Ahad, 22 Januari 2012

Leman Nak Pegi Kuala Lumpur Tinggalkan Mak Ayah Dia Kat Kampung Didalam Kesedihan

Hidup kat kelompo ni memang jauh beza dengan hidup kat kampung (ayat klasik).. daripada segi budaya pergaulan dan suasana dia memang lain (ayat klasik lagi).. kalau dalam tivi drama atau filem ada je ayat "engkau Leman kalau duduk kat Kuala Lumpur kena hati hati, jaga diri baik baik.. jangan tianggal solat" pesan emak Leman kepada anak kesayangannya itu.. "kalau cuti panjang sikit jangan lupa balik kampung jenguk mak dan ayah kat sini, mak dan ayah dah tua.. tak de siapa nak jaga" tambah emak Leman lagi...

Sebenarnya gua bukannya nak cerita pasal si Leman yang nak pegi kelompo tinggalkan mak dan ayah dia kat kampung.. gua nak cerita pasal housemet gua yang minat tengok cerita korea.. maksudnya kat sini gua nak cekpat housemet gua sendiri..

Kitaorang sehousemet lebih kurang dua bulan dah, ofkos la dia lelaki tak kahwin lagi dan tidak mempunyai anak.. gua perasan dia suka tengok cerita korea sebab tiap hari gua dengar orang cakap korea daripada bilik dia.. tak de la dia nak bawak orang korea lepak kat bilik dia pulak kan.. so kesimpulanya dia suka tengok cerita korea la..

Sofar gua tak dengar lagi bunyi lagu lagu k-pop.. maksudnya dia layan movie atau drama korea jak.. k-pop k-pop ni dia tak main..

So apa masalahnya dengan cerita korea?.. masalahnya di sini dia ni pengotor (tak de kena mengena)..

bilik gua besih...eh bukan.. ini bilik miss whatever..

Gua ni tak de la pembersih sangat pun, tapi kalau dah tahap pengotor dia ni memang gua tak boleh bla.. ada ka patut sampah dia dia longgok kat dapur, sampai berulat dan bau busuk.. abis stoken dan kasut gua kena rogol pupa lalat, banyak pulak tu eeewww.. toilet pula dia tak reti nak jaga, tahu dah kongsi toilet pandai la jaga.. tak sensitip langsung.. gua nak duduk berak pun tak selesa.. terpaksa la gua mengamalkan prinsip "Bersih Berak Bersih".. bersihkan toilet dulu pastu berak kemudian bersihkan toilet semula.. oh malang dapat housemet yang pengotor, nak bagi tahu pun tengok macam dia lebih tua daripada gua, eh perasan sendiri kah gua ini haha....

Jangan pelik kalau gua cakap gua tak kenal sangat dengan housemet housemet gua ni.. sorang tu gua sehousemet dengan dia dah setahun lebih, nama dia kalau tak silap Ken, dia ni tak de masalah sangat.. yang minat korea ni gua tak kenal langsung.. reasons, masing masing sibok jarang duduk kat rumah.. kalau ada pun duduk bilik masing masing.. tak pernah borak togather gather ke hape.. biasala kelompo, errr KL la sangat, gua kat Puchong je pun.. emmm lebihkurang je..

Kesimpulanya, tahu dah diri tu besar panjang pandai pandai la jagan kebersihan.. kalau dah hobi mengkotorkan diri pun jangan la sampai libatkan dan susahkan orang lain.. errr macam bukan kesimpulan je ayat ni..

Ok!! ramai ramai jom layan lagu korea.. " Sorry sorry sorry sorry.. Naega naega naega meonjeo Nege Nege nege ppajyeo.. Ppajyeo ppajyeo beoryeo baby.. Shawty shawty shawty shawty.. jadah jadah apakahjadahnya"..

Selasa, 17 Januari 2012

Jalan-jalan Di Sungai Rengit Mencemar Duli Di Negeri Johor

Sepatutnya minggu ni gua kena pegi Johor lagi.. outstation, follow up kerja yang gua buat last two weeks kat Desaru.. tapi memandangkan bos gua cakap gua ni nakal, soh pi buat audit tapi pegi pulak buat sesi fotografi kat semak verangan ikan patin. so bos gua tak bagi pegi dah.. suruh duduk opis diam diam pulak.. dammnn.. gua cuma boleh tengok gambar yang hari tu je la..

