Sudahkah anda pegi ke MAHA2012 kat MAEPS Serdang? bermula 23 November hingga 2 December.. ramai yang tak pegi lagi kan, ada yang duduk jauh tak berbaloi nak datang.. dan tidak kurang jugak yang malas nak pegi sebab malas nak fikir pasal jem selain cuaca yang kurang baik lately.. tapi kalau nak pegi pun boleh, banyak benda benda best kat sana..
Aku dah pegi, tu pun sebab company tempat kerja aku hantar kitaorang pegi menghadiri seminar Food Safety and Security kat sana.. habis seminar tu apa lagi, pegi la mengular..round satu MAHA tu, beli apa apa yang patut.. aku beli durian crepe yerr.. sila maklum hahaha..
Sesiapa yang bercadang untuk bersoping soping menghabiskan duit, sila bawak cash banyak bayak.. seronok gila beli barang barang hasil pertanian kat sini.. macam macam ada..daripada prodak IKS sampai lah ke menan menan budak semua ada dijual.. nasib baik la aku tak bawak banyak duit, selamat dompet aku haha.. even ada disediakan mesin ATM, tapi aku mengamalkan sikap "bertahan!! bertahan!! bertahan!!"..sampai la aku balik.. item last aku beli ialah bontot ayam bakar keh keh.. tapi kurang sedap, tak sama macam yang kat Kundasang..the best bontot ayam bakar ever..
Ok la.. intro dah tiga perenggan.. mari kita layan gambar..nak tengok apa yang ada kat MAHA2012, ini dia sedikit gambar..ada empatbelas keping semuanya..
Seawal 8 pagi kitaorang dah sampai, sebab pendaftaran 8.30.. masa ni smooth gila, keta pun tak banyak lagi.. macam biasala MAHA, paking dia agak jauh.. nak gi dewan seminar tu kitaorang perlu manapak naik bukit..
Habis lunch yang sedap dan semua semua tuh, so kitaorang pun memulakan acara bebas.. kesempatan beb, alang alang dah masuk sini terus je la round MAHA ni.. esok esok tak ye datang lagi..
Kitaorang bermula kat Agro-Bazaar.. kat sini banyak prodak IKS, kat sini la jugak aku beli durian crepe tuh.. emmmm sedap.. oh ya, ada banyak tester jugak, masuk one round pun boleh kenyang.. sampai kena paksa test hahaha.. tak habis telan yang satu.. sorang lagi datang suruh try sate ayam dia.. selain yang ni, kat sebelah bawah pun ada one area lagi..dalam big hall macam green house..
Lepastu naik tram pegi ke laman laman mana yang korang nak, ada laman ikan, laman padi, laman rumah malaysia, laman ternakan, laman nenas dan dalam hati ada taman..
Kitaorang tak pegi banyak laman, singgah kejap kat laman padi pastu pegi kat laman ternakan tengok binatang binatang ternakan dan lembu pejantan.. dan ada orang sebok nak cari susu kambing.. untuk kelihatan 5 tahun lebih muda daripada usia sebenar katanyerrr..
Ini la dia sawah padi yang ada kat laman padi.. lawa, padi tengah masak ranum.. macam nak panggil jentera je soh harvest padi padi ni semua.. kita buat harvest festival pulak kat situ haha.. pandai diorang plan kan, ngam pulak time MAHA padi dia dah membongkok masak..
Ini pulak ialah Padi MR269.. apakah keistimewaan dia pun aku tak tahu.. rentan penyakit mengkali, kot pandai pandai je aku ni hahaha.. malu je aku studied agriculture tapi tak tahu benda benda ni semua.. rasa nak nyorok je masuk dalam karung guni..
Btw, kitaorang tak masuk pun dalam rumah macam muzium dia, banyak info kat dalam tuh kalau korang rajin nak baca.. kitaorang pegi bercamwhoring je hehehe..
Gambar sedikit controversy dalam facebook..yang tak baca comments rasanya ramai yang ingat aku betul betul menang naib johan dapat 1 ribu, siap ada yang whatssap bintak belanja lagi, tak menahan keh keh keh.. bila masanya aku ada lembu pejantan nak bawak masuk bentanding oooi.. agak agak la..
