Friday, May 18, 2012

Kawasan Rekreasi Daerah Kunak, Air Terjun Madai

Ini adalah gambar stock lama.. emmm tak de la lama sangat pun, beberapa bulan yang lalu aje hehehe.. nak share gambar kat korang tapi tak dan.. 

Saja nak kongsi kat korang tempat tempat aku yang dah pegi.. alaa macam biasa la kan blog personal aku ni.. jalan jalan, makan makan, tutorial, tips dan entry entry merapu.. entry bergambar adalah entry yang paling senang nak buat.. 

So, kali ni aku nak kongsikan satu tempat yang kira agak dikanali di daerah Kunak.. Kunak tu kat mana? Kunak tu adalah salah satu Daerah kecil yang terletak di antara Tawau dan Lahad Datu.. sila rujuk peta Sabah kalau korang rajin hehehe..

Nama tempat ni ialah Air Terjun Madai, ia adalah salah satu pusat reakriasi yang terdapat daerah tersebut, terletak lebih kurang 10km daripada pekan Kunak dan kawasan ini diselenggarakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.. ia adalah sebahagian kawasan daripada Pusat Sejadi Hutan Simpan Madai Baturong Kunak Sabah..

Kawasan ini sangat mudah dikunjungi kerana ia terletak dilaluan perjalana antara Tawau dan Lahad Datu.. betul betul berada di tepi jalan..

Selain hutan yang menyamankan gitohh!!.. kawasan ini juga menyediakan pondok rehat, tandas, surau, jual jajan, gerai gerai makan, jambatan gantung dan juga tapak perkemahan untuk pelancong asing.. jangan tak tahu kawasan hutan ini selalu menjadi tumpuan pelancong daripada luar negara seperti Jerman, Jepun,  Korea, UK, US dan banyak lagi..

Untuk ke kawasan air terjun pengunjung akan menuruni kawasan anak tangga.. tak tinggi mana pun, kejap je sampai kat bawah..

Ini la area air terjun setinggi 40m tu.. kitaorang pun tak mandi, singgah bergambar gambar aje.. sebab kat kawasan tu dia letak signboard dilarang mandi, kalau nak mandi risiko tanggung sendiri hehehe..

Dulu ramai je orang yang suka turun kat situ mandi mandi.. aku pun pernah gak.. tapi lately aku tengok kawasan tu dah semakin cetek.. kalau nak mandi pun yang kat area ada air terjun tu la, dalam sikit..

Ada laluan kanopi jambatan gantung yang diikat pada pokok besar.. kanak kanak yang di bawah 12 tahun hendaklah dijaga kalau nak naik jambatan gantung ni.. hehehe nak bagi tahu gak kan..

Daripada atas jambatan korang dapat melihat air terjun yang gambar kat atas tu.. hutan hutan dan kalau bertuah dapatlah korang melihat unggas unggas dan mergastua hehehehehe..

Pokok besar yang tinggi.. tempat jambatan gantung laluan kanopi tu diikat..

Ini aku tak tahu.. ada orang suka ikat straw kat akar pokok macam ni.. kepercayaan karut, nak wish wish sesuatu.. ikat straw minuman pada akar kayu..

Ada pondok jaga, parking load, bangunan pengurusan dan bendera hehehe..

Kalau kat semenanjung ni orang selalu singgah kat RNR kan.. tapi kalau kat Sabah RNR tak de, so orang selalunya akan singgah kat mana mana kawasan yang dirasakan sesuai untuk menghirup udara segar minum minum dan rehat rehat.. macam kat sini la Air Terjun Madai.. ok itu je, thanks singgah baca muah muah...


Tag: Kawasan Pelancongan Daerah Kunak, Tempat Menarik Di Kunak, Kawasan Rehat Kunak, Singgah Rehat Di Air Terjun Madai 

15 comments:

Fakhrul Haiyin said...

haishh. dulu round2 sabah, ndak jumpa pun tmpat ni. hahaaa.

ABU said...

alaa.. tepi jalan jak.. ko ndak jumpa...:)

~Sweet Honesty~ said...

aik..di kunak?? napa aku ndak penah jumpa ne air terjun pok?? hehe

sis92 said...

uwaaa jauh sangat lah nak pegi..sis kat selatan huhu

KhaiRin : anies said...

jauh nyer tp sapa tau kn 1 hr nnt bleh smpi

ABU said...

hehehe saja je kogsi2 info.. ada je orng search..:)

syafiqakarim said...

best nye bu.
cis,lama la xg mandis mandes nis.

Gen2Merah said...

yaa, saya pun pernah singgah sini berkali2 jika pulang dari KK ke Tawau.. nice sharing.... (",)

ABU said...

Hehehe.. Laluan bah itu kan cikgu :)

O CIKTEDDY said...

wah..seronoknya! cantik! tergoda! meoww!ihiks

Rain said...

siapakah yang beraksi separa model atas titi gantung tu??

peh. kim salam. encem!

syakey said...

abu,kau slalu g tempat best2 wehh. beli ah dslr satuuuu

kikiki

omeyy nya budak2 tu pakai tudung lilit pulaksss. :D

Hanif said...

warna warni ler akar kayu tu....aku wish nak pakai Wish!!

Lin said...

kalau aku dpt g sabah aku roger kau la ye, leh jd tourist guide aku ^_^

Afzainizam said...

uihhhhh alam semua jadi tuuuu... tak gayat ke naik titi gantung tu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair door trim kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!