Khamis, 30 Julai 2020

Cara Menghubungi AirAsia Malaysia - Chat Dengan AVA

Hi gaiss.. assalamualaikum, bertemu kembali dalam sesi tutorial bersama ashgive haha..korang yang singgah ni mesti ada masaalah dengan tempahan tiket air asia kan hehe.. tau macam-macam hal boleh berlaku dengan tempahan kita, kadang salah tarikh la, salah destinas la, salah ejaan nama la dan macam-macam lagi la. 

Yang menjadi masalah dia ialah susah sangat nak hubungi air asia, korang call memang tak kena layan..sekarang ni diaorang sarankan semua pelanggan dia setel dengan AVA.. siapa AVA ni? Ava ni maksud dia ialah AirAsia Virtual Allstar, dia adalah sejanis artificial intelligence (ai) yang dibangunkan untuk menjawab soalan-soalaan berkaitan dengan Air Asia.

So bermulah lah segala persoalan kita akan di layan oleh si Ava ni..so untuk menghibungi AirAsia kena melalui Ava. 

Berikut adalah tutorial cara menghubungi airasia melalui AVA menggunakan hand phone, tapi gunakan PC pun lebih kurang sama je.



Kalau korang dah login, nama korang akan keluar macam kat atas tu. Lepas tu korang nampak tak butang menu kat bawah tu (picture atas)..korang tekan butang tu dan dia akan keluar seperti dalam picture kat bawah ni.

So lepas tu korang klik kat butang chat with AVA.. ha start la korang chat dengan si Ava tu..korang jagan pelik sebab kita baru sebut Hi dia dah jawab panjang lebar. Sebabnya dia adalah Artificial intelligence, ikut je apa arahan dia.

Dia akan bagi beberapa pilihan dan korang pilihla mana-mana yang berkaitan dengan masalah korang.

Daripada sini korang boleh selesaikan masalah tukar flight penerbangan disebabkan covid 19, uruskan booking flight, refund duit, bag hilang semua dan lain-lain


Pengalaman aku chat dengan si AVA ni, pada penghujung chat kitaorang dia sambungkan kepada operator untuk balas chat korang..dia memang akan cuba membantu masaalah korang..jagan risau.

Oh satu lagi nak bagi tau, tang bahasa tu korang boleh set awal-awal bahasa apa korang nak gunakan..macam aku ni, biasalah terer bahasa penjajah aku guna la bahasa orang putih haha..harap tutorial ini membantu. Sekian terima kasih.

Selasa, 21 Julai 2020

Menginap Di Sabah Hotel - Sabah Hotel Sandakan

Hi gaiss.. assalamualaikum..ini adalah entry throwback yerr..sebelum PKP baru baru ni aku ada pegi jalan-jalan di Sandakan dengan famly aku..ada la try duduk kat hotel Sabah atau nama dia Sabah Hotel, Sandakan.

Buat mereka yang datang dari semenanjung dan tak tahu atau ingin tahu sedikit tentang hotel ni, boleh la terus membaca.

Hihakkk...sejukkkk

Sabah Hotel ni terletak betul-betul berhambiran jalan utama masuk ke Bandar Sandakan iaitu kat Jalan Utara. Dari tepi jalan boleh nampak di sebelah kiri korang kalau nak masuk badar sebelum masuk ke simpang Agnes Keith House.

Hotel ni biasanya menjadi pilihan bagi pelancong atau orang yang inginkan keselesaan lebih sikit..sebab bayaran sewa satu malam pun agak lebih jugak haha..boleh check kat Agoda.com.

Hotel ini menyediakan ruang bilik yang sangat luas.. environment hotel yang sedikit kehutan hutanan. Terdapat jugak gym, swimming pool, massage dan lain-lain. Kemudahan lain seperti bar dan cafe untuk melantak..lengkap, semua ada.

Duduk kat hotel ni rasa macam tenang je..terasa macam duduk jauh daripada bandar, padahal lokasi dia sangat dekat dengan pusat bandar Sandakan. 

Tapi harap maklum, kalau korang nak pegi beli-beli barang atau cari tempat makan korang kenala drive atau menggunakan grab car..sebab macam yang aku cakap hotel ni stay alone dan tak de kedai yang berhampiran dengan hotel ni.

View dari tingkap bilik..lawa kan.

Tempat parking luas dan tak perlu bersesak-sesak..hotel ni stay alone dan dikelilingi pokok-pokok hutan skunder. Sebenarnya hotel ni dah agak lama tetapi telah melalui beberapa kali proses pengubah-suaian..atau cakap omputeh dia refurbished. Tapi keadaan semua still nampak mewah dan selesa.

So aku dan anak aku dah nampak kolam renang..ofkos la nak terjun, sejenis yang nampak kolam renang terus nak buka baju haha.

Seronoknya mandi kolam..air dia sejuk gila

Ahad, 19 Julai 2020

Hiking Di Bukit Klasik - Classic Hill Lahad Datu

Hi gaiss.. assalamualaikum, hari ni penat gila..sebab pagi tadi ada aktiviti hiking dengan member-member Hiking Penjejak, Team Borlas dan Team Bull X Fitness. 