Kambing yang comel..emmmmekkkkk.. inkes ada yang tak reti nak bezakan jantan betina.. yang ada tanduk tu jantan, yang tak de tanduk tu betina.. boleh jugak tengok daripada belakang, yang ada kontol dia tu jantan.. yang ada susu dengan dua puting yang tu betina.. dapat tak?!!..
Yang ni obviously lembu jantan.. even tak de tanduk tapi biji kontol dia nampak kat situ keh keh keh.. ini adalah johan kategori ternakan pejantan unggul.. dia dapat RM1500.. wah!! boleh tahan jantan unggul..
Yang dalam sangkar tu sang kancil dan sang kambing.. yang kat luar pakai baju hitam merah ialah sang sempok keh keh.. eh sori, sang umi laaa.. nak bagi tahu yang hitam tu adalah kambing yang bersayap, jual dengan harga RM9999..
Mula mula ingat sayap macam mana agaknya, curios sangat aku suhhh suhhh kambing tu soh dia berdiri nak tengok sayap dia..kambing kekurangan upaya rupanya, dia tak de tulang pelvis sebelah hadapan.. so dia berjalan nampak macam pelik.. ah korang datang MAHA la kalau nak tengok.. susah betul aku nak terangkan..
Kat sini ada orang bagi tester kambing golek.. emmm sedap kambing golek dia.. aku makan tester dia tapi aku tak beli pun daging kambing golek dia.. sedap serius, makan cicah dengan sos bbq..
Hamboi mak jemah.. pegi seminar ke pagi diner tu hahaha.. glam uolzzz susu kambing dalam pelastik keh keh keh.. time ni kaki jangan cakap la, penant berjalan.. aku ada beli seketul jagung bakar, tulis kat banting dia "jagung ini ditanam dengan penuh kasih sayang".. tapi aku makan tak manis pun..
Kat area ni la banyak jual buah buahan tempatan, time ni ada pertandingan makan buah rock melon.. aku dengar dia cakap guna mike.. kitaorang tak masuk pun, pegi merayau rayau tempat lain..
Dan penggemar bunga mungkin mata korang akan jadi juling kat sini.. terutamanya peminat bunga orkid.. banyak jenis, semua cantik cantik..
Apa apa pun.. sesiapa yang tak pegi MAHA2012 lagi sila lah pegi.. dua tahu sekali beb, esok dah satu haribulan lusa dah habis.. weekend boleh menghabiskan masa dan wang bersama keluarga kat sini.. baru lepas gaji ni.. apa lagi hehehe..
Tag: Gambar sekitar MAHA2012, beli barang di MAHA, Pameran MAHA MAEPS Serdang, beli buah buahan di MAHA2012, beli durian di MAHA, MAHA2012 jem gila, jual bunga di MAHA2012, jalan jalan ke MAHA2012 Serdang, MAHA2012 apa yang best, gambar gambar MAHA..
7 ulasan:
Bestnye....sgt meriah....tp xberkesempatan utk pergi....thanks for the share....
nasib le jauh nun disana.haha
kalau idak mau terbang duit aku tu
p/s: at 1st aku eksaited gak nengok cek besar tu, haha
bila aku tgk betul2 kat situ ada tulis "baka limousin kacukan", haha so tak kan ko ada bawa haiwan peliharaan pulak kan :p
sesak
wah, best wei. Tp apa kn daya, aku duk jauh..
Psl cek, aku xbc pn tulis apa. Igt c0mpany ko hntr pape n ko menang. Rerupanya eksen je lebih. Hehe
ohh inilah dia pokok orkid yg member aku ckp tu.. orkid fav aku !!! ngehehehe alaaa dah abes la ek.. aku bru je nk book tiket flight nk pi tgk jugak lembu ko yg menang tu..keh2 :D
selamat kau explain abu, kalau tak aku pun baru ingat nak mintak lah share sikit keuntungan yang ada tu haha
tak pernah berkesempatan nak pi MAHA ni...padahal sokmo je ade yg ajak...
Catat Ulasan