Friday, May 11, 2012

Jalan Jalan Di Bandar Melaka Kota Bersejarah

Aku dah sampai Bandar Melaka.. ya dah sampai akhirnya hahaha.. lama dah aku nak datang sini tapi tak de kawan nak pegi.. beberapa bulan yang lalu budak opis berapi cakap nak jalan jalan kat Melaka Bandar Bersejarah, pusing pusing tidur kat hotel naik public transport bagai... tapi sampai hari ni tak dop.. kencing je diorang tu semua hahaha..

Dulu pernah sampai Melaka, tapi kat Pangkalan Balak, dengan bebudak opis jugak la... kat sana pantai, best gak.. mandi mandi, babikiu tidur kat chalet.. asyikkk... masa tu aku tak de blog lagi, so tak dapat la nak show off..

Tapi kali ni aku nak tunjuk beberapa keping gambar yang aku tangkap masa kat Bandar Melaka.. ya 'tangkap' gambar macam tangkap ikan pulak kan.. sikit je, takut nanti page ni berat pulak.. ye la kan, padahal aku dah dapat rasa blog aku ni memang dah berat.. banyak sangat tepek gambar mengkali..

Pada awalnya kitaorang sebenarnya tak plan pun nak masuk bandar melaka.. masa on the way pegi Kluang hari tu tetiba kitaorang decide tuk singgah.. kira memang dah petang, pegi tempat mana yang sempat aje..

Kat bandar dia memang banyak bangunan bangunan lama yang menarik.. aku suka tengok bangunan kedai yang nampak old school.. Church of St. Francis adalah antara banguanan yang nampak ohsem betul betul kat tepi jalan.. gambar ni pun aku tangkap daripada atas kereta aje... tengok tahun dibina bangunan ni, 1849 beb.. bapak lama, dah berusia 163 tahun..

Nasib baik dapat parking dekat dengan balai polis.. kat bandar melaka payah gila nak cari parking, sesak dengan bas bas pelancong, keta orang luar yang masuk, orang bejalan jalan lain lagi banyak beca yang pasang lagu kuat kuat.. dekat dengan tempat kitaorang parking ialah muzium... ooooo baru aku tahu kapal besar yang tak bergerak tu rupanya muzium..

Kalau nak masuk dewasa kena bayar 3 ringgit dan tuk kanak kanak pulak kena bayar 1 ringgit.. masa lawatan ialah daripada pukul 9 pagi sampai 5 petang.. diorang cakap tiket tuk muzium ni boleh jugak digunakan tuk masuk ke Kompleks Muzium Maritim iaitu Muzium TLDM, Musium Samudera II dan jugak Replika Kapal Flor De La Mar..

Depan bangunan putih ni ialah tapak Kubu Frederik Hendrik, tu dia siap siap pagar lagi.. kubu ini ialah sebahagian daripada bekas tapak Kota Melaka yang dibina oleh Portugis, dikatakan jugak bagunan ini terletak berhampiran dengan Istana Sultan dan rumah rumah Pembesar Melaka pada ketika itu..

Semasa Pemerintahan Portugis, Kota Melaka dilengkapi dengan pembinaan kubu di setiap penjuru. Kubu Caurassa menjadi kubu pertahanan utama Portugis yang menghadap ke laut Selat Melaka. Apabila Melaka ditakluk oleh Belanda pada thaun 1641, kubu ini telah diperbaiki dan dinamakan kubu Frederik Hendrik sempena nama Raja Hendrik yang memerintah Belanda pada tahun 1642 hingga1647.


Kubu Frederik Hendrik dahulunya sangat penting sebagai pertahanan di Kota Melaka. tentera yang berkawal di atas kubu ini dapat memberi tindak balas jika terdapat ancaman yang datang daripada Selat Melaka.. dahulunya ia dilengkapi dengan meriam, peralatan perang, menjadi post utama dan jugak telah menyimpan banyak khazanah sejarah lama yang memberi gambaran kekuatan yang dimiliki oleh kerajaan Melaka, Portugis dan Belanda...

Wah ok.. nampaknya kita belajar sejarah Melaka pulak dalam entry ni hahahaha...



Gambar kat atas ni pulak ialah Kereta Bomba Lama dan Jentolak Oliver.. Kereta Bomba Lama ni telah memulakan operasinya pada 1939.. pada tahun 1942 ia telah dipindahkan ke Singapura oleh British.. tetapi telah dipindahkan semula ke Melaka oleh Jepun selepas perang dunia ke dua.. manufacturing date 1937 (?) dan pembekal, Dennis Turbeni, England ..   

