Khamis, 2 Ogos 2012

Tempat Berbuka Puasa Yang Sedap

Bulan puasa ni aku perati carian untuk tempat makan yang sedap, melantak dan berbuka puasa dalam blog ini naik.. wah wah korang.. mesti time petang petang tiga empat jam sebelum berbuka puasa korang dok syok mengoogle tempat tempat berbuka puasa di sekitar kawasan korang kan hehehe..

Aku bukannya apa, sebab aku dan kawan aku sendiri pun kat opis buat macam tu sebelum balik daripada kerja.. konon konon nak cari tempat berbuka puasa yang sedap hahaha.. ada pulak tu rakan seopis google restoran kat bandar putri puchong, tetiba jumpa blog ni.. terus call aku tanya mana restoran tu haha.. 

Nasi Ganja Ipoh Perak, ada nampak ganja tak dalam pinggan tu hahaha 

Sebenarnya aku nak tepek banyak banyak gambar makanan, tapi tak sampai hati pulak, cukup la satu sebagai penghias entry.. sebab mungkin ada yang baca entry ni time siang.. tengah lapar lapar, kasihan kat korang haha.. aku dapat bayangkan perasaan itu..  

Apa apa pun selamat menjalankan ibadah puasa kepada korang semua, di sini ada beberapa link entry dalam blog.. kot kot sedang cari tempat berbuka puasa yang best kan.. 

Berbuka Puasa Makan Steamboat Di Brinchang Cameron Highlands
Tanjung Harapan Tempat Makan Yang Best
Berbuka Puasa di TGI Friday's Alamanda 
Sesi Berbuka Puasa Dikala Orang Belanja
Restoran Ayam Penyet
Melantak Di Restoran Baser Nasi Ayam Dan Nasi Beriani Kota Tinggi
Melantak Di Seaside Restaurant, Tanjung Kapal Beach
Makanan Laut Di Floating Semporna Sabah
Makanan Nasi Arab Di Shah Alam
Makanan Thai, Sri Ayutthaya Authentically

Btw, sori lama tak berlegar legar dalam blog.. ni pun kena tidur awal sikit (awal la sangat) sebab esok nak naik Cameron lagi, sebab ada Audit..uh.. sangat tak best  nak out station time puasa macam ni..

15 ulasan:

  1. berani laaa ko post gambar makanan byk2.. buat kurang pahala je..

    BalasPadam
  2. jom berbuka di Sabah nuuuuu..hoho!

    kesian auditor berpuasa ni.. :-)

    BalasPadam
  3. nasib ganja ni.
    dekat gila dgn umah aku.

    BalasPadam
  4. ko pos gambar makanan bebanyak lantak ko ABU.. kurang pahala posa ko nti.. hehe






    slm ramadhan,
    cik ana

    BalasPadam
  5. ganja dia taruk dlam sambal....

    BalasPadam
  6. haha..ada ganja ke dalam nasi tu..nama nasi tu mmg superb la..HAHA~

    BalasPadam
  7. nasi ganja ? camne tuh ? -,-

    BalasPadam
  8. tak kesampaian lg nak makan nasik ganja ni bla p ipoh T__T

    BalasPadam
  9. bila nak belanja berbuka ni..hehehe

    BalasPadam
  10. aku dulu sekolah kat ipoh tapi tak tau lak ade makanan name camtu.. mane nye restoran tu bro?

    BalasPadam
  11. nak tanya,abu berat badan kau naik tak ? :P

    BalasPadam
  12. bila dah selalu buat entri pasal mkn...x mustahil blh dok atas dlm search result...teruskan la bro tulis2 pasal tu.

    kdg2 aku takut gak, takut jd mcm ko ni. membe ofice jumpa blog. sebab x ramai yg tau aku ada blog. haha...

    BalasPadam