Sunday, June 10, 2012

Haiwan Ternakan Kampung

Kita sudah bercakap tentang kue kue kampung dalam entry yang ini.. dan sekarang mari kita bercakap tentang haiwan haiwan peliharaan kampung pulak.. btw, aku suka the way Lisa Surihani sebut "binatang"..

Orang kampung selalunya suka bela haiwan ternakan.. untuk pendapatan sampingan la.. atau di bela tuk santapan seisi keluarga.. boring boring kan tak de lauk pagi tangkap kambing buat kambing golek.. tu la besnya duduk kampung, lauk ke, sayur ke boleh dapat kat belakang rumah aje..

Kalau orang bandar, sebok tepek iklan kat blog nak dapatkan pendapatan sampingan, ada yang tipu orang, ada yang jual dadah, ada yang jadi pelacur.. macam macam kegiatan negetif la..

Tapi still banyak la yang buat kerja kerja halal.. untungla negara kita ni masih ramai lagi yang berpegang pada ajaran agama dan menghormati budaya kita.. kalau tak dah lama dah negara kita ni bergoncang macam banana shake..

Di kampung ada ayam belanda.. aku tak pernah tengok orang kampung bela ayam belanda mana mana tempat kat Sabah.. sini ada pulak ya..  dan aku tak pernah makan daging ayam belanda..  binatang ni garang dowh, nak snep pun takut.. ekor dia terus kembang kalau kita dekat.. ni ayam belanda jantan..

Ni ayam belanda betina, badan dia nampak kecik sedikit dan ayu berbanding ayam belanda jantan.. lebih kurang je kan dengan ayam kampung.. cuam dia ada accessory kat muka dia.. cop!! betul ke ayam belanda? ke ayam turki?...aku main sebut je kan hahaha

Ni memang orang kampung murtat kalau tak tahu ni binatang apa hahahaha.. ayam kampung dan ayam betina sedang bedetim.. hew hew, nak menghasilkan telur la tew..

Angsa ni adalah binatang yang menakutkan.. dia kejar orang la, kuat pulak tu suara dia.. heeewuk heeewuk dia cakap sambil muncung dia rendahkan dan kejar orang.. biasanya orang kampung bela tuk jaga rumah, sebab angsa ni alert kalau ada pencuri malam.. tengaok gambar kat atas, macam samsing je diorang.. samsing taik kucing!!.. oh ya telur angsa sanagt besar dan keras kulit dia.. aku pernah makan..

Ibu itik dan naka anak dia yang baru dilahirkan.. baru setahun jagung (beberapa hari), comel kan.. macam nak tangkap je pulas sorang sorang hahaha.. tapi nak dekat pun payah.. mak dia garang gila..

Kambing pun antara binatang yang selalu di bela kat kampung.. bagi aku anak kambing yang kecik adalah antara binatang ternakan yang comel.. telinga dia panjang dan suka melompat lompat, ingat lagi aku masa arwah nenek aku kat tawau ada bela kambing.. aku selalu mengendong anak kambing, kaki dia dan telinga dia aku tarik tarik dan badan dia aku picit picit hahaha

Arnab pun ada.. pakcik ni bela dua jenis arnab, satu yang biasa satu yang bulu dia tebal macam kapas, aku gendong gendong bulu dia sangkut kat anak janggot aku hahaha.. comel ko tau.. aku tanya berapa jual arnab ni.. pakcik tu cakap RM10 seekor.. gila murah arnab ni, sib baik aku tak de tempat nak bela.. arnab bagi makan pelet dan gandum.. kadang kadang bagi makan kangkung dan rumput Israil..

Tengok comel kan.. gemuk pulak tu.. arnab ni gayat kalau tempat tinggi, angkat angkat terus dia goyang tak keruan.. arnab tak boleh bagi stress selalu, nanti dia cepat mati.. susah gak nak bela arnab ni, kena tahu caranya..

