Ok la ini entry last kisah janda yang baik, lepas ni tak de dah nak cakap pasal janda..
Siapa yang tak tahu cerita asal entry ni boleh la klik kat sini..
Yaaa mari karaoke sampai bengkak.. petang sampai ke malam menyumbangkan lagu kepada pokok pokok unggas dan mergastua.. ewah ewah kak Muliza ayu beno suara dia, tak boleh halus lagi ke kak suara tu hahaha.. marah kak muliza nanti, next camping tak nak dah masak..
Tengok, kak Sally je tak menganga..yang lain haiiyooo, macam nak baling kacang cap pagoda je masuk dalam mulut sorang sorang, eh aku jangan.. melayan perasaan, feeling feeling bougainvillea.. bakat baru telah dicungkil malam tu.. tak sangka ramai yang ada potensi tuk jadi retis.. boleh pegi jauh sejauh jauhnya sampai tak nampak..
Time orang berkarok, ada beberapa orang dok sebok melantak hahahaha.. penat acara team building mengkali bak kata en zahrin hehehe..
ha! kak Busrah, tak makan kambing la sangat kan hehehe.. kambing tak bau kan..
Best aktiviti macam ni sebab ramai yang helpful.. sedia membantu bekerjasama macam wonder pet.. tolong dirikan khemah, tolong masak, tolong angkat barang, tolong tengok, tolong makan.. sikap tolong menolong itu ada di mana mana..
Ada orang tu sejuk sejuk mandi sungai pepagi naik ke daratan terus melantak eskrim kan.. ada pakcik datang jual eskrim.. pandai betol pakcik tu, tau tau je dia kitaorang ni kuat makan..
Aisemen.. anak buluh betong yang kacak... ada gaya gak aku jadi model kan hehehe.. sila la muntah hijau kalau nak.. uwekk!!
Meratah kambing mmmbeeekkkk.. macam haiwan karnivor dah budak ni aku tengok..
Sambil sambil tunggu yang lain siapkan makanan ada pulak yang baring baring bajet "cantek kah kau!!".. Radh dan Faathir pulak sambung lawan tutup botol daripada semalam.. serius aku tak reti dan tak pernah main game tu.. zaman aku kanak kanak rebina masa kat sabah tak pernah pulak jumpa game tutup botol..
Oh my oh my.. mak hayam kat belakang dua orang.. diva uolzzz.. posing maut giteew!! macam retis nak masok melodi hahaha..
Otw balik sempat singgah bantai durian kat tepi jalan.. boleh tak durian dia lagi mahal daripada kat KL.. tak pe la, singgah ramai ramai sebagai aktiviti penutup tuk camping kitaorang.. ohsem!!
Tag: Makan durian kampung, jalan jalan ke janda baik, bercuti di janda baik, gambar orang makan durian, gambar orang kuat makan, gambar anak buluh betong