Selasa, 26 Julai 2011

Sedapnya sup ayam time demam

Nama pun personal blog.. kalau makan mcd pun post dalam blog, kalau jalan jalan post, kalau beli talipon baru post, kalau berak pun nak post jugak.. podaa hahahaha..

Tapi tak baik juga kalau asyik cerita pasal life kita jak, sekurang kurangnya selang selikan dengan tips ka, tuto ka, info ka.. lagi best.. nanti orang meluat pulak dengan kita, kalau retiss tak pe la jugak kan..hehe..

Ok ini personal blog, aku nak bagi tahu aku MC hari ni,dua hari sebab demam..oyeh!! balik daripada sunway Ahad hari tu terus aku demam.. tula seronok sangat mengkali, tak ingat dunia.. sekarang ni tenga recover, hopefully esok kembali sihat seperti biasa.. arghh!! aku benci ubat batuk!!

Sebenarnya tak de mode sangat nak online.. disebabkan aku ni seorang yang gigih, maka teronline la jugak sekejap.. sekejap kah?.. pasni nak jenguk jenguk blog sahabat, mana yang sempat jak ya.. disebabkan suhu badan aku ni kadang kadang macam water heater, kekadang macam peti ice, batuk dan kepala pusing pusing.. kadang kadang tu pulak nak sangat makan sup ayam.. oh sedapnya kalau time demam..:P

kadang kadang tu time sakit baru teringat pasal mati, manusia oh manusia.. mayat kat atas tu senyum ok.. mati dalam iman kott hahaha.. (gambar masa aku jadi mayat kursus menguruskan jenazah suatu ketika dahulu kala once upon a time..)

Isnin, 25 Julai 2011

Bercuti Sunway Lagoon

Hujung minggu kali ni memang superb.. setelah beberapa rancangan yang di atur sebelum ni tak jadi, finally kali ni berjaya.. menghabiskan hujung minggu bersama rakan rakan di Sunway Lagoon oyeh!!.. huha huha seblum masuk puasa diorang cakap..hahaha.. memang best.. sakit tekak aku..

Kalau korang yang duduk area KL atau yang study kat Lembah Klang ni mungkin dah bosan dengan Sunway Lagoon.. aku sebenarnya baru first time masuk dalam team park dia, dulu dulu memang nak masuk tapi tak de kawan nak ajak.. kebanyakan kawan aku suka pegi kat Genting Highland.. dah beberapa kali pegi.. tapi kali ni masuk Sunway pulak sebab boleh main main air sekali, pegi dengan member member yang sporting, memang syok la..

Kitaorang memang target nak masuk awal.. alaa Puchong dengan Sunway dekat sangat, tak sampai 15 minit kott.. masuk awal dalam kul 10am lebih.. konon konon boleh main game time tak ramai orang, tapi rasanya macam sama jak.. tetap ramai, dan hampir separuh daripada diroang tu semua semua datang daripada middle east.. suka sangat diorang dengan Sunway Lagoon ni.. entahla, tempat deorang tak de kot haha.. oh, nak bagi tahu masuk sana tak boleh bawak makanan luar tau, semua makanan beli kat dalam.. harga paham paham jak la..hehehe

Kitaorang beli package RM 75, boleh masuk water park, amusement park, wildlife park, extreme park dan scream park.. beli banyak banyak park tapi sebenarnya tak sempat pun nak main semua.. penat bejalan dan bebaris jak.. game yang bodoh bodoh kitaorang skip.. bagi perioriti game yang best dan game yang tak ramai orang bebaris hehehe..

Masuk je terus ke amusement park, first game jak dah jerit macam nak beranak.. main bendalah yang pusing pusing buat aku pening hahaha.. ada orang tu jerit daripada mula dia hayun sampai benda tu stop.. tak boleh blah.. pegi wiled wiled west main basah basah, dan main rogol rogol seladang haha.. paling best dalam amusement park ni Pirate Ship dan rollecoaster.. yang lain biasa biasa jak tapi boleh buat korang jerit jugak la dan sentap dengan air yang siram korang time tak besedia lagi nak basah basahkan baju..

Masuk dalam scream park memang macam sial.. hantu dia orang betul dowh, dah la takut takutkan orang dengan rupa dia yang hodoh, pastu busuk pulak tu mulut diorang.. bagi aku tak seram la.. cuma tekejut jak dengan cara dia tu nak takutkan orang.. siap tanya lagi jenama kasut kawan aku, adoyai.. boleh hantu buat macam tu..hahaha..

Extreme park pun syork jugak, suka main All Terrain Vehicle (ATV), Paintball, memanah, Jumping Bungee Trampoline dan Flying Fox.. hehehe kelakar ada orang jatuh daripada ATV pastu yang lain sibuk begambar..what the hell la diorang ni hahaha.. kepahlawanan bugis dalam diri aku ni terserlah apabila berjawa memanah tepat ke yellow area..tepat kah? hahaha.. ada tiga game dalam extreme park yang super best Go-Kart, Bungy Jumping dan G-force tapi semua tu kena bayar lain.. kalau tak huhuhu.. memang aku try main sebab semua tu game game yang super extreme..


Abis main flying fox kitaorang terus main main air.. oh seronok, tapi tak semapt nak main semua game.. dia tutup pukul 6pm, wildlife lagsung aku tak masuk, sorang jak kawan kitaorang pegi sebab dia tak main air, dia cakap dia tengok tapir kura kura mengawan dan banyak lagi binatang yang tak pernah jumpa kat tepi jalan..hehe.. oh, gambar time main air aku tak attached sebab ada unsur unsur 3GP hahahaha..
ps: entry autopulblish, aku rasa macam demam sekarang ni.. nak MC..

Babab.net