Khamis, 26 Mei 2011

Tips, petua, cara untuk mengelakkan perut buncit

Perut buncit adalah masalah yang di hadapi oleh lelaki dan perempuan, tapi nampak sangat lelaki lagi banyak kot hahaha... sebenarnya perut buncit tidak berlaku pada orang yang berbadan gemuk sahaja, tetapi ia juga boleh berlaku pada lelaki/ perempuan yang berbadan kurus.. Perut buncit selalunya disebabkan oleh cara hidup dan amalan pemakanan yang kurang sihat.. untuk mengelakkan masalah perut buncit, berikut adalah langkah langkah yang boleh diambil..


1. elakkan pengambilan garam yang berlebihan.. kalau korang ingat masa sekolah dulu, kita ada belajar tentang konsep osmosis.. so kalau kita mengambil garam yang berlebihan, tahap kepekatan tisu badan kita akn tinggi dan air akan meresap pasuk ke dalam badan(tidak dikumuhkan)..dan dengan itu berat badan akan bertambah..ya kan..

2. elakkan pengambilan karbohidrat berlebihan. di dalam badan karbohidrat akan di tukar kepada glikogen atau di simpan sebagai sumber tenaga (stock).. jika ia tidak dibakar(tukar kepada tenaga) sama seperti garam, ia akan mengubah tahap kepekatan dalam badan.. sebab tu kita kena bersenam untuk membakar karbohidrat dalam badan.. kan.. kan..

3. elakkan makan makanan yang mempunyai banyak minyak (goreng goreng).. ini sudah jelas terang dan nyata lagi bersuluh, minyak adalah lemak.. lemak dicernakan agak lambat di dalam badan sehingga ia sangat mudah menempel dan bertumpuk di dalam perut..dan...buncit!!

4. elakkan mengambil minuman bekarbonat.. tahu tak jika minuman bekarbonat di minum ia tidak akan dicernakan di dalam badan melainkan tersimpan di dalam perut(keluar sebagai kentut)... mungkin kita dapat membayangkan jika gelembung gelembung udara tadi mengendap di dalam perut...yaaaaa perut akan membuncit..wah well done buncit!!..hahaha

Itu jak yang aku dapat kongsikan kat korang, betul ke tak yang aku cakap ni korang fikir la sendiri ya.. rajin rajin la godek internet ni, jangan asyik main blog jak.. grrr.. jangan jadi buncit...ok! good luck hahaha

Jumaat, 20 Mei 2011

Rahsia Krabby Patty: Sejarah asal usul dan cara menyediakannya

Sapa sini tak kenal Krabby Patty?.. cepat cakap!! makanan sama famous macam dorayaki..
Krabby patty ialah sejenis makanan segera yang terdapat dijua di Krusty Krab.. tau tak mana letaknya Krusty Krab tu? hehehe.. restoran ni terletak kat Bikini Bottem, jauh di dasar lautan.. 
Spongebob adalah orang/makhluk yang bertanggungjawab menemui semula krabby patty ketika dia kembali ke abad ke-12. Ia adalah makanan yang telah diperkenalkan kepada Raja Krabs ketika abad ke-12 untuk menenangkan Naga Obor-obor ahli syihir jahat Planktonimor dari nenek moyang Sheldon J. Plankton. Dengan itu, Krabby patty telah menjadi resepi rahsia keluarga mr. Krab.
Untuk menyiapkan krabby patty, perkedel terlebih dahulu perlu dimasak pada suhu 298 dgree dengan menterbalikkanya menggunakan sudip yang bagus. Selepas itu, perkedel tersebut dimasukkan kedalam lapisan roti bersama bahan bahan yang lain. Untuk menghasilkan krabby patty yang lazat, ia perlu di siapkan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, ataupun kekadang mengunakan sihir dan mesin semangat sebagai enasiatif tambahan.
Ingerdients krabby patty adalah sangat sangat rahsia. dalam suatu ketika resepi itu telah terungkap dalam suatu lagu dan yang selebinya tertulis di dalam kertas, disimpan selamat oleh Mr. Krab. Tapi yang pasti antara ramuanya ialah  
1 cawan sesuatu
1 sejumput sesuatu
1 sudu teh sesuatu
1 splash dari sesuatu
Sedikit sesuatu
1 sudu teh sesuatu
4 cawan sesuatu
Sedikit sesuatu dengan beberapa makanan
Krabby patty juga mempunyai kesan sampingan. Sebagai contoh, jika ia dimakan terlalu banyak dalam sesuatu masa, bahagian peha akan mengalami bengkak disebabkan lemak dan pecah. Hal ini pernah dialami oleh Squidward. Tapi jika seseorng/ binatang tidak memakan krabby patty dalam suatu jangka masa yang lama ia akan mengalami penyakait 'Krabby Patty Withdrawal'. Seseorang yang tidak memakan krabby patty ketika mengalami 'Krabby Patty Withdrawal', ia akan mengeluh tentang hal itu selama beberapa minit seperti yang pernah dialami oleh si Petrick.
berguna tak info aku ni..hahahaha
nak lagi..klik kat sini.

Babab.net