Ok la.. tak sempat nak cek typo.. aku nak bersiap siap gi Banting ni, jalan jalan.. kengkabut.. bye..

Tag: Memelihara Arnab, Bela Arnab, Anak Arnab Dalam Kandang

20 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

rindu kg....rindu dikjar angsa...rindu ayam mkn gmdum ditangan....rindu baw hames kndang kmbing...huhuhu....

hani said...

aku sangat takut dgn angsa. duk dalam kete dan angsa itu diluar. walaupun tingkap ditutup, aku tetap gak menjerit mcm org gila.haha!! ayam belanda tu sama dgn ayam holland kah? haha lagi

delarocha said...

angsa lagi ganas dari ayam belanda kot sebab saya pernah dikejar dan digigit angsa.. hehe

syafiqakarim said...

mak ayam pula camner?
hahaa

ABU said...

Mak hayam.. Jaga elok elok.. Blh bgi rezki lebih.. Banyak telor hahaha

Cik TeN10 said...

Aku dulu kecik2 nek gerek(basikal) kecik yg ada tayar tiga tu..masa tu baru mula dok belajar bawak gerek.. Syok la naik keliling kampung kan.. Sampai kat tepi umah kedai kat situ banyak la angsa ni.. Kena kejar.. Laji gilaaaa kot dia lari dengan muncung tajam tu.. Last2 aku rsa mcm nek beskal lambat terus cabut tggal basikal.. Then tak berani nk g amik beskal.. Hahahhh

Cik TeN10 said...

*laju

Aku pn typo jugak.. Jangkit ngn ko la ji abu.. Keh2 :D

Ira Nira said...

sy mmg suka duk kg N sy mmg org kg hee tp sy ckup takut ngn angsa N kambing...rsa cam nk hntar jer dorg g bandar spya sy dpt idup ngn lbh tenang lgi d kg hehehehe

Sayidah Nafisah Ruslan said...

seronok kalau benda hidup yang kita jaga tu hidup je.. tapi kalau sampai kat tangan saya mesti mati.. xtau lah kenapa..

saya ni pembunuh ke? -_-'

ABU said...

Ten ten.. Gelak aku baca komen ko hahahaha habistu siapa yg gi ambek beskal tu.. Angsa meme laju lari, menakutkan hahaha..

Sayidah.. Hahaha.. Pembunuh, natang tu stress kot dgn ko, suka angkat angkat dia..hahahaha

Cik Yatt said...

abah ak dulu bela aym kg..skrg takda.. nk mkn ayam je tngkap at reban..owh memory

Elysa Sofia said...

Gambar pertama ayam belanda tu serius cantik :) sepupu pun ada bela arnab.bulu dia mmg mcm kapas,comel.tp nak ambik die je dah lari..geram betul T__T

Cik TeN10 said...

aku balik umah pastu suh bapak sedara aku gi amikkan.. hahahahh lepas dari kejadian tu mmg aku xlalu dah ikut jalan tu kalau nak pi kedai runcit.. aku pusing ikut jalan jauh sebab takut kena kejar lagi.. hahahh :D

kay_are said...

banyaknye haiwan.. tapi rase nye dalam banyak2 tu.. ayam belanda r paling susah nak jumpe sekarang ni..

cimöt said...

teringin nak bela rabbit..

APAN said...

ini kat mana lak ni...aku minat ngan binatang2 mcm ni...suka tengok...kalau ada membe ajak pegi zoo hujung minggu ni pun, aku sanggup. tu pasal ada kongsi2 sikit pasal binatang dlm blog aku...menarik...

ABU said...

Ini kat kampung changkat gohor padang rengas perak.. Malaysia

APAN said...

ooo....cuti2 malaysia sokmo...

Afzainizam said...

ohhhh angsa aku dulu mmg kena kejar angsa perrgghhh sampai sekarang aku tak suka kat angsa....

tapi aku suka suasana kampung cam ni.... best betul lahhh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy spray paint caliper brake disk kereta

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!