Rabu, 6 April 2011

Manusia pertama ke ruang angkasa

Kini hampir genap 50 tahun Yuri Gagarin mencatatkan sejarah sebagai angkasawan pertama berjaya keluar ke angkasa lepas dan mengeliling orbit bumi pada 12 April 1961. Kejayaan Gagarin bukan sahaja dibanggakan oleh Kesatuan Soviet tetapi turut dibangakan di seluruh negara sebagai satu sejarah dunia. Pada usia 27 tahun Gagarin, telah menunjukkan kemenangan Kesatuan Soviet mendahului Amerika Syarikat dan melampaui kejayaan politik mereka pada saat itu.

Gagarin dilahirkan di desa Klushino, luar Moskow, ayah Gagarin adalah seorang tukang kayu, sementara ibunya bekerja sebagai seorang pemerah susu. Pada tahun 1955, Yuri Gagarin memasuki Pilot School Orenburg, bekerja dengan Tentera Udara Soviet sebagai leftenan. Selepas berkahwin dengan pasanganya Valentina seorang lulusan Orenburg Medical School, Gagarin mula melibatkan diri sebagai juruterbang pesawat pejuang. Dan pada tahun 1960, Gagarin bersama-sama dengan 19 yang lain dipilih sebagai calon untuk program luar angkasa oleh Kesatuan Soviet.


April 1961, Yuri Gagarin  telah meluncur ke angkasa daripada Tyuratam Missile Range (kini Kosmodrom Baikonur) menggunkana Vostok 1. Selepas berjaya membuat pusingan orbit bumi secara solo dan berada orbit selama 108 minit, Gagarin berjaya mendarat dengan selamat dekat dengan Sungai Volga. Kejayaan itu menjadikan ia selibriti antarabangsa dan kemudian dianugerahkan gelaran Pahlawan Kesatuan Soviet oleh pemimpin Kesatuan Soviet Nikita Khrushchev pada ketika itu.  


Gagarin juga telah dipilih sebagai angkasawan kedua back-up untuk angkasawan Vladimir Komarov misi Soyuz 1 yang dilancarkan ke orbit pada 23 April 1967. Namun Soyuz 1 yang membawa Komarov seorang diri mengalami masalah teknikal semasa memasuki admosfera dan terhempas pada kelajuan tinggi di permukaan bumi menyebabkan Komarov meninggal dunia. Kejadian ini telah disahkan adalah penerbangan fatal yang pertama dalam sejarah Spaceflight. 

Yuri Gagarin tidak lama menikmati status ternamanya sebagai manusia pertama ke luar angkasa. Gagarin telah meninggal pada 27 March 1968 ketika pesawat MiG-15 semasa menjalani latihan rutin berhampiran bandar Kirzach utara-timur Moskow. Umur Gagarin pada ketika itu ialah 34 tahun. Co-pilot Gagarin Vladimir Seregin juga turut meninggal. Punca kemalangan itu tidak diketahui. 

Kini kejayaan 50 tahun Gagarin dikongsi bersama bukan sahaja Kesatuan Soviet tetapi diseluruh dunia. Hari memperingati Yuri Gagarin menembusi ruang angkasa diraikan di kebanyakan bandar besar seperti di New York, Washington DC, London, Tokyo, Moskow, Sydney, Beijing, Delhi hingga ke Nairobi. 

" Ruang angkasa adalah sesuatu yang menyatukan kita semua, ia adalah isu global" kata presiden Russia Medavedev.


Sumber: BBCNews, VivaNews and Wiki.



Isnin, 21 Mac 2011

Tempat Best Di Terengganu

Beberapa hari tak update blog sebab sebok becuti bersukaria ke Terengganu..seronok wei, rasa macam nak pgi lagi..hahaha..

sebagai penumpang memang best, duduk je mengangkang layan lagu, sekali sekala tidur tidur ayam pastu borak borak 'orang dewas' dengan Ijan dan si Hani memang tak boring..perjalanan 7 jam lebih tak terasa langsung..thanks to En Fadir sebab sanggup jadi pilot, drive sorang pegi dan balik dripada ganu...kitaorng pun senyum sokmo je la...har har har..
at least aku dah sampai Terengganu, salah satu tempat aku yang mesti pegi. dah berapa tahun duk semanjung ni finally sampai jgk aku kat negeri yang famous dengan Monsun Festival dia, keropok lekor, dan penyu...huhuhu..

