Jumaat, 3 Februari 2012

Pertandingan Bowling Anjuran Suka Suka Hati

Gua taip entry ni dalam keadaan tangan yang sakit sakit.. dulu gua adalah pemain bowling handalan, disebabkan dah lama tak training so performance gua agak down sedikit.. jap!! nak letak minyak  yu yee cap limau dulu tangan gua ni.. errr... yu yee..

Nak dijadikan story entry.. semalam adalah pertandingan bowling antara kakitangan, anjuran suka suka hati.. acara bermula selepas habis waktu pejabat dan disertai oleh En. Abu bin Bagi, En. Faathir, En. Sharul, Cik Puan Sally, Cik Umi, Cik Puan Ita, Cik Kido dan adik dia Cik Nad..  wah! kemain lagi banyak encik dan cik, nak jugak sebut kan..

Korang percaya tak gua pemain bowling handalan, pecaya tak ni?!.. dah! tau da korang, gua cakap apa pun memang korang tak nak percaya kan.. tau dah perangai korang semua.. malas la...

Ini la perangai, mana mana pun nak makan.. diorang ni kalau boleh ayam kepsi tu bawak sekali main bowling .. main bukannya hebat sangat pun, kalau ada kategori 'Ratu Longkang' ni nak bagi ni ada salah sorang perempuan dalam gambar kat atas tu hehe..

Wah kemain lagi membahan orang dalam blog, maaf ya, maafkan gua ye.. kah kah kah.. padahal sendiri kalau boleh pecah longkang tu gua kerjakan..

Sedang asyik berhempas pulas gigih ingin menjuarai pertandingan.. kitaorang dikunjungi oleh En. Risham.. En Risham ni baik orangnya (kipas kipas fuh fuh!!), kena berbaik baik selalu dengan En. Risham ni, senang gua nanti kalau nak dapatkan duit peti cash kalau ada urusan hahahaha..

Jejaka pilihan.. bergaya tak pegi main bowling pakai baju opis!? haha.. tak de la nak bawak baju spare kan, main bowling je pun.. bukanya acara balapan.. paling kuat pun ketti je yang basah..

Oh ya, minggu lepas gua ada belajar satu perkataan, gua baru dengar sebab kat sabah macam tek de je orang sebut.. "telinga capang'.. ops!! hehehehe

Ini Kido dan adik dia.. teka mana satu Kido mana satu Kiki Lala?.. adik kido yang pakai spek tu.. kuat gelak orangnya, tobat gua jumpa orang macam ni hahahahaha.. dia study culinary art kat UiTM Puncak Alam tak silap gua..

Gaya balingan paling ohsem! hebat la kido.. hahaha gua tak reti sangat nak hayun kuat kuat macam ni.. sebab gua takut bola tu terhumban pegi belakang.. pernah tengok orang macam tu sekali, gua gelak guling guling tengok.. so gua hayun biasa biasa aje.. takut jadi bahan..

Cik Puan Sally yang tidak kurang hebatnya.. mau tak strike kalau macam ni.. tengok tu dia pun macam nak melunjcur laju sekali hahahaha.. gurau jeeerrr...

Ini la dia mata kutipan untuk pusingan kedua, pusingan pertama gua tak letak sebab markah gua buruk, letak gambar yang ok sikit hahahaha.. malu nak tunjuk sebenarnya, tengok la,  cuma tiga orang je yang dapat seratus dan ke atas.. tahniah kita semua mendapat anugerah "The Worst Player Ever" tepuk tangan..

Pastu sambung tengok wayang John Carter.. eh tak de la!.. saja je nak bergambar depan raksasa yang hodoh.. movie tak kuar lagi la..

Itu  je la dia sedikit cerita entry bergambar bowling tournament kitaorang.. tak de hadiah pun, saja seronok seronok nak buat..  sekali sekala best jugak kan.. tension kerja kat opis aktiviti macam ni la yang boleh meng oyeh oyeh kan kita..

Penat gua taip entry hampir lupa nak cakap, kitaorang main bowling ni kat IOI Mall Puchong yang cuma beberapa kangkang je daripada opis..

ps: nak mintak maaf awal awal kat member member gua yang kena bahan dalam entry ni hahahahaha..

Babab.net