Selasa, 14 Februari 2012

Melantak Di Seaside Restaurant, Tanjung Kapal Beach Resort

"Abu tadi aku search tempat makan yang best kat bla bla bla... eik! tetiba aku terjumpa blog kau, best kah tempat tu?.."

"Abu tadi ada orang bagi tahu dia nampak gambar kita dalam website.. dia tenga search tempat makan yang best kat bla bla bla.." In bracket rekaan semata..

See reason aku suka cerita pasal makan makan dalam blog aku ni hahaha.. sebenarnya blog yang bagus adalah blog yang dapat bagi info yang user nak.. tak kira la info apa pun.. even tak detail sangat tapi sekurang kurannya boleh bagi gambaran kat user.. best ke tak best, sedap ke tak sedap..

Aku sendiri pun sebelum aku pegi kat sesuatu tempat tu selalunya aku akan search kat internet dulu.. blog blog la yang banyak bagi info sebenarnya.. so sediakan la info info yang berguna kat user ya.. jangan asyik nak merapu aje kerjanya.. kah kah kah.. bajet blog aku tak merapu..

So mari kita cakap pasal makan lagiiiiii..... hahahahaha...

Sesiapa yang datang kat Sungai Rengit Johor mungkin tertanya tanya mana tempat makan yang best kat situ.. sebenarya ada banyak, itu pun kalau waktu siang la.. tapi kalau waktu malam agak susah sedikit.. sebab kebanyakan kedai makan kat sana tutup.. tak banyak tempat makan yang boleh lepak sampai tengah malam kecuali ada beberapa tempat sahaja.. salah satu ialah kat Tanjung Kapal  Beach Resort di Seaside Restaurant..

Kedukan restoran ni agak Restoran Seaside macam agak terpencil.. tambah tambah lagi first time pegi, malam pulak tu.. macam tak yakin je ada tempat makan kat situ.. haha.. dinasihatkan kalau nak pergi bertanyalah kat orang orang kat situ plus on kan la papago atau google map korang tu hahaha..

Dalam pic kat atas tu ialah pilot kitaorang En. Zarin, kalau out station dia la yang banyak membantu, sebab dia dah pegi banyak tempat..

Dah seaside, tentu la makanan laut menjadi kepakaran mereka kan.. ikan dan udang yang segar emmm memang best la.. kitaorang order udang masak merah dan goreng tepung, kailan ikan masin, tomyam seafood telur dadar dan ikan siakap masa tiga rasa..

Nampak macam banyak kan.. tapi kitaorang mintak size portion yang kecik, bajet sorang makan untuk setiap jenis.. kecuali yang ikan siakap tu la.. agak terkejut jugak masa dia sampai.. sebab besar gila, kalau kat KL mesti dia dah cas lebih.. but then kat sini serius murah.. berbaloi..


Cik Wafa makan udang gorang tepung.. "wah sedapnya.." monolog dalaman hahaha .. oh ya, kitaorang pegi bertiga aje.. so makan tong tong boleh la dapat rasa banyak jenis kan.. kena pandai pilih menu, ikut bajet.. jangan main order jak.. tapi untugla la makan kat sini tak mahal mana pun.. semua semua tu tak sampai pun seratus..

Suasana pada waktu malam.. watu ni tak ramai sangat orang, biasalah bukan musim ber-weekend.. so, kalau tak ramai orang order makanan pun cepat sampai hehe..

So, nak cari tempat makan yang best kat Sungai Rengit.. di sini la tempatnya.. walaupun agak jauh sedikit daripada pekan tapi serius tak rugi datang makan kat sini..angin dan view yang lawa dangan permandangan yang unik sebab banyak kapal besar parking kat tengah laut..

Sabtu, 4 Februari 2012

Mari Habiskan Voucher Buku 1Malaysia Korang Di Malaysia Book Expo 2012 PWTC

Kepada sesiapa yang tak tahu lagi.. sekarang ni tengah berlangsung Expo Buku 1Malaysia di PWTC.. macam biasa la kalau ada expo, pesta apakah mesti ramai orang kan..

So, gua nak mintak maaf kepada ulat ulat buku yang ada kat sana tadi, gatal dah tangan ni, ntah apa je yang gua tertouch.. soriii.. bukan salah gua... tambah tambah lagi dengan kehadiran Ustazah Nurbayah, berderat gadis gadis nak bergambar dan mintak sign bagai kat dia.. sesak.. gua ada kat sebelah tidak diendahkan pulak oleh mereka..


Expo buku ni diadakan untuk budak budak yang dapat voucher buku 1Malaysia tu.. gua jeling jeling je tadi tengok budak budak U beli buku guna voucher.. jeles ko tau!!
Bukan salah ibu mengandung.. gua lahir awal sangat..

buku lama askara lontara bugis  

Depan stage ada pameran Sejarah, Kesusastraan dan Penulisan Suku Kaum Bugis.. ya la kan tak silab gua Datuk Najib tu kan keturunan bugis hehe.. mereka dan prob bahan pameran diorang ni didatangkan kas daripada Sulawesi Indonesia.. bersoal jawab ada banyak info jugak la yang gua dapat..

 wah nampaknya gua dah mula nak jadi ulat bulu ni.. ehem! ada novel Liyana Zahim

Ini buku yang gua dan kawan gua beli, cash ye.. bukan voucher buku 1Malaysia dapat daripada internet.. kira murah la, kalau kitaorang beli time bukan expo mahunya dekat dua ratus.. so korang pegila cepat, ada tinggal dua hari je lagi..

Pendapat gua, bagusla voucher buku tu.. boleh merangsang minat membaca dikalangan anak muda.. sebab voucher tu boleh pakai tuk beli buku cerita dan novel jugak kan.. selain tu, jualan buku meningkat so dapat la jugak benefit kepada penulis penulis buku, lagi bersemangat la diorang menghasilkan buku, so industry tu terus meningkat.. nampak tak kat situ, nampak tak?!..hehehe..

Babab.net