Selasa, 21 Februari 2012

Mandi Sungai Di Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Entry ini adalah sambungan daripada entry hari tu.. alang alang aku cerita baik aku habiskan terus.. hehehe.. selepas sahaja turun daripada bukit broga kitaorang terus ke satu lagi tempat yang best iaitu Sungai Tekala.. lebih kurang 30 minit perjalanan daripada kaki bukit broga tu..

Sungai Tekala mestila nak pegi main main air kan.. takkan nak pegi main askar askar pulak keh keh..

 Kelaparan.. sampai sampai je terus serbu gerai jual makanan kat situ.. sib baik ada nasi lemak, sebab aku memang lapar nasi time tu.. panjat bukit broga aku tak sempat sarapan nasi, makan sandwich je yang diorang buat dengan ramuan kasih sayang kata mereka.. ya la kasih sayang, sebab sandwich tu la kitaorang lewat gerak..

Even dah penat tapi masih kuat lagi begelak tawa, bercanda ria depan gerai bersama akak penjual dan sesama kitaorang.. err!!!... apesal macam haram je ayat aku ni..

Kesukaan yang amat.. sebenarnya aku dah lama tak mandi sungai.. last sekali emmmmm.. tak ingat, bertahun jugak la kot rasanya.. antara sungai dan laut, aku suka sungai lagi.. tapi sungai yang bersih la, kalau macam Sungai Klang tu err kim salam jak la.. katak pun tak nak duduk dalam tu mengkali...

Laluan nak masuk.. cari area yang best, yang ada jeram sikit.. atas atas kurang sikit orang. lagipun kalau main main air kat bawah macam tak best pulak.. entah entah orang kat atas kencing.. merasa la air kencing orang hahahahahaha...

 Tiga ekor ikan duyung sedang menjamah nurgget di tepi sungai.. eh ikan duyung ker ikan dugong ni.hahaha..
 
Ha.. akirnya tercapai jugak hajat si Alif ni nak mandi.. sejak daripada bukit broga lagi dia cakap nak mandi nak mandi.. puas dia loncat loncat berendam bagai sampai bekedut kedut hujung jari baru nak naik.. keh keh keh.. padahal yang aku lagi tak ingat dunia time mandi mandi hahahaha..

Bah sebelum bla.. layan dulu gambar aku yang cool.. hahaha.. cool la kot rasanya.. :P




Tag: Sungai best sekitar lembah klang, kawsan rekriasi dekat dekat selangor, kawasan rehat sungai selangor, mandi manda di sungai tekala, koleksi gambar foto sungai tekala..

Ahad, 19 Februari 2012

Mendaki Bukit Broga

Weekend yang paling ohsem adalah weekend yang di isi dengan aktiviti di luar daripada aktiviti seharian kita.. tak duduk rumah menghabiskan masa depan pc atau depan tv sahaja.. jalan jalan , berkelah, beriadah bersama keluaraga dan rakan rakan adalah consider sebagai aktiviti awesome.. ok!! siap intro hehehe..

Sebenarnya aku nak cakap pasal semalam aku bersama dengan rakan sekerja telah mendaki Bukit Broga.. alaa.. siapa je yang tak tahu Bukit Broga ni, kalau yang duduk kat area Lembah Klang mungkin bukit ini sudah tidak asing lagi bagi mereka.. lebih kurang sejam perjalanan daripada KL, terletak dekat Semenyih, kaki bukit menghadap ladang sawit dan Rabbit Farm menjadikan ia tumpuan kepada warga kota untuk main panjat panjat bukit..

Setiap hujung minggu hampir beratus kot orang yang panjat bukit ni.. agaknya la kot, sebab first time aku naik ni aku tengok ramai gila orang, gigih nak menawan puncak bukit..

Boleh dikatakan agak mencabar jugak la Bukit Broga ni, terutamanya yang tak sekuat aku kah kah kah.. tapi ok je, aku tengok orang gemok pun boleh naik apa, siap ada yang pakai seluar jeans dan pakai selipar jepun ja.. ala paling kuat pun jatuh begolek ke bawah, tak pegi mana pun..hahaha..

Bagi aku pulak Bukit Broga ni kacang aje.. sedangkan Gunung Kinabalu pun aku dah tawan ini kan pulak setakat Bukit Broga ni.. perghh!! belagak betol aku ni hahahahaha... ok mari layan gambar gambar kitaorang...

