Ahad, 5 Ogos 2012

Berbuka Puasa Makan Steamboat Di Brinchang Cameron Highlands

Baru baru ni aku naik CH lagi.. sebab ada external auditor datang, boss soh ikut sekali tuk assist auditor tu.. time puasa ni sebenarnya tak suka sangat nak out station, tapi dah kena suruh so terpaksa je la pegi kan.. siapa la kita ni.. "aku urang kampung tiada apa apa, kuli kuli sahaja...bulih bah kalau kau!!"

Nginap kat hotel Titiwangsa Brinchang Cameron Highland.. bagusnya duduk hotel ni sebab dia provide tuk buka puasa dan sahur sekali.. ye la ni termasuk package dia, kalau orang yang tak puasa pun dia provide breakfast dengan diner la kot.. yang bestnya sahur dia hatar pegi bilik..

Audit dua hari.. first day tu dia lambat siap, so kitaorang pun pegi check in agak lewat.. nasib baik la weekdays, boleh walk in terus.. check in bukanya nak pegi bilik dulu, tapi terus pegi kat restoran dia kat bawah, masih dengan pakaian kerja.. dan ini la dia kitaorang berbuka dengan steamboat.. tak de nasik ok..

Hani muka orang lapar nasik!! tak boleh nak tukar menu sebab set tu je yang dia bagi dalam package, kalau nak nasi goreng goreng bagai bayar lain.. tapi aku lek je.. even tiap kali pun iftar selalu terus makan nasi, tapi yang ni pun kira okay hehehe..

Dia bagi tuk set tiga orang.. agak banyak jugak la, memang tak boleh masuk sekali harung dalam periuk ape tah nama dia tuh, kena buat dua tiga trip.. aku tak tahu apa, aku tuang je udang, ayam, ikan, sotong, taufu sayur semua hahaha.. aku dah lapar, tak tahan.. minum chines tea tak de rasa apa..

En. Zahrin pilot kitaorang tolong sekali.. dia ni pun jenis yang suka iftar dengan nasi kot.. tengok banyak lauk dan ada behun boleh sumbat sekali dalam steamboat, so dia pun okay je la.. lagi pun takdan nak mintak goreng goreng, dah lapar sangat hahaha..

Ha memang makanan tuk kesihatan la time ni, sayur sayur mushroom semua segar lagi.. ye la kan kawasan tanah tinggi, tempat orang tanam tanam sayur..

Tapi yang tak boleh bla tudung dia ni..dah nak tercabut da aku tengok.. pesen apekah itu, tak pernah lagi aku tengok gaya macam tu.. tu la banyak becakap, lapar sangat mengkali, pok pek pok pek.. pesen hana tajima la sangat hahahahaha...

Berasap, makan time panas panas.. kena makan cepat, sebab takut over cooked, boleh slow kan api tapi nak masuk second trip lagi.. cicah dengan sambal memang syok..

Ok malas la nak cakap lebih lebih.. bulan puasa hahaha

So, sesiapa yang nak mencari tempat berbuka puasa kat Brinchang Cameron Highlands, kat hotel Titiwangsa ada menyediaknnya, menu steamboat.. hidangan untuk kesihatan hahaha..

Time bukan bulan Ramadhan pun buleh.. menginap kat sini, dan makan disediakan.. mencari hotel kat Brinchang? nah alamat dia:
Hotel Titiwangsa,
Lot, 187 &188 Jalan Besar,
#9100 Brinchang Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 605-4901188/ 4901189


Tag: Penghinapan di Brinchang Cameron Highlands, Hotel Cameron Highlands, Tempat makan sedap di cameron highlands, tempat makan steamboat di cameron highlands, masakan sayur segar

37 ulasan:

  1. room rate brp bro?

    *itu namanya periuk stimbot! belasah jek..

    BalasPadam
  2. weekdays rate 138 included makan makan tu la..

    kalau weekends rasanya lagi mahal kot..

    BalasPadam
  3. kau suka post gambar makanan yang sedap2! aku tengah puasa ni :(

    BalasPadam
  4. melimpah ruah air liur haaa siang2 macam ni. XD

    BalasPadam
  5. krrruuuuuukkkkk
    krrruuuuuukkkk

    oke, perut bunyik!

