Selasa, 23 Ogos 2011

Cuti Cuti Makan Angin Berjimba Jimba di Cameron Highland

Sebenarnya aku bukanlah bercuti cuti atau berjimba jimba ya.. sila maklum hehehe... ini adalah entry auto publish lagi.. balek balek auto publish sigh!!.. sori aku terpaksa buat macam tu sebab aku tak banyak masa nak menghadap lappy sekarang ni..

Untuk pengetahuan korang, aku sekarang ni dalam proses pertukaran job scope yang baru, tapi itu bergantung kepada keputusan daripada bos.. kalau dia kata jadi maka jadi la, honestly aku tak teruja sangat pun dengan job baru ni.. aku dah cakap dalam entry kat sini, ada sesetengah perkara tu mungkin kita perlu pertimbangkan antara gaji dan pengalaman demi untuk masa depan yang lebih baik dan kebarangkalian kita untuk pergi lebih jauh.. fuh! bagus tak ayat aku hahahaha...

Oh ya sekarang ni adalah hari kedua aku kat Cameron Highland outstation, aku tahu memang tak sempat nak buka blog kat atas punya.. nak membalas kunjungan bagai, dan yang pastinya cuaca dingin menyelubungi badan aku yang kurus ni hahaha prasan again.. ini aku sertakan gambar aku kat Cameron Highland masa outstation beberapa bulan yang lalu sebagai pengubat rindu korang kat aku selama dua hari tak online blog..keh keh keh..

strawberry korang rindu tak? hahaha.. nah.. banyak kat CH.. orang cakap makan kat atas lagi sedap banding kalau dah bawak turun daripada CH.. btw, strawberry ni tak de la sedap sangat cuma bau dia je yang wangi..

sedang menjamah ice cream strawberry di Strawberry Park.. gua cakap sama lu.. ini memang sedap.. original punya hehehe.. spoil la tangan ni...

bersama budak budak Sirim yang tah mana dah diorang pegi mencari haluan hidup masing masing.. time ni tenga tunggu hidangan steamboat datang.. best dowh makan steamboat kat CH..

Sila imagine betapa seronoknya aku kat atas tu, makan bua sroberi segar.. membeli bela bantal stroberi dan beberapa jambak bunga ros yang wangi pelbagai jenis warna.. sila bayangkan cepat! walaupun sebenarnya aku sedang bertugas, berpanas di ladang tomato arghhh!!.. Go Abu Go (adaptasi daripada Go Diego Go)..

Babab.net