Kalau di bagi pilihan gua memang suka pegi outstation, sebab kalau duduk kat opis gua malas nak mengadap penyimpan mohor besar, duduk tepi buat kerja kerja yang ntah bila nak beres.. lagipun kalau keluar gua boleh menghirup udara segar luar kota, berDSLR dan cari tempat makan yang enak.. curi curi peluang sikit sikit sikiiiiiit makan angin..hehehe tapi yang paling penting priority kepada tugasan yang diberikan.. kerja dah siap baru boleh fikir benda benda lain.. ok ingat itu abu ingat..

Sampai sampai je kat Johor gua terus cari tugu peringatan.. gua jumpa tugu peringatan raksasa udang kat pekan Sungai Rengit.. pekan ni old-school sangat,  kalau malam pukul 9 semua kedai dah tutup, kecuali kedai kedai makan dan dua tiga bijik kedai cina.. cuma kawasan ni nice masa petang sebab ia berdekatan dengan laut Selat Tebrau..

Permandangan diwaktu petang di pantai dekat pekan Sg. Rengit.. cantek kan, sori la gua tak reti ambek gambar, gua cuma reti di gambar aje.. pantai dan air dia out.. opss!! sori.. gua dah terbiasa tengok pantai yang cantek kat Sabah, so parameter yang gua gunakan agak tinggi.. belagak sombong bongkak abu..haha.. tapi kalau dah gelap permandangan laut agak unik.. sebab kat sini macam RNR kapal kapal besar, singgah.. nampak macam satu kota besar kat tengah tengah laut.. serius.. tak tipu..

Gua dan rakan sekerja duduk kat hotel color hijau tu.. agak murah jugak la, kebanyakan sewa hotel dan rumah kat sini mahal even pekan dia nampak macam pekan mati.. mungkin sebab pekerja pelantar suka menyewa kat kawasan ni.. well pekerja pelantar tahu la gaji macam mana..

Antara moment moment  yang terpenting bagi gua ialah makan..  tengok tu dalam gambar, gua baru sahaja melantak ikan bakar.. makan kat tepi pantai berlantaikan pasir berbumbungkan awan nano.. otak otak dia 60sen satu ya harap maklum semua, murah seposen banding otak otak kat Puchong.. seposen pun nak cakap grrr..

Kata kawan gua En. Zuraimi yang berbaju oren kat atas tu yang memang orang Johor katanya, makanan special kat Sg. Rengit ni ialah lontong darat.. memang macam darat jugak la aku tengok.. biasanya lontong banjir dengan kuah dia.. tapi kat sini pulak makan dengan eeemm apa ya.. daging masak rendang kot.. dengan ada lagi bahan bahan lain..

Seperti biasa apabila gua menikmati makanan yang lazat.. gua akan kelihatan kacak kah kah kah.. nice kan pagi pagi dah lepak sarapan kat tepi pantai.. perut kena isi dulu sebelum memulakan kerja..

Cik Wafa dan En. Zuraimi mengukur kependekan dan kepanjangan papaya selain melihat size, index, maturity dan defectnya.. untuk pengetahuan korang papaya ni adalah papaya yang terbaik Malaysia, hantar sampai London buat makan Keira Knightley dan ke Hong Kong bagi kat Jackie Chan, texture, bau, dan rasa dia agak berlainan daripada papaya lain yang ada dalam Nilapura.. lebih sedap dan yam yam.. beli la hasil pertanian Malaysia, lebih selamat dan bermutu tunggi.. dapatkan di seluruh pasaraya Carrefour dengan jenama Carrefour dan seluruh pasaraya Giant dan Cold Storage dengan jenama Paiola.. wah promot habis aku ni hahahahaha

Pastu makan ulat gonggok pulak..yarkk!!.. comel kan ulat ni.. macam biji kacang.. kecik ni gua boleh pegang lagi, tu pun kalau dia dah begulung berani la gua.. tapi kalau yang sebesar jari, color hitam kaki warna merah tu aaaah memang gua takut...

Gua bergambar dengan girangnya dengan Cik Wafa.. panas jangan cakap la.. gua makin hitang.. kasut tuuuu.. kau ada!!

Masa otw balik KL kitaorang sempat singgah kat Johor Premium Outlets (JPO) eemmm... ingatkan mula mula dengar gempak sangat la tempat ni, biasa je pun.. tak de la murah mana, pilihan pun tak banyak.. best lagi KL.. orang Singapore ramai kat sini.. diorang suka la, nilai duit tinggi.. kuasa membeli pun tinggi la..

Apa apa pun seronok outstation kat Johor even tak boleh berhuha huha sangat sebab pergi atas urusan kerja.. ni adalah first time gua ke negeri Johor, dah mencemar duli..

Babab.net