Isnin, 13 Julai 2020

Hiking Di Bukit Taruakan Pulau Sakar Lahad Datu.

Hi gaiss assalamualaikum..jangan tidak tahu di daerah Lahad Datu ada satu aktiviti yang boleh dilakukan pada hujung minggu...iaitu hiking di Bukit Taruakan atau nama orang putih dia Taruakan Hill yang terletak di Pulau Sakar..simple aktiviti dan pasti tidak mengecewakan korang sebab ianya santai, sehat, seronok dan yang paling penting we can enjoy very nice view..yeahh!!!

Nice view, banyak tempt boleh ber ootd.

Untuk ke sana kena menaiki bot dan mengambil masa dalam 15 minit gitu daripada jeti Ko Nelyan Bandar Lahad Datu..aku ni nama ja orang Lahad Datu tapi ini adalah kali pertama aku ke Pulau Sakar. Di dalam pulau ni rupanya tedapat banyak kampung..kampung-kampung kecil sebab tak banyak rumah. Tapi kemudahan lain aku tengok ada je semua, termasuk bekalan elektrik, air bersih, sekolah, masjid dan banyak lagi.

Keadaan kitaorang dalam bot.. excited muka happy

Ok sambung pengalaman aku..sebenarnya aku ke bukit Taruakan ni seba join budak-budak hiking..Team Penjejak, tumpang-tumpang kawan, kebetulan pulak ada member gym join sekali.. so aku tidak la kekok sangat. 

Gerak ke pulau dalam pukul 8.15 pagi..dan sampai di jetty Kg Tarukaan dalam pukul 8.30 macam tu..sampai-sampai je kerkumpul di padang badminton untuk warming up exercise diiringi oleh team organizer Hiking Taruakan Hill dan Team Penjejak..lepastu start la mendaki.

Warming up sebelum start mendaki.

Menurut team Taruakan Hill, track ni cuma sepandang 500 meter sahaja, ah sesuai la dengan aku yang beginner ni haha..dia ada tiga laluan, ikut kesesuain..kalau macam kitaorang ni menggunakan laluan yang mudah sikit sebab kitaorang bawak makanan yang banyak..barang-barang untuk melantak dan BBQ di atas.

Rumah penduduk Kampung Taruakan.

Walaupun 500 meter, tapi newbie macam aku dagan budak-budak yang lain tetap rasa penat..almaklum la benda tak biasa buat haha..laluan treck memang tak susah..tak banyak cabaran..ada sikit anak tangga, ada sikit laluan bertali dan curam pun tak curam sangat. 

Laluan track yang lite lite santai gitu..tapi penant jugak la haha

Walau pun track tak panjang tapi dia ada satu point persinggahan.. point pertama pada ketinggian 300 meter tak silap aku..dan disini pun view dah cukup lawa..

Antara view yang boleh dinikmati ketika berada dipuncak Taruakan Hill.

Sampai di puncak memang puas hati la.. alhamdulillah cantiknya ciptaan Tuhan, view kiri kanan depan belakang semua lawa. Kawasan puncak luas, banyak pondok-pondok..banyak tempat boleh ber ootd, ambik la view dari mana pun semua lawa. Siap ada pondok-pondok atas pokok lagi.

Aktiviti kami simple ja, santai borak bergambar dan BBQ..dan turun dari bukit kami sempat terjun mandi laut kat jetty..

BBQ dengan Team Penjejak

Apa-apa pun trip kali ni..mantap!! 

Nak ke Bukit Taruakan, senang ja cari team hiking yang ada trip ke sana atau contact Puan Fazriani 017-8378939.

Untuk tau lebih..boleh tengok YouTube di bawah..jangan lupa suscribe like dan komen kalau ada cadangan lain..tq.

Mantap!!

