Saturday, November 19, 2011

Days 1-4: Kerepek dan Majlis Hari Jadi

Oh berapa hari dah tak online blog.. rasa rasanya ada orang rindu aku tak hahaha.. bajet popular jap.. untuk yang tak tahu sebenarnya sekarang aku ada kat kampung ok.. sedang bercuti cuti hua hua.. payah gila nak online blog, tapi aku gigih.. nak update jugak hari ni..

Permandangan yang cantek dapat dilihat apabila berada di tepi tingkap, penerbangan siang dan cuaca yang bagus.. cantek tak cantek, pagi tu aku kengkabut pegi airport, lambat bangun.. masuk boarding area pun orang dah baris kat pintu nak pegi kapal.. sigh!..

Sampai airport tawau kena pegi LD pulak, jarak Airport Tawau ke Lahad Datu lebihkurang 142 km.. otw pagi LD aku sempat singgah kat simpang ke Kunak, jarak dia daripada airport tawau tak silap dalam 78 km .. kat situ ada deretan gerai jual banyak jenis kerepek macam dalam gambar kat atas tu.. kueh cincin, amplang, kerepek ubi dan banyak lagi la.. singgah jap beli, sebab mak aku suruh.. nak kena suruh jugak kan haha..

Aku beli kerepek ubi, tu yang kat atas tu anak bua aku pegang.. agak gedabak jugak la, yang garis garis tu gula merah, orang kat semenanjung sebut gula melaka.. mana mana la.. tapi rasa kerepek ni sedap, aku suka.. perisa orang kampung..kah kah..

Anak bua aku kat atas tu lucu, selalu jadi mangsa buli kakak dia.. si rambut kerinting memiliki hobi yang pelik masukkan selipar dalam parit depan rumah haha.. aku sampai ni kebetulan nak celebrate besday dia..

Tengok la siapa yang sambut hari jadi sebenarnya, semua berebut nak tiup lilin, yang diraihkan tak nak tiup pulak hahaha.. kelakar budak budak ni..

Dan makcik makcik (kakak sepupu) pulak buat lawak kat datur.. bengong haha.. antara orang kuat kalau ada majlis majlis keluarga, diorang ni la harapan..

Dan aku pun nak jugak.. wordless jap!!..

Ahad ni nak gi Sandakan sebab ada majlis kahwin keluarga, sebut Sandakan mesti korang terfikir pasal Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok kan.. hehehe.. kalau sempat nak singgah jap sana.. nak melawat orang orang utan.. rindu dah kat diorang..

Sekarang ni aku duduk kat rumah jak.. asyik layan astro ceria je kerja, harap la dapat tengok channel lain.. nak gado dulu baru dapat.. "tom tom bak tom tom bak"..

31 comments:

SoLy SoLicious said...

hamboi...meriahnye smbutan

KhaiRin said...

kek tu x nk ke kirim kt sini?

syakey said...

haa,ni mesti nk melawat kaum kerabat dkt sepilok letteww :P

Lieyly ︱ Alia said...

nk jgk rasa kerepek tuh..xpenah lg rasa..ahahah !

~SaL IjOu~ said...

aku suka amat kerepek ubi tu weh~

blog-tips-kurus said...

rugi lo tak beli krepek tu dulu. dahle jarang berpeluang ke sana. ace pos sini? hehe!

Fatin Mraz said...

rindu gak..hehee.. best lepak kampung?

nway, enjoy ur holiday ya..

khairul akmal bin azman said...

xde buah tgn kat aku ke br0?

Fathiah Hamim said...

aku teringin nak pegi sabah.....

Azham Vosovic said...

Hehe, kem salam kat anak sedara bro hehehehe

Aki said...

mantap la abu.. ho ho ho.. ko mimang legend la.. :-p

semutsengal said...

sakansakansakan.


LALALALALALALALALAL

hara said...

besaaaarnye krepek tu

Eera Shera said...

terpaksa la melayan budak2 tgk cite katun..hehe

vampire's lovex said...

besor nye kereopokkkkkk...

amranaiman said...

epy besday.. jom tiup ramai2 :D

nub said...

membe aku ada orang tawau. nanti aku nak p sana, aku roger hang boleh?

kot2 la hang ada sana time tu

Ezad Skytech said...

da lama tak merasa naik flight ni...haha...

huuhh..besar betul kerepek tu..untuk berapa orang makan tu...? (^^,)

haha...ko layankan je astro ceria tu...kah3~

Yatie Awang said...

memang besar gwdwbak kerepek tu hahahha...

aaa....macam tu lah, kalau ada budak2 kecik ni, kita pun jadi cam dia orang...tengok karton je

si robot comel said...

besarnya kerepek tu weyh.aku nak,hehe.

adwafarahin said...

balik kg rindu mak ke rindu org utan?
konpius jap -___-"

Saiazuan said...

blog ko ni agk popular sbrnya.. apa rahsia? hehe

aku xprnah mkn kerepek sebesar tu..

delarocha said...

cuti sekolah dah mula... banyak kenduri makan makan

Bro Ahmad said...

selamat bercuti abu hohoo besar gila kerepek tu fuhh hanya di sabah je ada..ehemm nak kempen sat

http://www.trioseposen.com/2011/11/gadget-impian-bro-ahmad-ialah-iphone-4s.html

Abg Stalker said...

HAHAH..comel kot ko pki topi besday.ank buah ko mata sepet ek,cm ko gk.besday gal tp x tiup lilin.wish her hapy belated besday. :)

Cik TeN10 said...

perghhh banyak gila keropok !! best ni makan keropok smbil layan drama korea..

selamat bercuti !!!

Abu Huzaifah said...

besday parti yg meriah...

kau pun lyn aje lah cerita mereka.. kehkeh

Lea Isnawi said...

mcm kena paksa je anak buah ko pegang kerepek tu

YOUsoF said...

Kerepek tu nampak lebih gedabak bila dipegang bocah cilik comel macam tu. haha Tak pernah aku jumpa kerepek tu. Yela aku mana pernah sampai sana. haha


Hobi sorokkan selipar tu betul² unik! ;D

Selamat menikmati keletah diaorang ok! haha

Tira Pengemis Maganda said...

seronoknya bahhh~

Afzainizam said...

alahaiiii comellll reramai tiup lilin..... seronokkan...

selamat ulang tahun kelahiran yerrr... meriahhhhh gitu....

keropok tu besar nampaknya....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
honda civik 1.6 vs mitsubishi evo 6

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!