Isnin, 4 Julai 2011

Tanjung Harapan Tempat Makan Yang Best

Semalam adalah Ahad hari ini adalah Isnin, Monday blues..selamat bekerja dan selamat meneruskan pelajaran di dunia yang fana ini..oyeh!! Life is life.. hidup mesti diteruskan, sisa sisa yang ada mesti dimenfaatkan sebaik baiknya..
Okay nice intro..what therrr...hahaha..

Mungkin anda pernah baca entry aku yang kat sini.. semalam kitaorang pegi Tanjung Harapan Lingkaran, Sultan Hishamuddin Klang, sapa kat sini yang duduk Lembah Klang tak pernah pegi Tanjung Harapan lagi?.. kalau nak makan seafood bolehla pegi sana.. konsep dia sama macam kat Bagan Lalang, tumpuan bagi penduduk kat lembah klang untuk menikmati makanan laut yang fresh konon..

Plan sebenarnya nak ke Ipoh just nak pegi makan Nasi Lemak Ayam Kampong yang popular kat bandar tu..(ada disebut dalam entry aku yang ini) tapi tukar pulak pegi Tanjung Harapan sebab kitorang gerak lambat, tunggu sorang kawan tu buat operation kaki.. tu la pakai hill lagi macam KL tower, tau la nak tambahkan ketinggian..keh keh..

Dengan bantuan gps garmin sampai jugak kitaorang kat Tanjung Harapan.. even tersesat masuk dalam taman perumahan mana ntah, bongok punga gamin hahaha.. susah jugak nak sampai sana kalau first time, sebab dia kena masuk ceruk ceruk kawasan industry, boleh tahan jugak la.. nasib baik pilot kitorang cekap.. so nak tanya dia, sesat semalam nak salahkan siapa? garmin kah? orang yang tengok garmin tu kah? orang yang set kah? ataupun nak salahkan aku yang memang jelas tak bersalah ni hehehe..

Sampi sampai jak kitorang terus pilih binatang laut apa nak di bantai, banyak pilihan nak Squidward, Mr.Krap, udang, kerang, lala, Spongebob, Petrick, atau siakap sinohong gelama ikan duri.. pilih jak yang mana, pastu timbang, nak masak apa dan tunggu untuk dilahap.. kitorang pilih siakap masak tiga rasa, tomyam seafood, lala masak sedap (tak tahu masa apa), sotong goreng tepung dan beberapa aksesori tambahan seperti kailan, telur dadar masak something, fresh orange, plane rice and chinese tea.. banyak tapi semuanya habis okay, tak membazir sebab membazir itu sahabat syaitan.. lagipun nasib baik ada orang tu yang berbadan kecik tapi kuat makan, selamatla huhuhu...

Kalau korang nak pegi boleh la.. ajak family atau dengan member ramai ramai.. alaa sekali skala, seronok jugak.. makanan dia pun sedap, kira berbaloi la.. Tanjung Harapan tu luas, ada banyak tempat makan sebenarnya, pilih jak yang mana korang nak.. kemudahan tandas dan surau pun ada.. selesa pulak tu, view laut dengan kapal kargo macam titanic, pernah tak tengok kapal titanic? tak pernah kan.. kalau bertuah korang boleh tengok dolphin loncat loncat dalam laut.. pegi petang sikit baru best.. ok..

Babab.net