Jentolak Oliver pulak ialah jentolak kecil yang bergerak melalui rantai dengan menggunakan 50% petrol dan 50% minyak tanah.. ia digunakan sebelum perang duni ke dua untuk membuka kawasan ladang bagi penanaman getah di pedalam negeri.. manufacturing date 1936 (?) dan pembekal, Cleaveland Amerika Syarikat.. 



Ini pulak ialah Bangunan Stadthuys, bangunan setinggi 4 tingkat mengikut Bukit St Paul.. Stadthuys yang juga bermaksud Dewan Bandaran dibina pada tahun 1650an oleh Belanda setelah mengambil alih Melaka daripada Portugis pada tahun 1941.. ia telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh Gabenor Belanda sehigga tahun 1824.. 

Pemerintah Inggeris juga menjadikan ia sebagai pusat pentadbiran sehingga tahun1979.. dahulu warna asal bangunan ini ialah putih, kemudian ditukar kepada warna merah pada tahun 1820an dan kekal disebut orang sebagai Bangunan Merah..


Ini pulak ialah statue Abu Bagi yang dibina oleh saudagar bugis pada tahun 1980an.. pada asalnya statue ini berada di Sabah tetapi kemudian pindahkan ke Melaka pada tahun 2012 oleh pihak yang tidak dikenali.. menurut sumber penceritaan, stataue ini sangat ajaib.. mempunyai kebolehan berangan yang sangat tinggi.. comel tak statue abu bagi tu hahahaha.. 


Ok aku mengarut, gambar atas menunjukan aku sedang berada di dalam bangunan lama runtuhan Gereja St. Paul.. dalam gereja ni terdapat banyak batu batu yang bersandar yang diambil daripada lantainya.. gereja lama ini pernah dijadikan benteng pertahanan stelah temboknya diperkuatkan untuk melawan musuh.. pada tahun 1810-1811 bangunan ini dijadikan sebagai gudang untuk menyimpan peluru oleh British semasa menyerang Jawa..

Dalam runtuhan ni jugak ada satu macam perigi tah ape nama dia, kawasan tu berpagar boleh baling duit masuk kat lubang tu tuk buat wish.. banyak duit kat dalam, duit syiling dan duit kertas.. duit asing pun ada.. untuk orang yang bukan muslim je la.. yang Muslim jangan nak buat wish wish bagai macam tu, syirik..


Ok kalau datang melaka jangan tak beli ole ole ok.. aku beli beberapa magnet yang lekat lekat kat peti ais.. sebab aku tak de peti ais so aku lekat kat CPU atas meja aku kat opis keh keh keh.. banyak dah aku kumpul.. lagi aku beli key-chain ole ole tuk member kat opis.. tak banyak la tapi.. gerai jual souvenir ni terletak di dalam kawasan runtuhan Gereja St. Paul..

Ini pulak ialah kawasan dilarang pijak rumput.. tapi aku pijak je.. bebal tak aku hahaha.. masih kat atas bukit St. Paul.. aku berdiri berhampiran dengan tugu The Memories of Isabella Caroline Velge, Robert Malcolm Evans dan lain lain.. dekat ni jugak ada gerai jual souvenirs..

Nampak tak kat bawah tu.. tu la Kota A Famosa dan Dataran Pahlawan.. sebenarnya kawan atas bukit St. Paul ni kita boleh lihat banyak kawasan disekitar bandar Melaka.. daripada depan dapat tengok Menara Taming Sari dan kawasan kawan menarik yang lain.. serius nice..

Beca jangan cakap la.. banyak gila, colour full menarik cantik tertarik.. tak silap nak naik kena bayar 40 ringgit something, korang akan dihiburkan dengan lagu sound yang pasang kuat kuat, kalah dalam bilik karaoke, dangdut pun ada, lagu tamil, lagu india.. lagu laday gaga pun ada haha.. dia bawak pusing bandar dan kawan kawan yang best di sekitarnya..

Bagus naik beca kalau korang ni jenis yang malas nak bejalan.. sebab kat bandar ni sangat banyak tempat yang best.. memang tak larat nak pusing dalam setengah hari.. ya la kalau aku bukan just nak tengok je, nak tangkap gambar lagi, posing lagi,.. nak baca note dan info info lagi.. rugi la kalau datang just nak tengok then bla.. kena ada feeling  feeling belancong barula syok..hahaha..

