Isnin, 19 September 2011

Tips Kelihatan Awet Muda

Wah dah lama gila aku tak bagi tips kan!? perasan tak? ah! bajet ramai stalker je aku hahaha.. btw, hari ni aku nak bagi tips.. please take note, tips ini sangat penting ok..

Pada kebiasaanya jika kita bertemu dengan orang yang baru kita kenali, bertanya tentang usia adalah sesuatu yang normal kat Malaysia ni, perasan aku pernah gi oversea haha.. serius itu normal kan.. so hari ni aku nak bagi lima tips untuk kita awet muda.. dan boleh membuatkan orang salah menilai range angka umur anda yang sebenar.. sama yang macam aku alami la..oh!! please perasan again...


Makan makanan bernutrisi 
Apa makanan bernutrisi tu? contoh macam buahan.. sila makan buah buahan yang mencukupi untuk korang kelihatan awet muda.. buah buahan jugak mengandungi anti oksidan yang tinggi.. 

Minum air mencukupi 
Jangan biarkan diri anda tidak mendapat air yang mencukupi.. kalau boleh bawak air kemana sahaja korang pergi, ikat kat pinggang.. badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melakukan semua aktiviti dalaman.. pengambilan lapan gelas sehari adalah disarankan.. ingat 70% daripada komposisi badan kita adalah daripada air.. 

Elakkan sinaran matahari berlebihan
Satu yang korang perlu ingat, elakkan diri korang daripada terkena sinaran matahari yang lama dan banyak.. jangan biarkan diri korang berjemur di bawah pancaran matahari yang terik.. sebab ia boleh merosakkan lapisan kulit korang.. tapi perlu korang tahu jugak, sinaran matahari diwaktu pagi adalah baik.. 

Lakukan perkara yang korang gemari 
Ikhlaskan diri anda untuk melakukan sesuatu perkara.. jangan memaksa diri korang untuk menerima segalanya di depan mata. kalau tak suka tinggalkan.. jika korang merasa terpaksa ia akan menyebabkan korang tertekan seterusnya korang akan mengalami stress.. stress mempengaruhi emosi korang dan ia boleh menyebabkan korang kelihatan tua daripada usia sebenar.. senyum, ikhlas ingat itu... 

Berfikiran positif
Korang perlu berfikiran positif dalam apa jua hal yang berlaku pada diri korang, selagi ia tidak mengancam diri korang.. korang jugak perlu tahu bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. then barula diri korang menjadi lebih bersemangat dan ceria..

Bagus kan tips kat atas tu.. tak paya beli products yang mahal mahal.. original, terpulang daripada diri korang untuk mengamalkannya.. ok good luck...

Ahad, 18 September 2011

Kini Aku Dengan Domain Sendiri Ashgive.com

Jika korang perasan aku telahpun bertukar kepada domain sendiri..oyehh!! kaya sudah mengkali dengan duit nuffnang haha.. Bunyi Kotak Kosong BKK pun dah tinggal kenangan.. tukar pegi ashgive.com, barula bunyi macam amarika sikit keh keh..

Tula pasal kalau duduk depan komputer lama sangat.. tak tahu apa nak buat, tekan tekan terbeli pulak domain, bengong haha.. tak plan pun sebenarnya nak beli masa terdekat ni, ingat nak tunggu dulu, tengok la cam mana.. tup tap tup tap eik! petang tadi aku termasuk pulak dalam web NetKL, tekan online chat dan aku dilayan degngan baiknya oleh Cik Liza.. tu yang terbeli tu..
Chat dengan Cik Liza (ye ke Cik?..yeye je aku) tanya semua benda yang aku nak tahu pasal domain ni, tabah jugak dia melayan aku even solan aku tu macam bodoh hahaha.. dia bagi guideline A-Z macam mana nak beli.. aku just follow je..

Hujung hujung dia keluarkan Invoice sebelim aku buat pembayaran melalui CIMBCLIKS..

Murah je, boleh dimiliki oleh semua orang.. RM 31.60 setahun.. setahun ya diulang taip setahun, bayaran RM 3.00 hengit dikenakan sekali sahaja sebagai charge tuk diorang tukarkan domain tu, kita just tunggu, kejap je diorang buat.. total RM34.60..
Kenapa nak beli domain?.. oh, aku pun tak tahu kenapa hahahaha.. aku tak fikir panjang pun sebenarnya, tapi apa yang aku tahu domain sendiri ni bagus.. nak aku hurai jugak ke? cuba korang search, belambak blog yang bagi reasons bestnya memiliki domain sediri.. antaranya cuba korang klik ni hatibatu.com dan kat sini budakbotak.com

Bagi aku pulak, aku suka sebab ia nampak lagi cool dan bergaya hahaha.. ya la aku ni.. dengan domain baru ni tak de apa yang berubah, aku blogging seperti biasa, feel domain ni tak dapat lagi.. gitu gitu je.. kegigihan tak bertambah pun.. biasa je.. tapi sedih googel tak detect lagi, kalau Bunyi Kotak Kosong pulak dia detect dengan jayanya..

Setakat ni aku tak terfikir lagi nak beli hosting baru.. tak silap aku hosting ni lagi mahal daripada domain.. biarla kekal dengan hosting blogspot ni..

Dulu aku tak tau jadah apa tu hosting dan domain dan aku tak tahu nak bezakan dua menatang ni.. nak share kepada mungkin yang tak tahu lagi.. sebenarnya website ni umpama seperti umang umang, blog dengan domain dia ni adalah binatang umang umang dan cengkerang dia adalah umpama seperti Hosting tempat dia menapak.. dia boleh tukar tukar cengkerang kan.. so sama la macam domain ni. eh! apa aku cakap ni?  betul ke? korang fikir la sendiri hahaha..

Sebelum tu mungkin ada yang tertanya tanya, kenapa pilih nama ashgive.com? cuban tengok dalam invoice kat atas tu.. sebenarnya ash give adalah nama aku, cuma aku amarikakan dia supaya bunyi dia lagi sedap.. abu bagi.. yeahh!!

Babab.net