang pasti ia adalah sambungan daripada area Floating ni.. agak panjang macam Thor's Alter Teleporter nak jump to Frost Giant's Homeworld..

Kalau kacak tu memang kacak jugak la!!.. muntah muntah haha.. gurau aje.. ini kat Souvenir Shop, ada tulis kat atas kan,  ada beberapa kedai kat sini.. datang daripada jauh harusla korang beli.. mutiara bagai semua ada kat sini.. bukan mutiara celup tau.. original punya..

Permandangan pekan Semporna daripada Floating.. nampak wet market dan masjid.. nice kan, daripada area Floating ni sebenarnya korang boleh nampak banyak bot bot kecil yang lalau lalang..

Macam ni, bot ini digunakan sebagai penggankutan awam untuk ke pulau pulau yang berdekatan, antaranya ialah Pulau Bum-Bum.. jangan tak tahu kat pulau tu ada kereta tau.. even tak de jambatan menghubungkannya..

Welcome to Pulau Penyu Semporna.. pulau ni pulau paling kecik aku pernah jumpa.. kecik je dekat tepi area tempat feeding fish tu.. aku tak tunjuk pulak gambar dia kan.. sori la korang hehe.. maklum la bajet retis, posing paling diutamakan haha.. oh ya sini ada banyak ikan yang besar besar..

Anak buah aku pun kuat posing sebenarnya kah kah.. untungla diorang ada gambar masuk dalam internet, nanti dah besar boleh tengok tengok balik.. cari aje abubagi.com..

Ah!! malas nak letak caption..

Ini pulak ialah Floating Restaurant, Pearl City Restaurant Semporna.. makanan laut menu yang paling istimewa.. murah tak murah datang sendiri baru tahu.. tapi macam biasa la kalau korang membuat percutian bajet bagus korang survey dulu..    


Kitaorang tibai goreng goreng aje.. ni aku order nasi goreng isi ketam.. emmm isi ketam dia memang terasa, sedap, ni ketam segar tau.. bukan ketam yang bentuk macam sausage tu..

Tengok tu, sampai tempat basuh tangan pun aku nak gambar hehe.. cantek la dia buat dengan kulit kerang yang gedabak ni.. keretip..

Korang nak ke Pulau Mabul dan Pulau Sipadan atau mana mana pulau perairan Semporna disinilah korang akan naik.. naik bot macam kat atas tu.. best, aku dah pernah pegi sekali kat Mabul dan Sipadan suatu ketika dulu.. nak cerita memang tak dan dalam entry ni..

 Dragon Inn Floating Resort.. macam rumah panjang kat atas air, affordable, selesa tak selesa cantik tak catik korang tengok sediri dalam website diorang... dragoninnfloating.com.my, buat reservation terus..

Apa apa pun, nak merasai pengalaman yang ohsem datang la sendiri ke Semporna.. perjalanan lebih kurang 40 minit daripada airport Tawau.. nak ke Pulau Sipadan yang famous amos tu di sini la tempatnya..

Isnin, 19 Mac 2012

Aktiviti Bersama Keluarga Di Pantai

Kejap je masa berlalu.. cuti seminggu macam air je zap zap zap.. tak sedar dah habis.. tak puas betol.. apakandaya hendak mencari rezeki yang halal, kugigihkan jua langkah ini kembali ke Kuala Lumpur..

Tak nak tulis panjang panjang layankan je la gambar kat bawah ni.. gambar sehari sebelum aku balik KL.. aktiviti keluarga mandi mandi di pantai lagi..

Pantai Kahapan Lahad Datu Sabah

 Melantak beramai ramai

 Bakar kepak ayam.. belakon je ni

Bekubang dalam laut.. macam 'aspalela' dah korang

 Main pasir buat sitana istana

 Fariz nak jugak main pasir

Apakah apakah?!

 Loncat loncat atas air

Renang acara bebas, kejap je semput 

Niceeee....

Hari ni hari Isnin, tapi aku still cuti lagi.. aku nak setelkan beberapa urusan peribadi.. kalau hari hari berkerja memang malas betol aku nak pegi sana pegi sini, lagi pun masa tak sempat..

Apa apa pun esok dah start kerja.. sudah pasti kerja belambak dan audit yang nak kena buat.. fuhh!! ingat boss aku terus aku down.. semangat semangat datangla... auto-publish 

Babab.net