    BalasPadam
  6. amatla menggugat jiwa raga tgk di siang hari di bulan puasa~ haha

    BalasPadam
  7. Yummy.....rietta xkisah klu xde nasi..,ada meehoon dah kira ok dah....

    BalasPadam
  8. Dh pot pet pot pet smpai bergegar cermin tingkap baru kau kata malas nak cakap ? Cehhh hahaha :D

    Ishkk xde nasik.. Kalau aku pun muka masam..hahahhh :p

    Tudung tu pesen belit2 smpai terjerat leher namanya..yg kau pn dok sibuk ngn tudung dia nk tercabut tu apesal..bukannya dia belit leher kau pon..hahahhh lawak2 :D

    BalasPadam
  9. Ganjil la..pelik bin ajaib..mata aku tak blh tengok benda benda pelik ni, stock utk dibahan hahaha..

    BalasPadam
  10. selamat berposa pokcik..selamat hari raya..hehehe

    BalasPadam
  11. selamat jugak mokcik hahahaha..

    BalasPadam
  12. aku tengok steamboat ni, aku nak pergi serang kedai steamboat besok nak buka pose..

    BalasPadam
  13. Pagi ni ada lagi satu paper utk diselesaikan..tepat jam 12 harini maka bermulalah cuti aku..nyesal lak tak beli tiket yg lg awl..

    Hoii aku mntak member aku yang tak balik tlg tengok2kan..mesti aku rindu hoii sebulan setengah tggal dia

    BalasPadam
  14. bestnyaa.. aku nampak udang tu mcm fresh n baru masak plak.haha

    BalasPadam
  15. astaga..

    kenapa aku bole baca entry ni siang2..??

    dah lah arini perutnya punya lapar lain macam..

    ah..!

    BalasPadam
  16. gua berkata pada diri gua ' sabar ,sabar dugaan ni"

    tapi dalam hati"pergh terliur aku tgk ni" hehe

    BalasPadam
  17. memang terliur gak ni.. lame dah tak makan steamboat.. pas bulan pose kne gak makan camni.. huu

    BalasPadam
  18. bukan alang2 punya buka puasa ni..

    sy mkn nasi ayam ja brp minggu suda...hoho

    BalasPadam
  19. oh kalo akak okeh berbuka tanpa nasik..nak-nak kalu pi buffet hotel lagila akak akan kurangkan nasik sbb nak penuhkan perut dgn lauk-pauk hahah

    BalasPadam
  20. part Hani punya tudung hana tajima tu memg tak leh tahn aku gelak hahaha

    BalasPadam
  21. Suka tengok gambar kawan pompuan awak ni tenung periuk tu..sedih sangat tapi ambil buag hapi sangat..nice pic bro..

    BalasPadam
  22. mmg sgt best makan steamboat panas-panas di tmpt sejuk. teringat steamboat kinabalu pine resort, huhu (:

    BalasPadam
  23. "aku urang kampung tiada apa apa, kuli kuli sahaja...bulih bah kalau kau!!" kah3... lama tia snggh blog kau oo.

    BalasPadam
  24. perhh ! boleh ganti Iqram Dinzly dlm JJCM nanti ni ABU!! kehkehkeh


    sipbaik aku singgah blog kau ni mlm hari.. fuhhh~

    BalasPadam
  25. waahh steambott ! teya pernah makan sekali je kat cinta sayang . tahu ke? hehheeh .

    BalasPadam
  26. eh abu nampak mcm kurus sikit lah :D

    lama tak jenguk belog ko sampai tak perasan ;p

    btw, steambot tu pakei kuah pe?

    ade setengah prefer sup, ade setengah prefer tomyam :D

    p/s: aku suke gak lagu urang kampong tu.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuah sup biasa.. Mmg bolh mntak yg tomyam punya kalau nak..

      Padam
  27. alahai tergodanya aku. hmphh -_-

    BalasPadam
  28. abuuuuuuu,best tak audit2 ni?huhu....company aku bila kena audit macam nak demam sebulan,haha.... jap! nampak gaya muka kau muka rajin masuk dapo ni abu, adakah benar?atau digambar saja :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok la jugak kalau auditee bagi kerjasama.. Kalau tak mmg mcm hanjeng la jugak..

      Padam