Rabu, 26 Oktober 2011

Kalau JK Ada Blog, Mesti Ramai Followernya

Selain menyayangi kucing.. aku jugak sebenarnya seorang yang sayangkan berok, bukti hari tu aku dah post satu gambar berok dalam blog aku hahahahaha.. tengok kat sini.. hebak tak berok bernama JK tu, tu berok En Jamil Kucing..

Nak lagi bukti nah!! tengok gambar kat bawah ni.. penyayang tak aku? penyayang tak?! begitulah wajah sebenar seorang yang sayangkan berok seperti aku.. tahu tak perasaan aku masa berok tu panjat kat badan aku.. tahu tak! hahaha..

uuuwakkk.. uuuwakk.. (JK berbunyi)...

Tapi budak dalam video ni lek je peluk si JK kat bukit bintang.. mungkin sebab si JK pakai baju kot.. tengok la gambar kat atas tu.. dia bogel kot, dia macam nak rogol aku je.. nampak je kote dia hahahaha..


Tapi JK ni berok yang jinak, bijak dan kelakar, aku gelak gila jumpa dia masa kat rumah En. Jamil Kucing.. dia reti belagak kaki dia sakit kena rotan, padahal tak de apa apa pun, reti salam dan cium tangan orang.. lucu.. siapa nak kena panjat korang boleh jumpa JK kat area bukit bintang.. ada je sana dengan tuan dia..

Menurut En. Jamil berok ni pernah beberapa kali digunakan untuk iklan tibi dalam dan luar negara.. pernah jugak beberapa kali muncul di dalam tibi bersama selebriti tempatan.. wah pemes jugak si JK ni.. kalau dia ada blog mesti ramai follower dia.. kalah cik epal, satu kali post entry, orang yang mendoakan dia kurus mesti beratus ratus jugak hahaha.. hebak la JK.. aku tak cakap cik epal macam berok ya.. awas sapa buat cerita.. aku suruh JK rogol korang nanti..

Oh btw, En. Jamil datang mengiau ngiau dalam blog aku semalam, singgah dan bagi komen lagi.. thanks En. Jamil.. memang tak la nak buat kucing penyet tu hahahaha..

Selasa, 25 Oktober 2011

Bah Mari Belajar Bahasa Sabah: Logat Tawau

Dulu aku pernah buat entry tentang bahasa sabah, nak baca sila klik kat sini, tapi bahasa yang aku terangkan tu lebih kepada bahasa/ logat KK.. seperti yang aku pernah cakap, logat sabah boleh dibahagikan kepada dua iatu logat/ accent/ slang KK dan slang Tawau..

Logat tawau lebih banyak dipengaruhi oleh masyarakat suku kaum bugis, bajau, suluk, tidung dan bahasa daripada Indonesia..

Jika berbual bual dengan masyarakat sabah secara jelas korang boleh men-detect dia (he or she) gitu kan hahaha.. sedang bercakap menggunakan logat tawau hanya dengan mendengar beberapa perkataan dan lenggok bahasa yang dipertuturkan...

Beberapa perkataan yang digunapakai untuk logat tawau:
Pinggir/ Siring  - Tepi
Jap - Penumbuk
Tabla/ Penabla - Curi/ Pencuri
Ambek - Ambil
Calledak/ lanjik - Sundel/ miang / gatal
Hambur - Berselerak
Ndak usah - Tak payah
Tapok - Sembunyi
Ember - Baldi
Bebeng - Air liur
Sot-sot - Bodoh
Grodok/ antam kamemon - Main bantai je..

Selain itu, punggunaan perkataan "bah" masih banyak digunakan dan selalunya ia hanya diletak di hujung dan di tengah pada kebanyakan ayat.. amat jarang perkataan "bah" digunakan di hadapan ayat jika bercakap menggunakan logat tawau...

Contoh (tengah): Celledaknya la bah budak perempuan tu... (budak perempuan itu sangat gedik)
Contoh (belakang): Jangan ko masok dalam ember tu nanti pecah bah.. (jangan masuk ke dalam baldi itu, nanti ia akan pecah)

Terdapat juga perkataan seru/ penegasan atau saja saja yang boleh digunakan untuk menggambarkan rasa terkejut, kagum dan marah.. contoh perkataan dan ayat yang biasa digunapakai...
Ui - Ui! kau mau makan apa di sana?..(cop! kat sane ko nak makan ape?)
Be - Be..lainnya jugak sudah perangaimu ni.. (wey.. apesal perangai awak ni dah lain)
Dui - Dui! tinggal lagi ko mo eksen eksen situ.. (ek elleh! tinggal lagi nak bergaye kat situ..)

Ha! lebih kurang macam tu la logat dia.. kalau korang datang tawau confirm korang agak pening pening sedikit.. tapi korang tak yah nak risau sebab orang  tawau cool cool belaka.. sama dengan dengan masyarakat Sabah di daerah yang lain.. mari la bercuti cuti di tawau.. hehehehe..

Kata carian yang lain:
belajar bahasa kadazan
belajar bahasa dusun
belajar bahasa brunei
belajar bahasa suluk
belajar bahasa bajau
belajar bahasa bugis
belajar bahasa sungai
belajar bahasa timor..:D
arghhh!! matila kalau nak listkan semua sukukaum di sabah kah kah kah...

Babab.net