Khamis, 16 Jun 2011

Celebrity Hollywood: Sebelum dan Selepas Pembedahan Tetek

Arghh..!! merata rata orang cakap pasal hackers..
Lantak korang la nak hack sapa.. pandai la aku cakap kan sebab bukan aku yang kena..hehehe 

Aku rasa aku bukanla pengguna 10 website yang kena block tu.. tapi mungking diorang ada sebab kenapa bertindak macam tu.. tak puas hati? nak uji pertahanan? apa apa la.. pihak kementrian pun rasanya bersedia dengan serangan serangan yang mungkin akan meningkat.. 'pernah mengalamai situasi serupa sebelum ni' katanya..huhuhu..

Bagi akula kan.. kenapa block 10 websites tu, sedangkan ada banyak lagi website yang sepatutnya kerajaan perlu block.. besepah website pornography, judi bagai. yang tu pulak tak kena block, boleh jak aku masuk hahaha... yang pegi block PiratesBuy tu buat apa?..
Ok fine, aku bercakap tidak mengikut fakta... mintak maaf..^^

Isnin, 13 Jun 2011

Tips mengatasi perasaan takut di tempat gelap

Dulu masa aku sekolah menengah aku adalah seorang yang berani, aku tak takut pada hantu.. aku percaya adanya makhluk lain seperti jin dan syaitan, tapi aku tak percaya ada hantu seperti yang selalu digambarkan oleh kebanyakan orang.. berambut panjang, terbang, darah, muka buruk, busuk dan berkain putih.. semua itu aku tak percaya.. 

Sehinggah aku masuk ke universiti aku terjebak dengan beberapa kes yang berkaitan dengn makhluk halus yang berlaku di depan mata.. di dorong lagi dengan rakan sebilik yang suka tengok filem seram, entity dan segala macam pembuktian hantu yang di download dariapada internet.. semenjak daripada itu aku kini menjadi seorang yang takut hantu...hehehehehe.. 

Sebut pasal hantu, sudah tentu ia berkaitan dengn ruangan gelap.. ye dak.. ada tak hantu menjelma di bawah sinaran matahari atau lampu yang terang benerang? tak de kan.. ia mesti di kawasan gelap.. dan disebabkan betapa penakutnya diriku ini, aku telah menggoogle tips untuk menghilangkan rasa takut di tempat gelap.. aku nak kongsi dengan korang... 

Dahulukan pemikiran logik.
Sebenarnya kebanyakan rasa takut muncul disebabkan pemikiran yang tidak logik, lahir daripada emosional kita.. contoh anda berada di dalam bilik dan ingin ke dapur untuk mengambil makanan, tiba tiba korang ternampak bayang bayang.. sebagai seorang yang penakut first yang korang akan fikir ialah 'ada hantu'.. tak! jangan terus buat tanggapan, hidupkan lampu dahulu dan tengok betul betul, berfikiran resional dengan fakta fakta yang logik.. kot kot bayang bayang tadia sebenarnya adalah kain yang di gantung di tepi tingkap..ya la kot..hehehehe.. 

Melatih penglihatan di tempat gelap
Ketika kita masuk ke kawasan gelap daripada kawasan terang, dalam beberapa saat tentu kita tidak melihat apa apa kan.. tapi secara perlahan mata kita akan mula dapat melihat objek objek yang berada di kawasan itu.. memang la tak dapat nak nampak semua dengan terang, tapi cubalah menyebut benda benda yang anda lihat seperti meja, kerusi, katil.. dengan itu penglihatan gelap anda akan meningkat dan rasa takut itu akan berkurangan 

Baca artikel yang berinspirasi
Dah la penakut yang suka sangat pegi tengok filem filem seram tu buat apa.. pegi lagi might night punya show, ataupun sebelom tidur tengok lagi cerita kliwon, atau baca novel hantu.. konon konon korang boleh membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya mengalami situasi seperti itu.. daripada korang tengok atau baca benda macam tu baik korang tengok benda lain yang berfaedah seperi rancangan/ buku agama atau motivasi yang akan membuat anda berasa rileks dan tenang..


Meditasi, visualisasi, dan berdoa.
Ramai orang berpendapat melakukan meditasi sebelum tidur boleh membuatkan diri anda menjadi rileks, mengurangkan stress dan mangatasi rasa takut.. berdoa dan membaca ayat ayat al-quran pulak dapat membantu diri kita merasa dilindungi olah Allah swt.. ketika korang duduk atau berbaring di tempat tidur, bayangkan korang berada di suatu tempat yang korang inginkan dan nikmatilah tempat tersebut.. ketika di kawasan lapang atau hutan pulak, pandanglah langit yang cerah, dan rasakan hangatnya sinaran matahari.. kalau tak hangat pun buat buat hangat jak.. kemudian, bayangkan juga indahnya langit yang dihiasi bintang dan bulan pada malam hari.. dengan itu rasa takut akan beransur hilang..

Amacam adakah tips ini dapat membantu korang? tak kan? sebab korang tak baca semua pun.. aku dah mula amalkan tips ini.. dan sekarang aku dah tak penakut sangat dah.. kalau korang nak berani seperti aku cubalalah amalkan.. tapi kalau aku tengok hantu betul betul di depan mata aku rasanya aku yang cabut dulu..keh keh keh..



Babab.net