VEDIO YOUTUBE

Sabtu, 11 Julai 2020

Program Kesihatan Di Taman Perumahan - Kempen Imunisasi Polio dan Suntikan Campak

Hari ni bawak Ayra pegi injek campak..team rukun tetengga Taman Khazanah Indah bersama team Kesiahatan Lahad Datu datang ke kawasan taman untuk program ni.

So tidak payalah bersusah-susah ke kelinik kesihatan atau lupa jadiual untuk dapatkan suntikan imunisasi.. satu yang bestnya dekat dan tak perlu driver jauh-jauh cari paking bagai.


Ayra baru sampai pelik nampak ramai-ramai orang..gaya dia pakai face mask tu.

Drive dalam 3 minit je dah sampai haha. Program ni dilakukan di rumah pengerusi atau tok ketua Taman Kazanah Indah. Selalu macam tu la, dia berbesar hati mengadakan program-program taman perumahan dirumah dia sendiri. Ikut kesesuain, kadang tu program macam ni diadakan di surau taman.

Rumah pengerusi taman, kona loy space luas sesuai la tuk aktiviti macam ni.

Waktu pagi boleh dikatakan agak ramai jugak budak-budak yang datang untuk dapatkan imunisasi polio dan campak. Tapi team kesihatan dan KRT taman dapat menguruskan dengan baik. Semua berjalan lancar dan mengikut flow yang dirancang. Walaupun kena bebaris sikit tapi tak pa la..program kerajaan memang normal la. Kami ok jerr.

Pelbagai ragam kanak-kanak yang datang, ada yang baru masuk dah nangi, ada yang baru tengok jarum dah nangis..tengok nurse pun dah panik..dan ada jugak yang cool macam tak da apa berlaku.

Keadaan kanak-kanak yang menunggu giliran untuk mendapatkan imunisasi.

Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat..program macam ini baik untuk rakyat, memudahkan semua orang..misi kerajaan tercapai..kesihatan rakyat terjaga. Bravo..

Jumaat, 10 Julai 2020

Beli Skuter Solariz | Review Scooter Solariz Yamaha

Hi gaiss.. assalamualaikum, diceritakan pada 3hb June 2020 baru baru ini aku telah ditakdirkan membeli sebuah motorsikal baru iaitu skuter sloariz. Lama jugak aku pikir masak masak sampai dekat nak hangus..beli motor apa, baru atau secod hand, cash atau hutang, honda atau yamaha banyak la. 

Aku ni sejenis orang yang bab belanjakan duit memang kena pikir betul betul..first yang aku kena deside pelu ke tak perlu... Kalau perlu then barulah aku goes to next things to think.

new toy in the home

Kenapa perlu?
Sebab utama dia ialah nak pakai pergi kerja. Aku lebih suka pakai motor untuk ke tempat kerja sebab masalah jalan jem. Selain tu aku nak kurangkan penggunaan kereta sendiri sebab kawan tempat kerja aku ni banyak kilang baja..so tau lah kalau baja ni dia akan menyebabkan kenderaan kita mudah berkarat. Faktor keadaan jalan yang terok tahap zaman batu jugak sebab utama aku lebih suka menggunakan motorsikal..selain jimat perol geng haha

warna merah menjadi pilihan
 
Kenapa skuter?
Asalnya aku nak beli honda wave alpha, kan nak pakai lite lite je.. tapi ntah kenapa pulak last last aku terbeli skuter solariz haha.. sebelum beli aku ada la tengok YouTube, buat perbandingan harga, perbandingan motor dan skuter, perbandingan skuter dengan skuter dan lain lain..buat pertimbangan harga, beza semua semua..dan keputusan dia ialah skuter solariz.

So apa kelebihan skuter solariz?
Kalau nak jawab soalan ni first kau kena tahu dulu apa tujuan kau beli motor..kalau kau ni jenis jiwa kelajuan atau kaki merempit..mamang bukan ini motor yang kau perlu kau pertimbangkan. Sebab aku dah pernah pakai motor kapcai lain, bagi aku skuter solariz ni simple dan easy going. Kecik berbanding skuter avantiz iaitu abang dia, mudah dan laju pun laju 1.25.cc, lincah dan senang nak cilok..lagi jimat sebab ada eco,murah sikit dan banyak lagi lah.

