Selasa, 23 Ogos 2011

Cuti Cuti Makan Angin Berjimba Jimba di Cameron Highland

Sebenarnya aku bukanlah bercuti cuti atau berjimba jimba ya.. sila maklum hehehe... ini adalah entry auto publish lagi.. balek balek auto publish sigh!!.. sori aku terpaksa buat macam tu sebab aku tak banyak masa nak menghadap lappy sekarang ni..

Untuk pengetahuan korang, aku sekarang ni dalam proses pertukaran job scope yang baru, tapi itu bergantung kepada keputusan daripada bos.. kalau dia kata jadi maka jadi la, honestly aku tak teruja sangat pun dengan job baru ni.. aku dah cakap dalam entry kat sini, ada sesetengah perkara tu mungkin kita perlu pertimbangkan antara gaji dan pengalaman demi untuk masa depan yang lebih baik dan kebarangkalian kita untuk pergi lebih jauh.. fuh! bagus tak ayat aku hahahaha...

Oh ya sekarang ni adalah hari kedua aku kat Cameron Highland outstation, aku tahu memang tak sempat nak buka blog kat atas punya.. nak membalas kunjungan bagai, dan yang pastinya cuaca dingin menyelubungi badan aku yang kurus ni hahaha prasan again.. ini aku sertakan gambar aku kat Cameron Highland masa outstation beberapa bulan yang lalu sebagai pengubat rindu korang kat aku selama dua hari tak online blog..keh keh keh..

strawberry korang rindu tak? hahaha.. nah.. banyak kat CH.. orang cakap makan kat atas lagi sedap banding kalau dah bawak turun daripada CH.. btw, strawberry ni tak de la sedap sangat cuma bau dia je yang wangi..

sedang menjamah ice cream strawberry di Strawberry Park.. gua cakap sama lu.. ini memang sedap.. original punya hehehe.. spoil la tangan ni...

bersama budak budak Sirim yang tah mana dah diorang pegi mencari haluan hidup masing masing.. time ni tenga tunggu hidangan steamboat datang.. best dowh makan steamboat kat CH..

Sila imagine betapa seronoknya aku kat atas tu, makan bua sroberi segar.. membeli bela bantal stroberi dan beberapa jambak bunga ros yang wangi pelbagai jenis warna.. sila bayangkan cepat! walaupun sebenarnya aku sedang bertugas, berpanas di ladang tomato arghhh!!.. Go Abu Go (adaptasi daripada Go Diego Go)..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Berbuka Puasa di Anggrik Kuring Bandar Putri Puchong

Petang semalam berbuka puasa Restoran Anggrik Kuring.. restoran milik cina indo muslim iaitu Ibu Fungsiwati, restoran yang bertemakan makanan Indonesia.. dan rasa masaknnya jugak bagus sekali donk hehehehe.. ia sangat berbeza dengan Restoran Ayam Penyek yang terdapat dikebenyakan tempat di lembah Klang ok, darisegi pilihan menu, masakan dan suasana di dalam restoran itu sendiri..
nampak sedap kan, dihidang menggunakan penampi kecik.. kitaorang pilih menu alakat, tak banyak ambek gambar sebab masing masing dah lapar hahaha

restoran ni dah pernah di kunjungi oleh team Jalan Jalan Cari makan la.. nowander la makanan dia sedap.. 

Kat tingkat atas, kitaorang seperti berada di Indonesan.. diiringi musik tradisional masyarakat jawa/ sunda, hiasan dan arrangement membawa kalian terbang ke sebrang..hahahaha.. feeling feeling Kesultanan Majapahit jap!!.. serius, seperti bukan berada di Malaysia ketika duduk di dalam Anggrik Kuring, macam melancong pulak.. layanan mereka yang sopan menggunakan bahasa mereka persis di dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih membuatkan kitaorang merasa sungguh selesa dan nyaman sekali..

Disebut didalam menu, makanan lebih segar dan less oil.. ya makanan sihat.. ada tempe tauhu ulam ulam bagai.. ayam dan ikan panggang sangat yam yam.. sos dia sungguh istimewa.. nasi dia pun wangi dan sedap.. kitaorang order air yang pelik pelik, saje nak try kan.. dan serius aku suka air pilihan aku, confirm  la aku tak ingat nama dia kan.. tapi dia ada macam bubble bubble yang pejal kalau masuk dalam mulut dia meletop.. rasa dia seperti asamboy atau pepsi..aku konfius tapi dia memang enak.. jus timun special dia pun emmm.. apa la aku cerita ni, macam tak puasa jak hahahaha....

korang jugak boleh shopping barangan keraf tangan dan baju batik Indo dalam restoran ni.. see, macam melancong kan..


ni pulak En Sahnon kerja engineer atau steward (dia saja tak nak bagi tahu detail) baru kenal dia ni semalam, kawan kepada En Sharul.. dan si little tiny Hani Piko, kalau bab makan mesti ada hahaha..

