Ahad, 30 Oktober 2011

Usia Sebenar Perlu Kahwin Menurut Orang Tua-tua dan Faktor Melewatkan Perkahwinan

Isu paling hot apabila anda mula mencapai usia tertentu, yaaa.. bila nak kahwin?.. balik kampung beliau beliau mesti tanya soalan yang sama..

Sekarang ni berapa usia sebenar lelaki atau perempuan yang paling edial tuk kahwin?. sebab asal bestday ja orang akan tanya.. "Happy birth day.. bila nak kawin?" atau "selamat hari jadi.. wah tua sudah kau..bila ko mau kawin ni?" kalau yang kena tanya tu baru abis SPM tak pe la jugak.. kalau yang dah ageing.. agak macam cilaka jugak soalan tu hahahahahaha...

Orang tua tua cakap usia paling sesuai untuk berkahwin bagi lelaki ialah lingkungan usia 25-33 tahun.. yang perempuan pulak dalam lingkungan usia 20-26.. sesuai la agaknya.. kalau perempuan yang dah 27 tahun tak kawin lagi kira andartu la tu kan..huhuhu.. tapi lelaki bagi aku kalau dah 34-35 pun masih steady lagi, mungkin masih gagah lagi di atas ranjang kah kah kah..

'Kahwin la kamu, kerana perkahwinan itu dapat menghindar diri daripda perbuatan keji dan mungkar'.. memang betul la, kalau 'ekonomi' dah stabil eloklah kalau kawin cepat cepat.. daripada asyik berkepit buat benda yang bukan bukan.. kan..

asyik dapat bunga tello je kan.. bila nak bagi bunga tello pulak..ngeee..

Sebenarnya ada beberapa faktor sebab kenapa lelaki atau perempuan tu melewatkan perkahwinan, ni antara point dia yang aku baca dalam ikim.gov.my..

Revolusi pendidikan - lepasan SPM pas tu baru nak masuk Universiti tiga empat tahun.. then baru nak mencari pekerjaan dan kumpul duit tuk kawin, nak tak nak kawin dalam lingkungan usia 25-28 tahun jugak..

Peluang pekerjaan yang banyak tuk wanita - dulu dulu orang cakap perempuan berkahwin awal tuk kurangkan beban keluarga, tapi sekarang ni dah ramai wanita yang berkerjaya.. mereka boleh menanggung kos hidup sendiri tanpa bergantung kepada keluarga atau suami.

Tanggungjawab kepada keluarga - ni selalunya anak sulung la, abang long kak long.. tangguhkan perkahwinan sebab merasakan tanggungjawab untuk membantu keluarga terletak pada mereka.. terutamanya yang datang daripada keluarga susah..

Hakikat keluarga tidak lagi mendesak untuk berkahwin - sekarang ni ramai ibu bapa yang berpendapat tidak wajar mengaturkan perkahwinan anak mereka.. biarla diorang cari sendiri.. atau ada jugak ibubapa yang masih ingin merasai pulangan pelaburan membesarkan anak mereka.. harus berbangga kerana berjaya mendidik anak mereka sebagai orang yang berguna dan tahu membalas jasa orang tua..

Sikap terlalu memilih - perkahwinan adalah ikatan yang suci, long term punya story..biarlah perkahwinan itu adalah yang pertama dan terakhir.. sebab tu adalah awajar untuk memilih, biar puas hati.. dan daripada sudut yang lain pulak mungkin perempaun berfikir bahawa kuasa talak bukan pada mereka..

Terlalu banyak kisah sedih - sekarang ni macam macam, sumi/ isteri curang la, suami dera isteri, isteri lari tinggalkan laki.. laki orang larikan bini orang.. bini tak nak balik raya kat keluarga laki la kah kah kah..macam macam..

Selain faktor 'jodoh tak sampai lagi', bagi aku ekonomi diri adalah faktor utama mengapa yang kat luar luar sana tu tak kahwin lagi (cakap macam aku dah kawin je kan).. ok titk.. off the topic!! sensitip hahahaha..

ps: lain cerita kalau dtng drpd keluarga kaya raya.. hantaran, kos perkahwinan sampai ke anak pun family yang tanggung.. hebak :D

Babab.net