Selasa, 1 Oktober 2013

Kenapa Berhenti Berkerja

Ok la, since ramai yang pm kat fb dan msg kat WhatsApp bertanyakan tentang hal ini, biarlah aku story sikit apa sebenarnya yang berlaku..lagi pun dalam blog ni la aku boleh bercakap panjang sikit banding pos status kat fb, twitter atau ig..

Berhenti berkerja.
Aku sebenarnya bukanlah diberhentikan kerja, meletak jawatan atau ebsconded..aku cuma mengambil peluang mengoferkan diri suka sama suka antara aku dan majikan untuk diberhentikan dibawah skim khas dengan bayaran pampasan..kalau korang familiar dgn perkataan "separation service", "compensation" dll dibawah subjek Introduction to Human Resources mungkin korang tahu..

Malaysian Agrifood Corporation Bhd (MAFC) dan Cold Chain Network (CCN).
Dan aku bukanlah berseorangan..hal hal macam ni mestilah ia melibatkan ramai orang kan..rakan rakan sekerja, best friends dan teammate semua, dalam dua puluh orang lebih macam tu..semalam 30 September adalah last service kitaorang dgn MAFC dan aku CCN.. oh jangan keliru antara MAFC dan CCN.. MAFC lebih kurang mother company dengan CCN..macam aku even service aku kat CCN tapi aku attached kat MAFC, so boleh agak la kan law dia dalam HR..MAFC dan CCN still masih ada lagi dan beroprasi seperti biasa..

Berat untuk pergi.
Berat rasa hati untuk meninggalkan company ni..ni la first time aku kerja dalam satu company dalam jangka masa yang lama, lebih kurang empat tahun..sangat banyak kenangan dengan rakan rakan sekerja, office mate dan best friends semua, kalau tengok gambar gambar lama mahu berjujuran air mata menangis haha..deorang semua baik baik, mengubah persepsi aku masa mula mula gred dari UiTM Shah Alam hari tu cakap tak nak kerja kat semenanjung sebab orang orang semenanjung tak best, susah nak diajak berkawan..

Balik kampung.
Ok lepas ni aku akan kembali ke kampung halaman 10 Oktober ni..jobless baru nak kembali ke pangkuan ibu kan haha..nak buat apa? Aku serahkan takdir aku sepenuhnya kepaNya, berusaha sendiri dan mencari pekerjaan baru, insyaAllah kat mana mana pun ada rezeki..ye la aku ni samaada cepat atau lambat aku tetap akan balik ke Sabah jugak, sebelum aku tercommit dengan apa apa lagi so cepat cepatlah kembali ke tanah kelahiran sendiri haha..

Doakan yang terbaik.
So aku mendoakan MAFC dan CCN akan terus berjaya dimasa masa akan datang..terima kasih diatas pengalaman yang sangat berharga ini.. kepada staff staff yang masih tinggal berkhidmat wish you luck, all the best to you, buat kerja kuat kuat lepas ni..

Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan..with love Abu Bagi, cewahh!! Haha..

Confirmation on promotion..baru je dapat 3 bulan lepas, aku tahu boss aku pun berat rasa hati nak lepaskan aku..tapi nasib la dapat boss yang memahami jiwa dan sanubari anak anak buah dia haha..thanks En. Sepian untuk semua ini..

artikel repost dri 1 October 2013

18 ulasan:

Syazana Zainn berkata...

its ok, bumi tuhan ni luas

mana-mana pasti kau boleh berjaya kan

btw ulat dalam batu pun boleh survive

ni kan pula kita manusia yg ada akal kan

so aku ucapkan selamat maju jaya kat kau

:)

weh aku komen 1st weh! haha

Kancil 8349 berkata...

Kancil memahami keadaan kamu tu...macam tulah Kancil tinggalkan kerja lama..huhuhu...sedih...apapun selamat kembali ke daerah Lahad Datu...semoga kedatangan kamu membawa perubahan...hehehe

Mek Onie berkata...

good luck juak untuk abu ! rezeki ada dimana-mana... :D

baru aku faham ,hihi

dear anies berkata...

setiap yg berlaku ada hikmahnya... pasti slps ni ada rezeki yg lbh bsr utk awk... jgn berhenti berharap dan berdoa!

dill berkata...

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan :)

dill.

blog-tips-kurus berkata...

menangislah makwe-makwe En.Abu...

*all the best bro. cepatlah update!

Tanpa Nama berkata...

kenape encik abu?? kenape kenape???


hahaha. alahai lameee gile tak dtg sini.. ish2

APAN berkata...

salam....
lama x membaca kisah ko ni...tau2 dah x kerja skang ye...
insyaallah ada rezeki lain dan harapnya berjaya la ngan mende next yang akan dicebuti...

Anif Abdullah| AA berkata...

Bersabarlah. Pasti ada hikmahnye abu...So kita team lah ni. Jadi penganggur terhormat, Hheeee. Gud luck k!

Tanpa Nama berkata...

tak update punnnn..
updateeeeee... hahah

Tengkubutang berkata...

ho.. dapat rezeki lain yg lagi bagus yeaa

Tanpa Nama berkata...

I quite like looking through an article that will make people think.

Also, thanks for allowing me to comment!

My web blog ... bumps on face

HeNRieTTa JoSe berkata...

apa citer skank...dah lamer xdgr khabar berita...

NARDtheNERD berkata...

dah dapat kerja baru blum ni|??

:)

anamizu berkata...

ada jugak rasa nak terjah fb abu nak bertanya psl ni, tp harini baru DIBAWA ke sini dan dpt baca jwpnnya.. takpe la kan Abu, kat mana2 pon ada je rezeki :)

fana.akim berkata...

lama gila tak datang sini..tau-tau je dah berhenti kerja.. apa-apa pun wish you best of luck abu! :)

Unknown berkata...

awat lama tak update?

Tanpa Nama berkata...

Why people still use to read news papers when in this technological globe the
whole thing is accessible on net?

my web site :: just click the following page

Babab.net