Isnin, 24 Ogos 2020

Dataran Sandakan

Hi Gaiss.. assalamualaikum, bertemu kembali dalam entry jalan-jalan saya. Kali ini saya membawakan kepada ada dari daerah Sandakan. Khas kepada siapa-siapa yang tengah menggoogle daerah Sandakan tu. Hehe..

Sandakan adalah salah satu daerah besar di pantai timur Sabah. Bandar Sandakan pula adalah bandar kedua terbesar di Sabah selepas Bandaraya Kota Kinabalu. Di sini terdapat banyak tempat-tempat yang menarik yang korang boleh kunjungi.


Nothing much, cuma kali ni aku nak highlight satu tempat je dimana tempat ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancung domestic yang datang dari daerah lain.

Nama tempat ini ialah Dataran Sandakan. Lokasi tempat ini ialah berhadapan dengan Habour Mall Sandakan dan Ibis Hotel dan bersebelahan dengan sea side view laut Sandakan.


Tempat ini menjadi tumpuan kerana ia juga berada di pusat bandar selain suasana yang meriah dengan aktiviti-aktiviti keluarga. 

Di sini juga disediakan tempat duduk dengn view yang lawa..emmm memang sesui sangat untuk berOOTD. Soal makanan jagan risau sebab terdapat McD, dan gerai-gerai jualan makanan selain kedai-kedai runcit.


Untuk yang ingin merasaai suasana bandar Sandakan pada waktu malam, makan malam berlatarkan laut dan angin sepoi sepoi sambil lepak di gerai makan di Sea Side View iaitu dekat dengan dataran Sandakan ini.


Di kawasan dataran pulak terdapat beberapa aktiviti yang kebiasaannya pengunjung dan penduduk bandar Sandakan akan lakukan. Antaranya ialah busking, berfoto foto, bermain belon, aktiviti jualan dan banyak lagi. So kawasan ni memang tak pernah sunyi dan sentiasa je happening.

Kepada pengunjung yang datang ke pusat bandar Sandakan, boleh lah singgah dan luangkan masa sepetang bersama keluarga di Dataran Sandakan. 
Sampai berjumpa lagi. 

Sabtu, 15 Ogos 2020

Makan Malam Tema Movie Character - Annual Dinner Company.

Baru baru ini sebelum menularnya pendamic Covid 19 ni company kami telah mengadakan majlis makan malam..majlis macam ni adalah aktiviti tahunan bagi tempat kerja kitaorang Ecooils Lahad Datu.

Pencalonan kostum terbaik kategori berpasangan

Majlis ni diadakan di Ballroom MizzAmor House Bandar Perdana Lahad Datu. Tema makan malam kitaorang ialah move character. So korang boleh agak la kan macam mana rupa bentuk pakaian kitaorang.

Aku dapat hadiah Lucky draw TV haha

Kalau korang nak tau kebanyakan kostum yang kami pakai ni beli kat shopee dan kedai bundle.. kena pandai mix and match la. Yang aku pakai ni kostum lanun.

Yang bestnya makan malam ni aku dapat cabutan bertuah semuah Tv Sharp 32 inci haha..ni adalah kali kedua berturut-turut aku dapat cabuan bertuah hadiah TV..ada tu orang jeless haha. Alhamdulillah rezeki kan, aku pun tak tahu nak letak kat mana Tv tu..sampai sekarang masih dalam kotak bini aku simpan elok-elok dalam bilik.

Hiasan Ballroom

Seperti biasa, annual dinner ada la buat aktivit dan game.. termasuk dancing, aku pun kena menari sekali..tiga minggu training gaiss haha. Persembahan nyanyian ajk majlis dan artis undagan pun ada.

Gambar suafoto AJK majlis

Apa-apa pun annual dinner kitaorang mendapat pujian daripada boss..ok la tu. Yang penting semuanya berpuas hati..mantap.

Isnin, 10 Ogos 2020

Resepi Buah Naga - Koktel Buah Naga Senang

Hi gaiss assalamualaikum..aku ni kadang tiba-tiba mendapat buah surprise dari adik aku..buah naga warna merah..buah ni menurut adik aku kawan dia tanam kat estate. Tapi diorang dalam estate pun tak makan sangat, jatuh buruk kat bawah pokok dia je..maksudnya diorang tak jual pun dan diorang cuma tanam untuk suka suka.

Masok dalam cup recycle Gen z haha

So kalau adik aku bagi, kadang aku tak tau nak makan macam mana..cara hidangan mana yang sedap. So timbul la edia aku resepi bodoh bodoh ni hahaha

So ni la dia resepi buah naga susu.

Bahan-bahan dia ialah:
1. Sedikt susu cair
2. Sedikit susu pekat
3. Ais cube
4. Buah naga

Cara-cara
Petang dadu buah naga..masukkan susu cair sesedap rasa korang dan masukkan susu pekat sesedap rasa korang. Aku gunakan susu pekat sebab gantikan gula. Lepas tu last masukkan lah ais cube, letak air sedikit dan gaul..nak sedap lagi masukkan susu UHD ke apa benda tu. Dan siap..mudah kan, resepi orang malas hahahaha

Emmm nampak sedap kan haha

Jumaat, 7 Ogos 2020

Penjarakan Sosial Sembahyang Di Masjid

Sepanjang musim PKPP ni SOP kerajaan yang telah diperkenalkan perlulah dipatuhi oleh setiap individu bagi mengurangkan risiko dijangkiti oleh virus covid 19.. Ini termasuklah penjarakan sosial ketika berada di dalam Masjid.

Gambar di bawah adalah contoh penjarakan sosial di dua masjid yang berbeza ketika aku berada di masjid untuk menunaikan solat jumaat.

Masjid Nurul Amin Bekapit Lahad Datu Sabah

Selain penjarakan sosial, terdapat peraturan norma baru lain yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah memakai mask, mendftar mySejahtra atau menulis nama atas kertas yang disediakan dan membuat pemeriksaan suhu badan. 

Individu yang bergejala dilarang memasuki kawasan masjdi. Laluan masuk dan keluar daripada masjid diasingkan bagi mengawal pergerakan jemaah untuk mengurangkan pertembungan dan jemaah bersesak-sesak.

Masjid Batu Lima Kg Sepagaya

Babab.net