Lek lu ambik gambar kenangan first day 

Sebenarnya ini dalah motor ke empat yang aku dah perna beli, pertama Honda dream aku guna kat ladang dulu masa kerja IOI..dah jual, second masa kat Puchong Honda dream second aku jual sebab balik Sabah, third Honda Wave Ultimo pun aku jual sebab tak boleh tukar nama, dah lama sambung roadtax sampai JPJ suruh cari owner asal dia. Aku malas nak pikir so aku jual la haha.

Apa yang aku nak bagi tau ialah aku tak menyesal beli skuter ni, senang kerja aku lincah kesana kemari hahaha

Khamis, 9 Julai 2020

Jalan - Jalan Di Zoo Lok Kawi Wildlife Park, Penampang, Sabah.

Di Sabah sada satu zoo yang aku rasa paling besar la kot kat Sabah dan menyimpan pelbagai jenis haiwan. Zoo ini terletak Lok Kawi dan mengambil masa dalam 30 minit daripada bandar Kota Kinabalu. Ini adalah tempat pilihan yang sesuai untuk aktiviti keluarga berjalan jalan di Kota Kinabalu.

Aku datang zoo ni sebab nak bawak Ayra jalan jalan tengok haiwan. Aku tau dia mesti suka, selalu tengok kat YouTube je, so aku bawak la dia tengok haiwan haiwan ni secara real.

Snep dulu sebelum masuk.

Untuk masuk ke sini kena bayar RM10 sorang..kanak kanak RM5..tapi Ayra free la sebab masih dibawa 5 tahun. Pelancong luar kalau tak silap dewasa dalam RM20 dan kanak kanak RM10.

Budak sebesar Ayra tengok haiwan memang diorang akan seronok..tapi time ni dia more excited dengan penjual aiskrim kat depan kitaorang.

Dalam zoo ni memang banyak haiwan haiwan dia, ada pelbagai jenis burung, monyet, harimau, gajah, orang utan dan banyak lagi.
 
Aku tak pernah ke Zoo Negara atau Zoo Melaka, mungkin haiwan haiwan kat sini tidak sebanyak zoo zoo besar yang lain tapi apa yang aku tengok haiwan haiwan kat sini sihat sihat belaka. Semua gemuk gemuk dan cukup makan. Tak de macam sesetengah zoo salalu je kita dengar orang komplen haiwan kurus dan tak sihat.

Gajah, sopan je gajah dia..sihat sihat semua.

Apa aktiviti yang kita boleh buat kat dalam zoo ni? Biasalah food feeding, bergambar gambar dan ajar anak mari kenali haiwan dengan buat bunyi dia sekali haha.

Selain itu dalam zoo diorang akan ada buat persembahan haiwan, ada la masa masa dia tertentu. Kalau kebetulan time tu korang ada kan dalam zoo beruntung la. Macam dalam gambar bawah ni.

Ada persembahan binatang binatang

Ada keldai.. Ayra seronok dia tau hose je.

Luas tak luas kawasan ni aku pun tak pasti sangat..tapi apa yang aku tau dalam ni ada aktiviti berbasikal, ada kereta kecik macam kat padang golf tu. Rasanya memang luas la kot sebab ada kawasan belah belah atas lagi kitaorang tak pegi, tak larat weyy dengan Ayra nak kena tolak, dengan pakai jeans lagi.

Orang utan..dia ingat momok

Penat tolak budak ni haha

Apa apa pun sesiapa ada anak kecil yang baru nak mengenal haiwan memang sesuai la dengan kawasan ni. Diorang pun mesti akan rasa seronok sebab kebiasaanya diorang tengok dalam tv atau hp je..tengok real mesti feeling diorang lebih excited.

Babab.net