Sabtu, 6 Ogos 2011

Tudung Apa Nak Beli Sebagai Oleh Oleh

Ok hari ni hari Sabtu.. aku bercadang nak pegi jalan TAR.. aku nak beli oleh oleh nak bawak balik Sabah.. ingat lagi tak entry aku yang ini..

Nampaknya ada beberapa orang yang bagi cadangan soh aku beli tudung untuk sanak saudara di kampung, cadangan itu aku terima.. tapi ada jugak yang soh aku bawak balik bakal menantu tuk mak aku.. hehe.. tak de lagi dowh.. nantila, awal lagi...

Tang tudung tu problem bagi aku.. aku tak tahu jenis tudung apa yang nak beli.. pesen apa yang terbaru? jenis tudung macam mana yang paling galem? apa yang pemes amos sekarang.. aku tengok kat internet ni bejenis jenis ada.. daripada yang melingkar daripada kepala ke leher, ada yang dikepit nampak kejinjangan leher atau bonggolan kat kepala..ah! apakah..

Pastu yang gantung batu bata kat hujung kain tudung pun ada gak, yang ni mesti berat kalau bawak naik flight.. dah la KG yang aku beli pun tak banyak sangat.. matila.. 

Aku rasa aku nak beli yang simple simple jak la.. diorang cakap tudung 'masok'.. apa tu? yang main 'pluck in' jak mengkali hahaha.. yang macam dalam sinetron tu kott, Ibu Arini.. ok ok aku tengok ramai kat sini orang pakai..

Tapi tudung yang macam cik epal pakai tu pun lawa jugak.. oh pening aku.. lantak la diorang..
Kalau oleh oleh tuk lelaki senang diurus haha..

Pesen tudung macam StarWars dah aku tengok.. lawa jugak ni ^^

Jumaat, 5 Ogos 2011

Berbuka Puasa Orang Belanja

sebok berkomentar.. aku pung sebok update status fb
Petang semalam adalah sesi berbuka puasa ramai ramai satu department.. bersama bersekutu bertambah mutu di bawah satu bumbung Department Quality Health Saftey Security and Environment QHSSE (makaih panjang nama kau!!).. bersatu seperti kaum muhajirin dan ansar, rela berkorban harta dan nyawa hahaha.. makan kat mug-mug.. bukan mak-mak..

old style fashion.. cover pipi chipmunk Hani, consume betri kalau kena snep.. ciss!!

Yeala.. sekali skala, lagipun ada orang belanja, sedekah amal jariah dibulan ramadan yang mulia ini.. semoga rezeki lebih bertambah murah kepada En Fadir.. aku apa lagi.. kalau barang free laju sajooo..hahahah..

Best jugak bekumpul satu dipartment ni.. HOD je tak de.. sebab dia dah tak remaja dan tak ranggi macam kitaorang.. hehehe.. ah! kompom dia tak kan terbaca post ni la..

Lagipun jugak kali ini sekali tuk farewell dua orang rakan sekerja bos kitaorang AVP dan sorang auditor dah nak benti, dapat kerja lain.. eh ye ke farewell, suka hati je aku hahaha.. alaaa macam makan makan meraihkan perpisahan.. sebelum mereka berangkat pergi jauh dan tak berkolaborasi lagi dengan kitaorang yang masih tinggal kat sini..

Alia gambar ko tak catek.. limited edition saje nak upload, rasakan hahahaha

Ucapan aku, semoga korang sukses selalu.. itu sajoh..
Oh! satu lagi.. selamat menjalani ibadat puasa.. jangan nakal nakal di tempat kerja baru.. :D




Babab.net