Rabu, 5 Oktober 2011

Rabu Yang Tak Bisu

Hari ni adalah hari rabu dan ini adalah entry yang tak seberapa nak wordless wednesday, sebab ada banyak gambar dan words.. lama dah gambar ni ada dalam draft.. entry paling cepat dan tangkas aku boleh post sekarang.. aku masih kat Cameron Highland.. ni pun curi curi pakai pc opis sementara menunggu result experimen yang tengah running, matila aku kalau kedapatan/ ketahuan/ kantoi hahaha..

berjumpa dengan jamil kucing.. yeah!! siapa jamil kucing ni?.. try search dalam google.. banyak cerita pasal jamil kucing dan kucing kucing dia kat bukit bintang.. keh keh keh.. lambang kat pintu tuh hehehehe..

mari berkelah dalam dapur hahahaha... cantek spek mata dan topi tu.. ni gambar masa kat rumah en faizal kat kampung melayu subang.. ini kes jalan jalan cari makan la ni hahaha..  

ni lagi dua orang pakai crown.. kelas kau jah!!

siapa cakap lelaki tak reti nak buat kerja kerja dapur, basuh pinggan je la, masak tak berapa sangat.. masak air boleh la haha.. perut kena sensored harap maklum hahahaha...

ni masa open house kat rumah en zahrin kat ampang.. aku banyak makan kambing time ni.. boleh? dulu aku tak makan kambing sebab aku tak tahan dengan bau dia.. sampai kat KL ni aku jadi sangap kambing golek pulak.. hairan bin ajaib betul, baru aku tahu daging kambing golek tu sedap..

habis kambing golek pegi restoran Warisan Sambal Opah pulak malamnya.. ni sapa yang duduk kat subang wajib tahu tempat ni.. nasik lemak yang super sedap.. kalu nak jumpa pegi je dekat dengan masjid subang.. lepak sampai pagi subuh pun boleh.. boleh bersyisah..hehe..

ni la dua orang pelanggan setia Restoran Warisan Sambal Opah sejak tahun 1980.. tengah makan sambil menyebut arr arr arr.. mungkin sedap sangt la tu kot.. ish komee ni... 

lepas tu pegi balun Float A&W pulak hahahaha.. ni memang terbaik punya.. yo ho ho!!

Amacam?.. wordless wednesday tak? hahaha.. oh ya, tolong aku jawab survey kat bawah shoutbox tu.. nak tahu kebanyakan reader abubagi dot kom ni kuat makan ke atau kuat tidur.. saja saja nak tahu.. terima kasih sudi singgah beguling guling.. 

Sabtu, 1 Oktober 2011

Enjoy The Royal Treatment With Magnum Free

Tengok iklan Magnum nuffnang dalam blog ni pun aku seperti merasai kehidupan diraja, royal, golden mewah dan eksklusif berpanjangan.. sigh!! hahaha..

Semalam bos baru dipartment kitaorng dah masuk.. dan dia bagi kitaorang aiskrim Magnum Almond free.. dan seperti yang di khabarkan rasanya memang emmm.. dan aku suka.. dan aku nak lagi kalau ada.. dan.. dan..

Aiskrim Magnum daripada chocolate Belgian dilancarkan awal bulan sembilan hari tu.. tidak dinafikan even harga dia agak mahal sedikit, RM 3.90 sebijik tapi ia berbaloi bagi aku.. coklat retak yang lebih tebal didatangkan dengan tiga varian iaitu Magnum Classic, Magnum Almond dan Magnum Truffle membangkit selera untuk "merasai pengalaman diraja".. over tak ayat aku, pengalaman diraja!? hahaha.. Enjoy the Royal Treatment..

Boleh didapati di merata rata tempat kedai, mall/ KB mall yang ada peti ais Walls dalam malaysia ni.. pegi la beli.. sedap dowh haha, multipacks mini Magnum pun ada jugak, tak silap aku harga dia RM 9+, isi dia tak ingat berapa ..

Aku punyala terpesona dengan container lori Magnum yang lalu lalang kat atas jalan raya tu, tengok macam peti harta karun je bergerak.. tak tahan, hari tu aku ajak member pegi berMagnum.. tapi tak done sebab setengah jam kitaorng tunggu kaunter kat tesco puchong masa diorang tengah tukar shift.. malas kitaorng terus bla.. malang sebab peti ais dia tu berkunci.. takut kena curi la tu..

hanya tinggal batang kayu Magnum, ais dia aku dah kerjakan, esok esok nak pegi beli..

Untuk maklumat lanjut sila klik iklan Magnum jika korang nampak terbang terbang dalam blog ini..:P

Babab.net