Isnin, 24 Ogos 2020

Dataran Sandakan

Hi Gaiss.. assalamualaikum, bertemu kembali dalam entry jalan-jalan saya. Kali ini saya membawakan kepada ada dari daerah Sandakan. Khas kepada siapa-siapa yang tengah menggoogle daerah Sandakan tu. Hehe..

Sandakan adalah salah satu daerah besar di pantai timur Sabah. Bandar Sandakan pula adalah bandar kedua terbesar di Sabah selepas Bandaraya Kota Kinabalu. Di sini terdapat banyak tempat-tempat yang menarik yang korang boleh kunjungi.


Nothing much, cuma kali ni aku nak highlight satu tempat je dimana tempat ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancung domestic yang datang dari daerah lain.

Nama tempat ini ialah Dataran Sandakan. Lokasi tempat ini ialah berhadapan dengan Habour Mall Sandakan dan Ibis Hotel dan bersebelahan dengan sea side view laut Sandakan.


Tempat ini menjadi tumpuan kerana ia juga berada di pusat bandar selain suasana yang meriah dengan aktiviti-aktiviti keluarga. 

Di sini juga disediakan tempat duduk dengn view yang lawa..emmm memang sesui sangat untuk berOOTD. Soal makanan jagan risau sebab terdapat McD, dan gerai-gerai jualan makanan selain kedai-kedai runcit.


Untuk yang ingin merasaai suasana bandar Sandakan pada waktu malam, makan malam berlatarkan laut dan angin sepoi sepoi sambil lepak di gerai makan di Sea Side View iaitu dekat dengan dataran Sandakan ini.


Di kawasan dataran pulak terdapat beberapa aktiviti yang kebiasaannya pengunjung dan penduduk bandar Sandakan akan lakukan. Antaranya ialah busking, berfoto foto, bermain belon, aktiviti jualan dan banyak lagi. So kawasan ni memang tak pernah sunyi dan sentiasa je happening.

Kepada pengunjung yang datang ke pusat bandar Sandakan, boleh lah singgah dan luangkan masa sepetang bersama keluarga di Dataran Sandakan. 
Sampai berjumpa lagi. 

Babab.net