Ahad, 10 April 2011

Cuti cuti: Melancong ke Sabah

Kali ni aku nak buat entry untuk merangsang orang..grrr..jangan salah faham pulok, aku nak rangsang korang supaya pegi ke sabah jalan jalan cuti cuti satu malaysia..hehehe

Entry ni mungkin bersiri, cuma kali ni aku nak bagi tumpuan untuk encourage minat korang  sahaja, belom cerita pasal apa yang ada kat sabah lagi ok..tapi aku yakain ramai je kat sini yang tahu sabah ada banyak tempat tempat yang best..




Ok fine, selalu kalau orang lain ajak pegi sabah, first apa yang korang akan fikir?.. 'Tiket kapal terbang mahal la bang..ko nak belanja boleh lah'..itu Kan!! 

Korang pena tak tepikir yang satu hari nanti korang akan pegi sabah jenjalan.. mesti korang nak kan. Oh! Seronoknya jalan jalan, naik flight pegi sabah, tengok negeri orang.. masyarakat, budaya, makanan, permandangn, tempat yang lain yang mungkin kat sini TAK DAK..ala..sesuatu yang lain, pengalaman baru, seronok kan..

Aku ada je kawan dalam fb, dan di tempat kerja yang dorang sebenarnya tak de la apa sangt nak pegi sabah..tapi dorang saja nak jalan jalan tengok tengok tempat orang lain sambil melancong ringan ringan.

Dengar cerita dorang memang best, dorang ni pegi pun tak de la sampai belanja rubu rubu, dah dirancang dengan teliti, so kos tak de la mahal sangat, bagus kan..



Atlist kalau orang lain tanya, anda boleh berkata 'oh aku dah perna pegi sabah!!'.. Sure korang akan bercerita non-stop tentang apa yang korang tahu, tak kirala cerita best ka atau tak best, yang penting ada sesuatu yang anda boleh ceritakan dan orang akan mendengar cerita anda dengan bersemangat.. see.. seronok kan!!.. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Sebenarnya kalau nak pegi sabah tak de la rumit sangat, cuba baca entry en wanbu ni..(eh! tapi dia cerita simpel je sebab itu entry GA) tambah tambah lagi kalau korang ada family, member yang tinggal kat sabah, lagi mudah.. Zazzzz je boleh pau dorang lagi hahahaha..

Cuma selalu orang akan fikirkan ialah KOS terutamanya flight,..try tengok entry aku pasal tips untuk mendapatkan tiket kapalterbang yang murah.. sebenarnya tak de la mahal kau kau kalau korang bijak, tiket flight boleh dapat sangat murah untuk penerbangan pergi balik.. I tell u.. yang penting ialah perancanagn yang teliti..ala contoh, beli bulan ni, pas tu lima enam bulan akan datang  baru terbang, bukanya apa pun..yang penting dah beli tiket rm 56 (cth) two way Kuala Lumpur - Kota Kinabalu, tak ke bebaloi..huhuhu..



Rugi korang kalau tak kuar jenjalan... Ya la, kita ni tak de la sehigh klass macam haniz zalikha kan, pegi travel luar negara (hope soon i will), but at least kita kuar, go someware jalan jalan, menjauhkan perjalanan dan meluaskan pengalaman..setuju tak dgn apa yang aku cakap ni? kalau tak..tak nak kawan!!..

Rabu, 6 April 2011

Manusia pertama ke ruang angkasa

Kini hampir genap 50 tahun Yuri Gagarin mencatatkan sejarah sebagai angkasawan pertama berjaya keluar ke angkasa lepas dan mengeliling orbit bumi pada 12 April 1961. Kejayaan Gagarin bukan sahaja dibanggakan oleh Kesatuan Soviet tetapi turut dibangakan di seluruh negara sebagai satu sejarah dunia. Pada usia 27 tahun Gagarin, telah menunjukkan kemenangan Kesatuan Soviet mendahului Amerika Syarikat dan melampaui kejayaan politik mereka pada saat itu.

Gagarin dilahirkan di desa Klushino, luar Moskow, ayah Gagarin adalah seorang tukang kayu, sementara ibunya bekerja sebagai seorang pemerah susu. Pada tahun 1955, Yuri Gagarin memasuki Pilot School Orenburg, bekerja dengan Tentera Udara Soviet sebagai leftenan. Selepas berkahwin dengan pasanganya Valentina seorang lulusan Orenburg Medical School, Gagarin mula melibatkan diri sebagai juruterbang pesawat pejuang. Dan pada tahun 1960, Gagarin bersama-sama dengan 19 yang lain dipilih sebagai calon untuk program luar angkasa oleh Kesatuan Soviet.


April 1961, Yuri Gagarin  telah meluncur ke angkasa daripada Tyuratam Missile Range (kini Kosmodrom Baikonur) menggunkana Vostok 1. Selepas berjaya membuat pusingan orbit bumi secara solo dan berada orbit selama 108 minit, Gagarin berjaya mendarat dengan selamat dekat dengan Sungai Volga. Kejayaan itu menjadikan ia selibriti antarabangsa dan kemudian dianugerahkan gelaran Pahlawan Kesatuan Soviet oleh pemimpin Kesatuan Soviet Nikita Khrushchev pada ketika itu.  


Gagarin juga telah dipilih sebagai angkasawan kedua back-up untuk angkasawan Vladimir Komarov misi Soyuz 1 yang dilancarkan ke orbit pada 23 April 1967. Namun Soyuz 1 yang membawa Komarov seorang diri mengalami masalah teknikal semasa memasuki admosfera dan terhempas pada kelajuan tinggi di permukaan bumi menyebabkan Komarov meninggal dunia. Kejadian ini telah disahkan adalah penerbangan fatal yang pertama dalam sejarah Spaceflight. 

Yuri Gagarin tidak lama menikmati status ternamanya sebagai manusia pertama ke luar angkasa. Gagarin telah meninggal pada 27 March 1968 ketika pesawat MiG-15 semasa menjalani latihan rutin berhampiran bandar Kirzach utara-timur Moskow. Umur Gagarin pada ketika itu ialah 34 tahun. Co-pilot Gagarin Vladimir Seregin juga turut meninggal. Punca kemalangan itu tidak diketahui. 

Kini kejayaan 50 tahun Gagarin dikongsi bersama bukan sahaja Kesatuan Soviet tetapi diseluruh dunia. Hari memperingati Yuri Gagarin menembusi ruang angkasa diraikan di kebanyakan bandar besar seperti di New York, Washington DC, London, Tokyo, Moskow, Sydney, Beijing, Delhi hingga ke Nairobi. 

" Ruang angkasa adalah sesuatu yang menyatukan kita semua, ia adalah isu global" kata presiden Russia Medavedev.


Sumber: BBCNews, VivaNews and Wiki.



Babab.net