Jumaat, 2 Disember 2011

Gambar: Kanak Kanak Dan Penempatan Masyarakat Palau' Di Lahad Datu Sabah

Sebelum tu nak bagi amaran, "awas trailer panjang dengan muatan berat".. banyak gambar dalam entry ini.. kalau lappy dah sangkut sangkut, pangkah terus.. sofar gua pakai berokbeng line HSDPA ok ja.. hahaha nak jugak bagi tahu kan..

Mintak maaf sat, sebab tiga empat hari ni tak online blog, first sebab biasa la tenet macam haram.. second bapak saudara gua baru baru ni telah kembali ke rahmatullah, tiga malam tahil.. dan sebab tu gua busy.. al-fatihah, kita yang masih ada ni hidup perlu diteruskan.. ok..

Untuk entry kali ini gua ingin membawakan kepada korang beberapa gambar kanak kanak dan tempat tinggal masyarakat palau' yang berada berhampiran dengan bandar LD.. nak share benda ni empat hari yang lalu tapi tak done.. malam ni baru sempat ok.. cekidaut!!

Taraaaaa.. yang ini bukan perahu ya.. harap korang boleh bezakan antara perahu dan juga jeti hahaha.. jeti ni betul betul berdekatan dengan pasar rakyat LD.. ia juga antara jeti persinggahan perahu public transport  menghubukan tanah besar dan pulau kat sebelah.. nampak tak dalam gambar tu.. yang tu adalah pulau.. gua tak ingat dah nama pulau tu, Pulau Sibutu barangkali.. tapi yang pasti kat sana ada penempatan.. sebenarnya even gua tinggal kat LD yang ada banyak pulau pulau berhampiran dengannya, tapi gua pun tak pernah explore lagi..huhu..

Mula mula ingat budak ni adalah palau', setelah gua bertanya rupa rupanya dia adalah penunggang (betul er kata nama yang gua gunakan ni? ke nakhoda? pembonceng?) perahu kecil itu, menghantar passenger dia ke pulau sebelah.. kira macam taxi driver jugak la.. tapi ini kat atas air punya..

Ini la dia masyarakat palau' yang tinggal di atas perahu.. perahu diorang tu disebut sebagai bogok ataupun lepa lepa.. dalam bogok tu la diorang tinggal anak beranak.. untuk pengetahuan korang segala aktiviti dilakukan diatas perahu ya, memasak, tidur, membesarkan anak dll.. kadang kadang gua terfikir jugak macam mana kalau ehem ehem.. anak anak diorang ada kat situ kot..

Lagi satu diorang ni tidak mempunya agama, diorang mengamalkan kepercayaan animisme barangkali.. most of them rasanya tidak mempunyai kewarganegaraan.. tak de nya diorang nak fikir nak buat aktiviti aktivit seperti orang orang yang duduk kat darat macam ke JPN nak dapatkan IC, pegi Masjid solat berjemaah, pegi CC online buka blog ashgive.com, pegi kedai cuci gambar 5R atau apa apa la.. diorang cuma kedarat tuk menjual hasil tangkapan, meminta sedekah dan membeli makanan barang keperluan..

Tapi sejak akhir akhir ini sepertinya kelihatan mereka membina penempatan sementara di tepi laut, ini barangkali disebabkan musim tengkujuh, ombak bergelora membawa bahaya kepada perahu perahu kecil ..

Cuba korang bayangkan bagaimana mereka boleh hidup dalam keadaan macam tu.. gua bersyukur sangat ada rumah yang bagus untuk berlindung even tak seperfect mana.. korang beryukur tak? sekurang kurangya boleh online kan..

Anak anak masyarakat palau' yang berada di atas darat.. diorang selalu muncul di tepi deretan kedai bandar LD berhampiran dengan laut.. sementara ibu bapa diorang sibuk dengan aktiviti seharian seperti membaiki perahu, menangkap dan menjemur hasil laut.. anak anak diorang pulak sibuk bermain buayan dan berlari lari ditepian laut yang berombak macam Ombak Rindu..

Lagi, kanak kanak ini suka sangat kena gambar oleh gua.. siap posing maut lagi sebenarnya.. tapi gua letak gambar yang tak maut je la.. kang korang tegelak pulak.. tak baik tau..

Untuk pengetahuan korang kanak kanak ni mempunya masa depan yang kurang jelas.. kasihan juga sebab setahu gua diorang ni tak pegi sekolah, banyak menghabiskan masa macam tu je la.. diorang mungkin cuma mewarisi cara kehidupan seperti mak bapak diorang hari ini..

Dua budak ni gua biasa nampak kat bandar LD berlegar legar..

Gua tak pasti samaada kerajaan membantu diorang ni ke tak.. tapi apa yang gua tahu diorang suka dan selesa dengan cara hidup diorang sekarang ni, kebanyakan orang kat sini pun berpendapat seperti itu.. tak de hutang kat PTPTN, loan bank rumah kereta bagai.. tak perlu fikir pasal politik, ekonomi serantau, dan kehidupan bermasyarakat.. best kan..

Ok itu je la untuk kali ini.. harap korang dapat info baru.. even korang tak datang LD lagi tapi gua bawakan terus terbaik daripada ladang untuk paparan apa yang korang tak pernah tengok lagi kat sabah hehe.. berinformasi tak blog aku ni hahaha..

Jumaat, 25 November 2011

Ketahui Sejarah Asal Usul Keturunan Bugis Di Malaysia

Sebelum itu suka saya tegaskan di sini Saya Bangga Jadi Anak Bugis ceh ceh ceh.. ingin mengetahui sejarah bugis di Malaysia.. ini dia 100% copy cat daripada www.portalbugis.com.. baca artikel asal di sini..


Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana  mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah  Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.


Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.


Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas. ddPehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.

Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau.


Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi.


Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana.  Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).


Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.


Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.


Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.


Pakaian tradisional bugis.. pakaian ini masih dipakai oleh pasangan pengantin masyarakat bugis di negeri Sabah, sumber cikguanah.blogspot.com


Pakaian tradisional Bugis.. baju Bodo.. sumber smamuhiyogya.org

'Askara Lontara Bugis'.. tulisan Bugis, sumber http://w-yudi.blogspot.com

Babab.net