Thursday, November 29, 2012

Dusun Durian, Felda Kota Gelanggi Jerantut Pahang: Hamboi Tajuk Kemain Penjang Macam Kereta Api, Kau Mampu

Entry banyak gambar kembali lagi.. acara bebas nak baca atau terus tengok gambar pun boley.. mana mana, suka hati korang hahaha.. yaa ini adalah entry bergambar aku dan member lain di dusun buah buahan En. Faizal bekas rakan sekerja.. kini beliau sudah kembali ke kampung halaman, mengusahakan ladang sawit bapak beliau.. sudah jadi tauke sawit..apedahal..hehehe

En. Fazal atau lebih dikenali sebagai Pak Andak dengan baik hatinya telah menginvite kitaorang pegi melantak buah buahan tempatan di dusun beliau di Felda Kota Gelanggi Jerantut Pahang, ha'ah buah buahan tempatan.. free aje kawan kawan, bukan setakat durian manggis, dukong, salak dan rambutan pun ada..

Memperkenalkan Pak Andak yang pegang sabit tu, Hamdan yang pegang durian dua bijik dan gua yang kacak kat tengah.. ewah kemain jumpa durian hahaha.. sampai je dusun terus kumpul durian yang ada kat bawah pokok bersepah..

Gerak daripada Puchong pukul 11 pagi.. sampai sana dekat pukul 3 petang.. singgah kejap kat restoran Warisan Pak Mandor, makan nasi sikit sebelum makan durian.. takut perut masuk angin..

Ini la pesen orang yang tak reti belah buah durian.. dua orang tarik.. tu pun tak lepas hahaha.. buah tu jatuh daripada pokok depan depan kitaorang..

Takut jugak kalau kalau buah durian jatuh kat atas kepala.. memang arwah la jadinya.. sebagai langkah berjaga jaga, kitaorang tak duduk bawah pokok durian dah, terutamanya time pokok bergoyang ditiup angin.. kitaorang duduk kat bawah pokok petai..

Emmm sedapnya.. empuk, manis pun manis free lagi.. combo super awesome.. jari aku ada taik kuku sila abaikan hahaha..

Heaven la bila makan durian macam makan nasi.. ada banyak lagi kat depan mata sampai tak larat nak habiskan, banyak sangat kot.. boleh buat mandi atau lumur kat badan

Petua untuk mengelakkan badan terasa panas akibat makan durian.. korang boleh makan buah manggis.. buah manggis kan sejuk orang kata.. tapi sebenarya buah manggis membantu meleraikan karbohidrat yang tinggi pada durian dalam perut kot.. cuba baca kat sini

Kat dusun Pak Andak pun ada pokok manggis.. so makan buah manggis pulak.. petik je daripada atas pokok, segar terbaik dari ladang..

Buah dukong pun ada.. manis, selain durian dan manggis.. aku juga menggemari buah dukong.. apejela yang aku tak gemari kan, macam semua benda aku bedal haha..

Oh sila noted buah rambutan pun aku suka jugak.. buah rambutan masak merimbun atas pokok, syok gila aku tengok.. bestla orang yang duduk kat kampung.. banyak betul buah buahan tempatan..

Salak lagi.. semua aku bedal, tak cukup dua tangan dalam mulut pun aku sumbat..

Tuuu dia aku dengan kusyuknya melantak durian.. orang lain dah tak five, aku still continue lagi kah kah kah.. tengok la, buah durian besepah.. makan kat dusun kena bawak ubat nyamuk ye kawan kawan, nanti badan ada bulat bulat kena gigit nyamok.. tu asap asap tu bakar kotak telur..

Jolok jangan tak jolok..

Kemain Pak Andak jolok buah dukong dan buah salak.. aku tukang pungut dan tukang makan je..

Lama betul tak jumpa En. Faizal aka Pak Andak.. banyak betul cerita yang dikongsi, kuat mencarut macam dulu.. stock tak sanyang mulut hahaha.. apa apa pun thanks to En. Faizal jemput ketaorang datang bertandang di dusun beliau kat Felda Kota Gelanggi, semoga beliau lagi dimurahkan rezeki.. bakal menyambut baby yeng kedua very soon..

Melantak Durian Di Kuala Kangsar
Melantak Durian Di Puchong Permai
Durian Crepe Yang Sedap
Gambar Musim Durian 
Tpis Memilih Buah Durian Terbaik
Tips Badan Panas Makan Buah Durian


Tag: mahan buah buahan tempatan malaysia, dusun durian di pahang, musim durian di pahang, anak felda, jenis jenis durian, pokok salak berduri, melantak durian di dusun, jalan jalan cari pakan di pahang, tips buah durian, bahaya duduk di bawah pokok durian, jeruk salak

9 comments:

onie said...

weiiiiiiiiiiiiiiiiiii,bahagianya bila masuk tempat ni,semua buah2 kesukaan aku laktu,aummmmmmmmmmmm

Arjuna Silvera said...

fulamak..fresh dan lazat dan berkrim!!!

anamizu kaito said...

wahwahwah gile arrrr ko Abu !
Durian manggissssssssssss!!!
aarhhhh apsal la aku tak kenal
dgn Pak Andak ni! kalo x konfem
aku ikot ko pegi melantak ! ahakss =P

Syazana Zainn said...

tamaknya kau!
pos sikit kat aku manggis tu :D
heaven cuti kau kan hihi

meisnani said...

Hai Ash !
I saw ur comment on my post.. :)
Thanks support me.. :)

btw, hantu durian jugak ke ?
1 kepala la !

Hanif Idrus said...

Mesti lepas ini kawan kau tak ajak lagi sebab habis semua buah kau kerjakan ..heheheh
Contest SEO -Minta klik G+

sha my heart said...

wah, best.
Sedap.
Duk kg best kan? Banyak yg free

syakey said...

sedap weiii. durian lemak lemak manis. waaaaa

APAN said...

kat ladang felda aku pun meriah gak durian...sampai masing2 x termakan...
masa kenduri abg aku baru2 ni, durian ngan rambutan jd juadah sampingan...habis gak kot...
nasib ramai jiran2 kg sponsor...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!