Inilah geng kitaorang Zul, Faathir, Hani, Umi, Mazu, Kido, Azrul dan anak dia Alif dan sorang kawan Azrul (ops!! aku memang susah nak ingat nama..).. sebelum mendaki tak de pulak buat regangan dan lari setampat ya.. semua bajet kuat.. hehehe..

Kitaorang bermula agak lewat, dah sembilan lebih baru nak mendaki.. orang lain dah ramai yang turun.. untung sahaja cuaca masa tu ok, banyak awan nano.. so tak de la panas sangat..

Azrul dan anak dia Alif yang banyak cakap, belum pun sampai kat puncak Alif dah nak mandi la, nak tidur la, nak jadi robot la.. adoi, kalakar betol..

Cuma kat sini bahaya sikit sebab agak curam dan licin.. ramai yang turun mengelongsor... sampai koyak seluar pun ada, yang nak naik pun kena pijak anak anak tangga.. sama ada naik ataupun turun kena berhati hati, silap silap memang boleh jatuh begolek..

Ramai ramai kat tepi bukit kadang tengok macam Planet of The Apes pun ada jugak..kah kah kah..

Ada buaiyan.. ada jugak yang bajet angkasawan negara tu nak main buai buai kat bukit broga.. hahaha.. dan ada jugak yang bajet bawang merah bawang putih, aku gelak je perati budak budak nyanyi  "laju buaiku laju.." kat situ.. tepelanting kang baru tau haha..

Perasan tak korang kat atas pokok tu ada banyak kasut bergantung.. macam dalam movie Drive Sex, sweet sangat main humban humban kasut sangkut atas pokok.. errr.. sweet la sangat kan.. ntah ntah sedia bawak kasut daripada rumah.. motiff.. hahaha...

Tengok la gaya orang yang dah penat.. macam macam dia buat, Alif siap baring lagi haha.. kat atas nampak permandangan indah seluas luas alam..

Rasanya lagi best kalau datang awal pagi sebelum terbit matahari atau petang sebelum terbenam matahari.. naik turun bukit gelap nanti ada yang masuk gaung hehehe.. mana mana la, yang penting kat sini memang best ber DSLR..

Posing kat atas bukit, tak kuasa aku nak upload semua haha.. nila untung dia kalau sampai kat puncak time semua orang dah turun, tak sesak.. tak ramai orang, lari lari lompat lompat bagai pun tak pe..

See.. tak payah nak berebut rebut nak naik atas batu begambar.. kitaorang je yang ada dengan beberapa group kecil yang lain, kan best.. tengok tu makan coki coki lagi..

Lepas berhenti bergambar gembar semua, pendakian di teruskan menuju ke puncak..

Antara laluan sukar untuk sampai ke puncak bukit.. yang kat sini kena kuat sikit.. kena pegang tali berpijak pada batu.. tengok diorang kat atas.. gigih kan, semua berjaya melepasi laluan ini..

Ini la dia puncak Bukit Broga.. jarak daripada bawah kaki bukit untuk sampai ke sini ialah 1.7 km.. kalau nak meneruskan pendakian lagi 4.8km untuk sampai ke puncak Gunung Tok Wan.. kita orang takat Bukit Broga aje..

Meluangkan masa agak lama, rehat panjat pokok dan tulis nama atas signboard.. penat seh.. sebenarnya aku termutah masa sampai kat sini.. mana taknya berlari, sampai kat atas pening terus muntah..

Ok hampir setengah jam lebih kat sini kitaorang pun mula menuruni bukit dalam keadaan cahaya matahari yang terik..

Kat bawah baru singgah beli air isotonic dan air kelapa.. rehat rehat kejap ada gerai untie jual air dan jajan.. table pun dia sediakan.. uh lega.. pastu misi di teruskan lagi untuk mandi mandi sungai di Sungai Tekala hehe..

Hujung minggu, bagi warga kota sesiapa yang ingin menghabiskan masa setengah hari bersama keluarga atau rakan rakan dengan aktiviti lasak mungkin di Bukit Broga la menjadi pilihan korang.. bagus, boleh mengeratkan silaturrahim, sebab kerjasama, teamwork diperlukan untuk sama sama menawan puncak bukit.. ceh ceh ceh.. bermotivasi pulak aku sini..

Babab.net