Hiking kali ini sedikit mencabar berbanding hiking di Taruakan Hill pada minggu lepas, laluan yang penuh liku ranjau dan onak duri..saya akan highlight dan ceritakan serba sedikit dibawah ini tentang track laluan menuju ke puncak Klasik Hill.

Tempat berkumpul di Warung Coto Bukit Klasik

Starting point pendakian ialah di Warung Coto Bukit Klasik, lokasi berhampiran jalan besar menuju ke Tawau, lebih kurang tuju batu daripada pusat Bandar Lahad Datu. Sempat la melantak mee goreng dan nasi kuning dulu di situ.

Bergambar sebelum mendaki

Macam biasa sebelum mula mendaki, sedikit briefing dibuat untuk mengingatkan pendaki tentang peraturan-peraturan dan apa yang patut dan tidak patut dilakukan semasa mendaki.

Tolong-menolong member yang sangkut posoo..

Lebih kurang pukul 9.30 pagi pendakian bermula. Track dakian awal ialah laluan kebun kelapa sawit..laluan ni kacang je sebab almaklum la orang biasa masuk kebun sawit haha.. mendaki terasa susah apabila mula masuk ke dalam anak hutan..terdapat banyak kawasan-kawasan yang tinggi mendadak sehinggakan memerlukan tali untuk berpaut. Bagi yang berbadan ringan mungkin ianya dirasakn mudah sedikit.

Kawasan persinggahan pertama.

Disebabkan terlalu penat dan support member..so agak banyak kali jugak la menyinggah. Tarik nafas panjang-panjang dan bersua foto sebelum meneruskan pendakian.

Trail seterusnya ialah laluan yang lebih curam banyak akar kayu dan berbatu..yang ni, beginner macam aku mula rasa cuak..soalan aku macam begini kah laluan dia sampai ke puncak? Lama lagi kah sampai? Mana yang lain hahaha..tapi pendakian diteruskan tanpa menoleh kebelakang lagi..tiberr..padahal aku turun naik singgah banyak point sebab nak dapatkan shoot yang best untuk content YouTube aku AshGive TV haha..

Puncak Bukit Klasik..team Bull X  Fitness

Team mula terasa happy sikit apabila melalui trail yang menampakkan puncak bukit. Dalam hati kata "ok sikit lagi..sikit lagi" haha.. dan setibanya di puncak bukit..wahhh subahanaAllah, indahnya cipataan Tuhan..tidak pernah mengecewakan, view memang lawa. 

Dari puncak bukit kami dapat melihat bukit bukau area Silam dan nun jauh disana dapat dilihat kawan berhampiran bandar Lahad Datu. 

Semua cepat-cepat keluarkan hand phone masing-masing untuk menangkap gambar selfie dan wefie dari semua sudut kona atas batu dan dalam semak haha. Yang bawak drone pula mula terbangkan drone dia.

Kawasan anak hutan sejuk boleh berteduh

Lebih kurang dekat sejam atau lebih juga kami berada di puncak bukit..menikmati view dan keindahan alam, makan-makan jajan, bergurau senda dan bergambar beramai-ramai.

Yang ni team borlas.. sporting jugak diorang ni

Di kawasan puncak jangan risau, ada kawasan anak hutan boleh dijadikan tempat berteduh..so panas lit lit boleh dielakkan. Tapi ada jugak kawasan yang sedikit berbahaya, iaitu kawasan hujung batu..salah langkah sedikit boleh jatuh gaung, yang tu kena berhati-hati la.

Group photo

Oh btw, kawasan puncak yang aku sebut ni bukanlah puncak sebenar bagi Bukit Klasik. Aku dapat lihat ada lagi kawasan sebelah atas, tapi aku tidak pasti mungkin orang yang membuat track ni merasakan takat ini sahaja yang sesuai dan selamat untuk pendaki, i leave that part to owner bukit.

Selasa, 14 Julai 2020

Beli Gopro Hero 8 Di Shopee

Hi gaisss assalamualaikum..Baru minggu ni barang yang aku tunggu-tunggu sampai dengan jayanya..sekejap je place order dah semalam sampai.. memang trusted seller la kedai dia..aku beli kat shopee, barang baik punya haha.

Barang baik.

Aku dah lama nak benda ni sebenarnya tapi aku tak tahu nak guna untuk apa..nanti beli beli je tak pakai, tak da tujuan. Tapi recently aku berjinak-jinak dengan dunia YouTuber pulak..so ada la alasan aku untuk beli benda ni. Aku tak tahu la ini hobi sementara ke atau hobi yang bermenfaat for long term haha.

Sedikit pasal gopro yang aku beli ni..ini ialah gopro hero 8.. aku beli masa sale 7.7 baru-baru ni, ini adalah pakeg c..dia ada beberapa pakeg ikut aksesori apa yang ko nak beli sekali.aku beli pakeg c ni sebab aku nak extra 1 battery dan benda-lain la yang aku nak. Harga dia tak sampai RM2k.

So aku pun baru nak godek-godek, nak tengok YouTube macam mana nak pakai..nanti boleh la korang tengok hasil dia di YouTube channel aku kat sini ashgive tv.

Set gopro hero 8 yang aku beli.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut..korang boleh tengok YouTube aku dalam past yang ini.. unboxing gopro 8

Babab.net