Dan kalau korang berbuka makanan yang korang order to lambat sampai dia akan bagi korang ice cream free.. masa berbuka jugak dia bagi bubur free yang nama dia ntah apa tapi yang pasti rasanya sedap hahahaha.. oh, kitaorang dapat discount untuk sesetengah jenis makan sebab kitaorang staff MAFC hehehe.. best tak..

ps: petang baru dapat bw, sat lagi nak gi TAR shopping final wave huhuhu.. 5 hari lagi :D

Sabtu, 13 Ogos 2011

Apakah Perbezaan Diantara UK, England, London dan Jugak Great Britain

Kalau duduk lepak bersama rakan rakan kitaorang selalu menjual buah buahan.. tahu tak maksud menjual buah buahan tu?.. aku pun tak tahu, tapi yang pasti dalam bulan ramadhan ni kurang kurangkanlah menjual buah buahan ya hehehe.. ok lepak, selain membincangkan isu kerja bajet workaholic, kitaorang jugak selalu berbincang tentang isu isu semasa dan pengtahuan am, kalau cerita pasal artis memang tak la.. arghhhhh.. intro aku out!!..hahahaha

Sebenarnya aku tak pernah pegi Europe lagi, apa jadah ada kat europe tu pun aku tak tahu.. masa borak borak salah sorang kawan tu mengeluarkan soalan "Apakah perbezaan diantara UK, England, dan London..sila bincangkan?" lebih kurang macam tu la soalan dia... so, alang alang search, aku sertakan jugak jawapan bagi maksud Great Britain dan Manchester.. 

Ini cuma pengethuan am, saja saja nak kongsi.. tak nak pun tak pe.. boleh search sendiri hehehe..
Mari kita mulakan..

United Kingdom (UK) ialah gabungan diantara empat negara iaitu England, Wales, Scotland dan Northern Ireland..

London adalah ibukota bagi England dan bandar terbesar dalam UK.. bermaksud setiap negara dalam UK mempunyai ibukota masing masing, Wales ibukota dia ialah Cardiff, Scotland ialah Edinburgh dan Northern Ireland dengan Belfast.. dapat tak?

Great Britain pulak ialah geographic term memberi maksud bagi pulau pulau terbesar bagi Kepulaun British (British Isles) iaitu England, Wales dan jugak Scotland..

So, England adalah sebuah negara di dalam UK dan ia jugak sebenarnya adalah pulau..kan kan..
Manchester pulak ialah United..hahahaha..

Sila betulkan aku jika aku silap.. daripada sejarah korang search la sendiri ya..ok itu sahaja, simple.. Terima kasih kerana membaca.. 
Sumber: http://answers.yahoo.com/

London Bridge is falling down,
Falling down, falling down.
London Bridge is falling down,
My fair lady.

Khamis, 11 Ogos 2011

Berbuka Puasa di TGI Friday's Alamanda

Memperkenalkan kawan baru berasal daripada Labuan.. nama dia si Bulat, nama betul dia kitaorang tak tahu..keh keh keh.. kawan kepada Kid.. datang sini daripada KK training under company tempat kerja dia NIOSH.. selamat berkenalan Bulat, bah sory ndak becakap Sabah full sebab nanti diurang ndak paham haha..

Ok habis cerita pasal si Bulat, mari bercerita pasal makan... yaaaa makan.. semalam berbuka puasa di Friday's Alamanda.. menu orang puteh, nama pung aku tak berapa reti nak sebut, tapi rasanya pasti enak..

Sempena bulan ramadan ni Friday menyediakan makan buffet free ambek sesuka hati dengan pembelian mana mana jenis main course.. oh seperti biasa jika ia dikatakan free...lajuuu... hahahah.. gambar kat bawah ni, layankan sajoh walaupun tak seberapa nak terang kerana ditangkap menggunakan pukat tunda..


Inila si Bulat berbaju merah bersama si Kido, dorang kawan masa kat uitm s.alam.. setahun baru berjumpa kembali.. syahdu la tu konon..hahaha

 Hani dengan gaya cover pipi dia.. tangkap gambar tak boleh nak 90 dgree, dan Umi begitu teruja sekali hahaha.. sila abaikan patung merlin monro kat belakang tu ya..

Memandangkan burger aku yang nama dia agak pelik tu sampai dahulu, so aku makan dulu ya kawan kawan.. size besar memang tak larat aku nak habiskan..

Muka orang dah kenyang, nak begambar saja kerja dia..


Tag: MAkan di Alamanda, Tempat makan di Alamanda Putrajaya, MAkan di IOI Mall, Gambar Makan di TGIF, Halal tak makan di TGIF, jenis makanan di TGIF

Babab.net