Pintu Gerbang Santiago.. ia adalah salah satu daripada empat pintu gerbang yang telah digunakan dahulu untuk memasuki Kota Melaka "A Famosa".. Kota A Famosa dibina pada tahun 1512 oleh Tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque kerana sering diserang oleh tentera Sultan Mahmud... kemudian  Aceh dan tentera Johor daripada masa kesemasa selama hampir seabad..

Kota selebar 3 meter mengelilingi Bukit Melaka telah dibina daripada runtuhan istana, masjid, makam makam.. menara penijau didirikan di penjuru Barat Daya Kota Pertahanan Melaka.. ah aku rasa korang pun dah baca pasal Kota A Famosa ni.. dan dan aku nak tulis dalam entry..

Btw, masa kat sekolah menengah susah gak nak ingat nama si alfonso tu.. yang aku ingat Alfonso de Albukaki dengan lagu jingkling nona jingking nona yongkare kosa...

Tu je la yang aku boleh story dalam entry aku ni.. tak larat dah aku, banyak tempat yang kitaorang tak pegi sebenarnya.. sangat banyak ok.. sehari pun tak cukup kot, kena bermalam kat sana baru puas.. muzium muzium tu semua aku tak masuk, sebab setahu aku kat bandar ni ada banyak muzium..

Kira ok la.. dulu kan aku duduk kat Sabah, terfikir gak bila la aku nak sampai kat tempat tempat ni.. ya la kan dalam buku teks sejarah kan kita ada belajar pasal Sejarah Kegemilangan Melaka.. tengok dalam gambar je Kota A Famoso.. then datang sini baru la aku tahu kecik je rupanya A Famosa ni..

Syok la jalan jalan kat Bandar Melaka.. tak puas macam nak datang sini lagi one day..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Btw sebelum aku bla, aku nak bagi tahu yang korang mungkin akan merindui aku dalam tempoh beberapa hari ni hehehe rindu la sangat kan hahaha.... sebab aku akan berada kat SJMC untuk menjalani pembedahan, ceeeh macam nak bedah ape je kan.. apa apa pun doakan aku selamat, tak de komplikasi berlaku dan baik baik sahaja ok.. keep in-touch kat twitter @ashgive..  



24 comments:

kura said...

peh. banyaknya sejarah :0

hani said...

sejarah adalah subjek kegemaran aku.siap penah ada cita2 nak jadik cikgu sejarah.haha!!malangnya tpksa jadik cekgu english saje.deehh..

dah byk kali aku gi melaka jgk, tapi mmg tak jemu. bak kata kau, memang tmpt wajib dtg balik one day. aritu aku ckp kt tunang aku nk duduk melaka lepas kawen dia kate aku ngarut.hoho!

dilarang pijak rumput tu kau buat sengal je kan siap tweet tweet awek bagai kt situ.huhu.. kot anak murid aku dah lama aku seligi.


lagi satu aku nak puji angle kau tangkap gmbr mmg cun abes la..kagum jugak aku. tak terfikir nk jadik fotografer pro ke?

statue??? aku tergamam! haha.. eh, k runtuhan st.paul ade sorang pak cik yg duduk busking kn?

zoo melaka dgn jonker street tak terjah ke?

KhaiRin : anies said...

awat x mai umah sy???

syafiqakarim said...

wa xpenah pegi wpun gua kampung di
melaka.haha.sjmc?dekat tu bu!
operation apa?mohon semua selamat ok.

Syakilla kebebeh said...

lama sgt rasanya tak singgah melaka..lawa gambar..:DD

iema ackles said...

amboi...
semngat sangat bergambarnya
:P

syakey said...

Ini pulak ialah statue Abu Bagi yang dibina oleh saudagar bugis pada tahun 1980an.. pada asalnya statue ini berada di Sabah tetapi kemudian pindahkan ke Melaka pada tahun 2012 oleh pihak yang tidak dikenali.. menurut sumber penceritaan, stataue ini sangat ajaib.. mempunyai kebolehan berangan yang sangat tinggi.. comel tak statue abu bagi tu hahahaha..


