Selasa, 4 Ogos 2020

Pasir Emas Cafe - Tempat Makan Best Sandakan

Hi gaiss.. Assalamualaikum..bertemu kembali review tidak berbayar restoran tempat makan yang best haha..hari ni bersiaran dari Sandakan pulak.. satu restoran yang dah beberapa kali aku pegi kalau outstation kat sini... Ni dia restoran Pasir Emas Cafe.

Suasana restoran yang tidak sesak dan bingit...keadaan selasa dan tenang.

Lokasi restoran ni ialah di Jalan Bokara, betul-betul berhampiran roundabout replika ikan kerapu..kedudukan restoran juga dekat dengan Pantai Pasir Putih.. cuma perlu menyebrang jalan sikit la untuk ke tepi pantai tu.

Apa yang menarik di restoran ni? Firstly ofcos makanan dia memang sedap, sebab aku dah pernah datang beberapa kali..so aku dah try beberapa jenis menu masakan.. antara favorite aku ialah me basah dia. Selain tu terdapat jugak menu-menu lain, local foods, Chinese food dan western foods pun ada.. grill grill bagai termasuk goreng-goreng.

Pintu masuk utama restoran Pasir Emas Cafe.

Selain makanan dia, aku juga menyukai suasana di restoran ni, tak terlalu sesak dan berada di luar sedikit daripada pusat bandar Sandakan. Sejuk sebab bersebelahan dengan restoran ni terdapat pokok-pokok menghijau. Dan yang best dia tempat paking kereta banyak dan percuma gaisss..

Mee basah seafood menjadi pilihan santapan hari ni.

Daripada segi harga pulak aku bagi rating medium la..tapi makanan dia bagi aku berbaloi dengan harga dia..sedap dia, size hidangan dia dan environment dia.

So untuk korang yang nak mencari tempat makan yang best di bandar Sandakan, Pasir Emas Cafe mungkin salah satu tempat yang korang boleh pertimbangkan. Ok bye...terima kasih.

Isnin, 3 Ogos 2020

UpTown Lahad Datu - Uptown Bandar I-Peak

Hi gaiss.. assalamualaikum, hari ni nak cerita sikit sesuatu yang baru di Lahad Datu..haha bukan la baru sangat rapi sejak beberapa bulan dalam tahun ni jugak la..

Yaa...di Lahad Datu sudah ada Up Town, up town ala-ala di Semenanjung gitu..tapi tak de la besar luas macam Up Town Shah Alam ke apa..tapi ok la bagi penduduk setempat.

Muka hensem..perasan haha

Up Town ni beroperasi pada setiap malam dan lokasi dia ialah di Bandar I Peak. Lebih kurang 5 minit menaiki kenderaan daripada pusat bandar. Bagi pengunjung yang datang ke Lahad Datu yang tidak memilik kenderaan sendiri.. jangan susah broo..e-haling macam grab car dan maxim ada..tambang dalam rm5 ke rm6 ringgit macam tu.

Bawak anak-anak belanja makan bakso.

So apa yang ada di Up Town ni? Memandangkan uptown ni masih baru so tak de banyak benda lagi ada. Tapi nak makan malam, street foods, ikan bakar sayap ayam bakar, sate, goreng, makanan bajau bugis suluk korea bakso-bakso, coto, nasi campur dan goreng-goreng semua ada..banyak la makanan yang boleh menjadi pilihan termasuk buah-buahan.

Selain itu di kawasan up town ni juga ada terdapat gerai-gerai lain yang menjual kasut baru dan terpakai, mainan kanak-kanak baju dan lain-lain. Gerai pakaian terpakai bundle pun belambak. Terdapat jugak lot lot utuk perminan game dan pentas nyanyian. Kot korang nak sumbangkan lau untuk pengunjung yang tenga makan, korang boleh la menyanyi. Tapi pastikan suara korang sedap la haha

Sekitar kawasan gerai.

Bersebelahan dengan Up Town I Peak ni juga terdapat gerai jualan ikan segar. So, siapa nak beli ikan segar bolehla datang ke sini.