motif utama nak gi ganu ni sebenarnya nak pegi majlis kawin member..tapi diselitkan sekali dengan konon Desinasi Bajet, shopping shopping..dan jalan jalan cari makan..tak rugi!! korang pegi la, best memang best berbaloi percutian yang menghiburkan..na na na na na Ganu kite!!

lebih kurang pukul 12 malam gerak daripada Puchong and then sampai kat Kemamang dalam pukul tiga lebih, singgah kentut, rehat dan makan makan jap bla bla bla...pastu perjalanan diteruskan...and then lalu di hadepan loji penapisan minyak yang pertama di Malayisa kat Dungun fuh!!...tak nak lepas pelung, singgah jugak ambek gambar tak nak rugi kan...view kawasan industry yang lawa, banyak lampu lampu and ade api menyala kat menara dia...loji penapisan minyak yang luas dan sangat penting kepada Malaysia...aku jakun..bangga dengan Malaysia..

kat Kuala Terengganu, sebelum masuk ke rumah rehat, pekena dulu dengan Nasi Dagang Warung Mak Ngah yang sedap dan asli..fuhh!! rugi sape yang datang ganu tak rasa nasi dagang, dihidang atas daun pisang, simple je...tapi rasanya memang sedap...rasa sekali pasti nak lagi..nasi dagang mak ngah ni memang famous ok..pena masuk tv tau!!..


sebelum ke rumah pengantin kitorang masuk dulu kat rumah rehat..nak rehat setelah beberapa jam perjalanan. dapat rumah rehat yang bersih dan selesa kitaorng memang puas hati..bayar 200 jer untuk satu malam, check in pagi pastu check out pagi esok, 4 orang so bayar 50 sorang..murah kan !! rumah rehat ni sesuai tuk family set..kalau datang denagn family yang ramai boleh la tepon pakcik yang mesrah dan baik hati tu..i tell you, korang pasti berpuas hati..hehehe..

pegi rumah pengantin tengah hari macam tuh..pegi makan, borak borak dan seperti biasa mesti ambik gambar sebagai kenangan. pasangan pengatin yang cantek dan tampan bergaya...selamat pengantin baru kepada Sarah dan Fadhir, semogah berkekalan ke anak cucu cicit dan sentiasa di cucuri rahmat olah Allah...
daripada rumah pengatin terus je nak pagi cari keropok lekor, tau tak..nak beli keropok lekor kena ambek nombor giliran..wah gilerrr ramai orang..nombor yang kitaorng dapat pun kena tunggu 200 orng lebih lagi di hadapan..makai..mampus nak tunggu..pegi kedai lekor yang lain pun sama jugak, kena tunggu sejam baru blh dapat lekor...malas nak tunggu, kitaorng decide pegi Pasar Payang dulu beli souvenir and ape ape yang patut..

Pasar Payang yang BEST banyak barang barang yang BEST jual kat sana, tekejut dengan harga kain songket mencecah rm700 lebih..tapi kuality baik ok..tarak cikai punya..haha..kat sini macam macam ada, banyak benda boleh menjadi pilihan untuk dijadikan buah tangan..penyu pun banyak jugak hehehe...sempat lagi ambek gambar atas beca depan pasar payang sebleum pegi beli lekor kat Kg. Losong..terbaik wok!!...pastu kitaorng pegi pulak ke pantai batu buruk cuci mata..hahaha..dan malam kuar lagi pegi cari makan kat pulau kambing..gilerrr best..jadual full house..

kesokan paginya sebelum gerak sempat singgah kat masjid kristal..ambek gambar huha huha..pastu gerak balik KL..saje gerak awal sebab nak singgah rumah Pak Andak lagi kat Tekam dan rumah pengantin baru kawan kepada en fadir..

terbaik, percutian hujung minggu ke Terengganu yang sangat best ..!! terima kasih kepada En Syaril sebab banyak membantu.

comel kan baby Pak Andak (en faizal)..kui kui kui..nak jugak baby satu!!

Babab.net