-kau patut tambah facts yang statue ni mampu bergerak gerak jugak melompat lompat. hahaha
statue ni bg aku sangat tidak comelsssssssssss. hahah :P

eh belog tak berat pon. aku bukak dengan bahagianya tak perlu tunggu loading sesaat pon :D

Gen2Merah said...

saya belum pernah sampai2 Kota Melaka lagi.. nice... gambar2 ni memang cantik.. mesti camera pun canggih2 ni...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

statue Abu? Muahahaha


akak jeles betol tgk gambar-gambar kat melaka ko ni debomm..akak dh bnyk kali gi melaka tp sbb tak berseni..gambo biasa jer x cantek pon


ko nk bedah apa Abu? Semoga semuanya berjalan lancar aminnn

Teenager Housemaid said...

dah lama tak pergi bandar bersejarah ni..

ABU said...

Kak rina dn kawan kawan.. Sya nak bedah gigi bungsoh nak cabut.. Dr kata nak potong gusi cabut gigi then jahit... Ptang ni masuk sepital.. Ahad kuar..wish luck guys..:)

Hanif Idrus said...

Selamat datang ke Melaka!!

Lea Isnawi said...

tak jumpa la pulak statue abu masa melawat melaka ari tu :P

amir aizat said...

nice la abu ur pics !

Cik Yatt said...

bestnye berjalan..jeles i nok..huhuhu

adan said...

raya tahun 2009 aku beraya kat melaka.. tpt kawan.. kesempatan tu aku gunakan melawat kota a famosa ni.. aku pun macam kau jugak..time sekolah dulu teringin nak p melaka..mau tgk depan mata kota a famosa ni.. sekali tgk.. kecil rupanya.. tp aku rasa benda kecil yg aku tgk tu hanya pintu gerbangnya barangkali..

baca entri ko ni btl2 buat aku belajar sejarah lagi.. hehehe..

YOUsoF said...

Aku pun baru berapa kali je sampai Melaka dan tak pernah masuk Kota A Famosa pun aptah lagi tempat statue Abu Bagi tu, serius tak pernah tahu pulak akan kewujudannya.. haha


Kereta bomba tu memang klasik, pun tak pernah sampai sana.

Aku pun baru sedar yang kapal tak gerak tu adalah muzium.. ;D


Pembedahan apa ni Abu (jawab lepas kau pulih). InsyaAllah semuanya selamat dan lancar.

O CIKTEDDY said...

hamboi main lompat2 la plak..miahaha

eh jap,ni gune kamera ape eh?cantek gambar =D

Chic Na said...

melaka mmg best! pegi sekali, nak pegi lagi. haha.. :)

9n0L4 said...

cantekkkknye gambar. suke gi Melaka. bersih kan. ;)

APAN said...

style gambo tugu ko tuh...tergantung2 di awangan....aku lama giler x jejak melaka. penah dah sampai. kalau pegi, aku nak jejak taman buaya ngan zoo...minat aku kat situ je kot. sejarah muzium tu semua aku x berapa nak minat...lagi satu, mahal giler naik beca lagi lady gaga tu.kalau da ccah rm40...

sha my heart said...

Aku pnh pg sna 10thn yg lalu. Kmdn, aku pg balik bebaru ni. Wah, dh bnyk beza! Makin cantik kwsn plnc0ngan kat Melaka.

Aku pn suka lalu kat tapak warisan dunia (yg ko kata old sch0ol tu). Klu buat ph0t0sh0ot situ best. Blh main warna dan buat rare. Pergh, stailo tu.

Mmg pndai di0rg cri tempt buat kubu kan. Bukit tu tinggi blh nampak kwsn sekitar.

Mmg aku tringin nk ke Melaka sb dh belajar kat sek0lah (ms belum pg la). Skrg ni nk pg luar ngra pula. Jd siapa yg blum ke Melaka, sila2 la bkunjg. Bab cndrmata sng nk jumpa. Oh ya, aku jgk ke melaka pd thun 2007.

Pantai Pengkalan Balak best.. Xmcm PD. PD mcm xbest. Pntai Pgkalan Balak tenang je. Rumah kakak aku dkt2 situ. Bnyk chalet kat sana.

Nafisah Ruslan said...

da macam wikipedia.. lengkap! :)
selalu overnight kt melaka.. hehe

Afzainizam said...

wehhhh Melaka sekarang dah termasuk dalam warisan sejarah .... kenal sejarah kena lawat melaka ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair door trim kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!