Tidak jauh daripada Up Town terdapat juga Pasar Malam I peak..yang ni nanti saya story di entry yang lain ok..bye.

Boleh tengok vedio UpTown Lahad Datu di sini.

Jumaat, 31 Julai 2020

Claim e Penjana Boost - Penjana e wallet

Hi gaiss..assalamualaikum, entry sebelum ni aku ada kongsikan tutorial cara nak claim ePenjana menggunakan aplikasi grab..kalau nak baca boleh tekan kat

Untuk kali ini aku nak kongsikan pulak cara nak dapatkan ePenjana menggunakan applikasi boost. Boost ni adalah salah satu aplikasi eWallet yang popular di Malaysia, aku sendiri pun banyak menggunakan aplikasi ni untuk shopping dan bayar bill.


Macam biasa syarat-syarat untuk mendapatakan bantuan Penjana ni ialah:
1.  Warga negara Malaysia
2. 18 tahun ke atas
3. Pendapatan kurang dari RM100,000 setahun.
4. Tidak claim ePenjana daripada mana mana aplikasi yang lain.



Denga boost mudah je, korang buka aplikasi boost dan tekan claim now macam kat atas tu.


Kalau korang dah masukkan semua maklumat korang dalam boost so korang tinggal submit je. so boost akan review permohonan korang sebelum diluluskan. contoh macam gambat kat atas tu.

e Penjana credit - Cara Dapatkan e Penjana Menggunakan Grab

Hi gaiss..assalamualaikum, hari ni kerajaan akan bagi kat semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menerima bantuan RM50 seorang dalam bentuk e-wallet. 

Syarat-syarat untuk mendapatkan ePenjana ialah:
1. Warga negara Malaysia
2. 18 tahun ke atas pada 31 December 2020
3. Pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 berdasarkan rekod LHDN.
4. Telah memasang dan berdaftar aplikasi mySejahtera
5. Telah disahkan anda tidak memohon ePenjana daripada eGrab yang lain, atau aplikasi eWallet yang lain.

So untuk mendapatkan ePenjana menggunakan aplikasi grab, berikut adalah langkah-langkah yang korang kena follow:


First korang kena ada aplikasi grab update terkini. Masuk je ndalam appstore atau playstore untuk mendownload atau mengupdate aplikasi korang. Kemudian tekan bahagian ePenjana RM50 yang macam ada kat gambar atas tu.


Kalau korang belum update aplikasi terkini, so korang kena update la, tekan je mana-mana butang macam kat atas tu ikut hp apa yang korang gunakan sekarang.


Lepas tu grab akan bagi tau la kalau korang berjaya claim RM50 tu..dia ingatkan utuk apa duit tu perlu dibelanjakan dan kelebihan lain kalau calim menggunakan aplikasi grab, tekan je next.


Then dia bagi tau cara macam mana nak buat claim, untuk medapatkan RM50 tu korang kena update gambar IC dan gambar selfie korang..so, ikut je la.


Ini step-step yang korang kena follow. tekan yang retake photo tu.




Macam ni bahagian nak tangkap gambar IC korang, tangkap betul-betul..biar kotak tu penuh gambar IC korang dan ianya mesti terang jelas dan nyata haha.


Kemudian tangkap gambar selfi korang yang paling cantik dan paling hensem.


Lepas semua dah lengkap korang tekan je continue dan kemudian dia akan popup macam gambar kat atas. Ingat kalau korang dah follow semua step kat atas tu duit RM50 tu tak terus masuk kat ewallet korang, grab akan reviw dulu permohonan korang. Nanti grab akan bagi notification apabila permohonan korang berjaya.

Lagi satu, jangan lupa daftar mySejahtera, sebab grab akan buat pengesahan permohonan anda melalui mySejahtera. kot diorng nak check betul ke semua maklumat yang kita bagi kat diorang.

Tu je harap entry ini membantu..sampai jumpa lagi.

TAG: ePenajan wallet, claim ePenjana, Cara dapatkan ePejana grab,  penjana wallet

Babab.net