Jumaat, 16 September 2011

Sensasi Gaya Tudung Hana Tajima

Mungkin ramai dah kenal siapa dia Hana Tajima, dengan jenama Maysaa pakaian muslimah lengkap bersama jilbab/ tudung dia.. icon fashion wanita muda Muslim masakini.. kalau korang tengok perempuan bertudung yang main lilit atau sekan akan main 'just put on your head', mungkin itu adalah pengaruh fashion daripada Hana Tajima.. tapi dia sebenarnya tak de la main letak macam tu je, contoh macam kat bawah ni..

 Hana Tajima
Bukan Hana Tajima
Klik gambar untuk lebih jelas, sumber: khazanstudio.blogspot.com

Ada jugak bloggerwanis aku tengok yang memakai tudung lebih kurang gaya macam ni, contoh yang paling jelas blogger famous amous macam Maria Elena, Fatin Liyana dan Cik Epal.. artis pulak macam si Yuna tu..

Aku tak de la open minded sangat, tapi aku melihat benda ni adalah suatu yang positive.. susah aku nak jelaskan, tapi jujur aku cakap aku suka wanita Muslim yang bergaya tapi kekal dengan image muslimahnya, sederhana dan bersopan santun.. yaaa.. nampak sangat aku ni play safe kan hahahaha.. sebab perihal tudung ni adalah antara isu yang sensitip dalam dunia blog Malaysia..



Siapa Hana Tajima? ini dia 100% copy cat daripada blog dia http://www.hanatajimasimpson.com/

My name is Hana Tajima-Simpson, I'm 23, with a Japanese father and English mother. I have a pretty mixed background, both my parents are artists, so I grew up in a really creative environment.

I didn't study fashion for that long, and although I am a self-confessed geek I never really got along with formal education. 

I didn't want to lose my love of designing, so I left the fashion course I was on. It's less of a contradiction than it sounds!



More info klik link kat bawah ni, artikel berbahasa Indonesia.. detail pasal dia yang pada asalnya beragama kristian kemudian converted kepada islam semasa belajar bersama dengan kengakwan dia kat London setelah mengagumi cara hidup islam..

Dia yang ingin menunjukan kepada masyarakat barat bahawa wanita Muslim juga boleh tampil bergaya dan moden dengan busana serta bertudung di hadapan umum tanpa perlu takut denagan cemuhan masyarakat barat (islamfobia) selepas apa yang berlaku pada 11 September...


Hana Tajima Simpson

Selasa, 13 September 2011

Berhari Raya dan Bakar Ikan Jaket di Banting

Ini adalah entry bergambar,  saja aku nak menunjuk nunjuk kat korang gambar kitaorang masa Berhari Raya + Pot Luck di rumah rakan sekerja Cik Umi kat Banting Selangor Ahad baru baru ni... Aktivity utama ialah bakar hidupan laut dan ayam daging di bawah pokok mempelam.. dengan rahmat tuhan cuaca pada hari tu sangatlah baik dan aktiviti berjalan lancar.. layankan sajoh gambar kat bawah ni, seperti biasa ia ditangkap menggunakan pukat tunda.. peruntukan nak beli DSLR tak dapat lagi daripada kerajaan pusat..

 Biarlah di awal gambar ini aku nak bagi tahu korang bahawa akulah yang nyalakan api pada hari tu..haha (sebenarnya aku tak buat apa pun saja usha usah arang tu supaya nampak sikit aku adalah orang yang berguna keh keh)

 Yaaaa Cik Mazu posing maut gitew.. dibawah pokok mempelam, kelas kau Mazu..hehehe celah kangkang aku dah panas tapi aku gigih je sebab nak begambar..yaiii!..

Rezeki untuk di lahap.. yang baju merah tu En Fadir gagah dengan hasil tangkapan dari pasar, baju kotak kotak tu En Faathir tukang bakar..dan aku yaaaaa...tukang makan hahahaha

 
Cik Umi tenga memotong pelam yang baru sahaja dipetik di tepi rumahnya.. banyak seh bua dia, mak ayah Umi soh bawak balik banyak banyak.. yang dua orang ni pulak seperti biasa poto gedik..hahaha

 Ini la dia bomoh siam yang baru sampai daripada Selatan Thailand.. dia sangat aktif dilembah klang, sesiapa yang tak nak gemuk boleh rujuk kepada bomoh ni.. dia boleh cari pendamping tuk korang, even kuat makan tapi badan tak gemuk.. mau!!

 Tengoktu gigihnya En Sharul nyalakan api sambil ditertawakan oleh En Zul sebab dia diselubungi asap tebal.. ambek kau sapa suruh suka kencing di jalan!! ye ke macam tu hahahha.. 

 Terbaik dari ladang.. muka exotic sambil makan pelam dan membuat gerakan erotic.. yang paling kuat makan tuuu..tuuu dia tudung merah..keh keh..mara Mazu kat akau nanti.. larikkk!!!..

 En Hafiz dan En Faathir membakar hidupan laut sambil yang lain bergelak ketawa.. astaga.. ini kerja korang.. curi tulang tapi kuat makan..

 Indahnya suasana di hari raya.. bergambar beramai ramai selepas memakan beberapa bijik pisang Abu.. sebelas orang sebenarnya tapi kido dan adek dia lewat sampai..

Tengokla.. sampai malam tak ingat nak balik.. gila dorang ni depan kamera.. fotoholic (ada er perkataan fotoholic..memandai) tak menahan even dah gelap yang penting posing..

Saja tak nak upload gambar time makan.. kang kantoi ada ikan yang hangus rupa paras macam arang.. lagipun tak nak tunjuk gambar orang yang kuat makan..keh keh keh.. aktiviti berakhir kul 8.30 malam setelah di desak baru nak gerak.. maunya tidur kat rumah Umi..hahaha..

Oh sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih kepada tuan rumah Cik Umi, Emak dan Ayah dia kerana sudi menerima kehadiran kitaorang yang perangai pelik pelik ni, dan menjadikan rumah kalian sebagai port luck untuk main bakar bakar ayam udang dan ikan jaket..

Babab.net