Sejarah Kellie's Castle (Daripada Pamphlet)
William Kellie Smith dilahirkan di Elgin Scotland pada 1 MAc 1870 dan datang ke Malaysia ketika berumur 20 tahun untuk mencuba nasib. Kellie adalah nama kepada ibunya. Pada 1905, Smith Mendirikan kediamannya yang pertama, Kellas House. Pada 1909, batu asas istana kedua didirikan sebagai simbol keagungannya.
Beliau menggunakan khidmat 70 orang pekerja yang kebanyakannya daripada Madras. Batu bata dan marmar yang digunakan adalah diimport dari Italy. Tetapi semasa pembinaanya satu tragedi menimpa dan mengorbankan ramai pekerja Smith. Mengikut kepercayaan kaum India kuil harus dibina bagi mententeramkan tuhan mereka.
Istana lama ini mempunyai 6 tingkat menara. sel menyimpan arak, tiang tiang kukuh, arca Mororish dan dinding seni ukir Greco Roman. Terdapat juga ruang legar di tingkat atas untuk berperti dan juga shaft lift yang pertaman di Malaya.
Dalam kunjungan ke Lisbon, Portugal, semasa berumur 56 tahun, Smith diserang penyakit Pneumonia dan meninggal dunia. Kerj kerja terhenti pada Disember 1926 akibat kematiannya itu. Isterinya menjual semua hartanya di Malaya dan dengan peredaran waktu, istana ini kemudiannya bersemadi dalam kenangan. Bangunan ini tidak dapat disiapkan.
Hari ini, penemuan semula istana ini yang dikenali sebagai Kellie's Castle, tegap berdiri walaupun telah dimakan usia.
Menurut penceritaan, di koridor bawah tu la dikatakan penah beberapa kali kelihatan Roh William Kellie Smith masih bergentayangan..
Disinilah tempat dimana tuan Kellie bercadang untuk menjadikannya sebagai ruang tamu.. kawasan yang berbilik bilik ada dua tingkat sebenarnya.. semua bilik besar besar..
Di tingkat atas terdepat beberapa bilik.. ada bilik dikatakan yang sepatutnya menjadi bilik anak lelaki Smith yang bernama Anthony, bilik anak perempuannya bernama Helen, bilik menyimpan cadar, selimut dan tilam, bilik tidur utama dan beberapa tangga rahsia..
Ruang penyimpanan arak yang berada di tingkat bawah.. kawasan ni sejuk dan gelap gila, kitaorang pun guna henpon je suluh turun ke bawah.. seram jangan cakap la, aku mintak cepat cepat naik atas.. member aku ni gila, nak juga tengok sampai ruang yang paling last hahaha..
Kat sini juga ada laluan masuk ke terowong bawah tanah tetapi telah ditutup oleh pihak muzium pada tahun 2003 oleh sebab keselamatan..
Kellie Smith dalah seorang toke ladang getah yang berjaya pada ketika itu.. dia membina istana ni sebagai tanda cinta ke akhir hayatnya kepada isterinya yang bernama Agnes.. ala ala lebihkurang macam Taj Mahal di Agra tu la.. Istana Cinta gitewww... tapi malangnya istana ini tidak dapat disiapkan dan Kellie Smith pulak meninggal..
Rumah Kellas .. ini merupakan rumah kedua William Kellie Smith. Di bina pada tahun 1904. Rumah ini sempurna diduduki semasa mereka berada di sini. Ianya hanya roboh semasa perang dunia ke dua.
Pada 28/11/2007 seorang lelaki cicit William Kellie Smith pernah datang melawat istana lama ini.. nama dia Allistar Boston Smith lahir pada 1980 dan sekarang menetap di Woodlane Beverly Hill England.. nak tengok rupa dia, pegi la Kellie's Castle, ada gambar dia tepek kat sana..
Dan obviously Boston Smith bukannya budak yang selak kain kat atas tu.. hahaha
Helen (bukan gambar budak kat atas tu), anak perempuan Kellie Smith pernah dilihat oleh pengunjung menjelma beberapa saat di pintu di salah satu Bilik Anak Perempuan.. apa yang mereka lihat dalah Helen memakai blouse berwarna putih, berambut kerinting dan berumur dalam lingkungan 6 tahun..
Mungkin ada benarnya mengikut cerita dahulu kala yang mengatakan semangat roh William Kellie Smith measih merayau rayau di sepanjang koridor istana ini...
Nak tahu cerita lebih mendalam disebalik istana lama Kellie's Castle.. berkunjungla ke Batu Gajah Perak.. dan untuk pengetahuan korang ramai gila orang buat pre wedding photoshoot kat sini.. time kitaorang datang ada lima pasang bakal pengantin buat photoshoot.. hebat, memang Castle of Love la..
Tag: Misteri Kellie Castle Batu Gajah Perak, Hantu Istana Lama, Pre Wedding Photoshoot Di Istana Lama, Jalan jalan di Batu Gajah Perak, Apa yang ada di Kellie Castle..
24 ulasan:
da jadi blog pra-sejarah ni
haha
hahaha..aku yg dok perak pon tak penah pi situ lg...
aku xpernah lagi pergi sana.. hehe nnt aku nak shoot kawen kat sana la.. wahh
typo detected. Tadang ? gagaga. -,-
btw, lawa tau tmpt ni. mcm mau pigi sana seja. tp ndada rejeki. haha. XD
kita yg duk dekat area2 situ tak pernah jejak lagi,cuma lalu je.
jom terokai negeri Perak,ewah ewah
mcm best lah..best ni kalau dibuat filem hehe
Benah bua pengambaran the making of kellie castle.. Utk dokumentari la kali..
ko lah cikgu sejarah paling peveret akak dalam dunia!!!!
laipun aku mmg salu tepengaruh gn cite cite sejarah ni. hebat betul.
tu rumah lama dorang klu tak runtuh dek perang aritu mesti sangatlah cun dan makan rege berjuta gaknye skrg ni.
Kan.. Mau tak mahal.. Ni pun dah kira munimen bersejarah yg sgt bernilai.. Wah gitu hujah aku hahaha..
baru lepas lalu kat depan castle tu aritu.
tapi tak sempat singgah.
masa tu ontheway nak ke teluk intann.
:D
La.. Rugi la... Tepi jalan je kotttt...
awk mmg minat sejarah2 lama lgi mistik ne ek?? nice foto semuanya..(^_^)
cik suke bende2 camni..klasik + cool !
aku suka tempat-tempat bersejarah macam ni, tapi takdan p lagi wei...
dah macam tgk Majalah Tiga ni... :-)
haha. dah mcm bace buku teks sejarahhh okehh. peberet subjekk. aummm
aku tak pernah tahu pasal sejarah istana ni..dan kini aku sudah tahu..
terima kasih pada tuan..
kehkehkeh..
amboi, cari apa bawah meja tu abang ?
oi bile dtg ipoh?
awat tak habaq?
haha..
ipoh to kellie castle 45min je kot ;p
p/s: tentang hantu tu mebi betul kot, sbb dulu pakcik aku drive ke sana waktu malam then die rasa kete die berat je bile lalu depan istana tu -,-'
aku yang dok lame kat perak pun tak pernah jejak lagi istana ni bro.. maybe sebab cite istana ni berhantu r kot.. seram
gambar sumpah cantik hehehe!
ingatkan dekat luar negara.. rupenye dekat perak je..
sampai ke sudah la terbengkalai...x penah lg dengar ada castle ni kat malaysia...tau a famosa je. tu pun baru sekali jejak. haha...
Catat Ulasan