Khamis, 15 Mac 2012

Moment Moment Biasa Bercuti di Kampung Halaman

Hi semua.. first macam biasa la nak mintak maaf sebab tak dapat nak bw.. korang datang kat blog buruk aku ni tapi aku pulak tak buat kunjungan balas.. statement basi yang diulang ulang hehe..

Ya serius aku sedang berada di kampung Lahad Datu, Sabah.. line internet macam hanjeng, kadang 3G, kadang GPRS, kadang lagi EDGE.. tinggal lagi 3GP je belom.. slow yang amat, selalu online kat twitter dan fb je, tu pun guna henpon cap ayam, ok la jugak.. nak blogging mampos la betri cepat abis cas.. so kalau nak berkeep in touch follow la kat twitter @ashgive.. wah gitu sempat lagi promot acc twitter kah kah kah..

Tengah malam ni time aku menguap nguap line ok pulak sikit.. so dapatlah update entry dengan beberapa gambar..

Sofar tak de lagi apa yang best berlaku kat kampung, just spent time dengan family je kat rumah, lagi pun cuaca kat Sabah macam tak ok sangat, asal petang je hujan asal petang je hujan.. asal hujan je petang.. macam tu la.. nak jalan jalan pun macam tak best..

Oh ya, gambar kat atas tu ialah sayap pesawat AK5152, suka ambek gambar daripada atas, nice kan.. AirAsia je, tu pun tiket promo, tak pe la yang penting  'sekarang semua orang boleh terbang'...

Kalau korang nak tahu ini la bandar lahad datu.. satu gambar aje, ni pun view daripada terminal.. besar gak bandar ni, bandar ke empat terbesar selepas KK, Sandakan, dan Tawau.. dan ia masih terus membangun, tiap kali balik cuti ada je perubahan yang aku tengok.. fyi, tak silap aku tanah paling mahal kat sabah ni kat lahad datu la, mengalahkan KK mengkali..

Kat rumah tak de apa nak buat, aku ada dua anak buah yang nakal, kepoh dan banyak tanya hahaha.. pening aku layan karenah diorang.. sekarang ni diorang tak tagih pulak basikal yang aku cakap nak belikan tu.. harap harap la diorang tak tagih sampai aku balik KL nanti.. hahaha..

Waktu malam selalu je ajak main cekgu cekgu.. masalahnya dia nak ajar aku bahasa cina, jadah apa dia cakap aku pun tak faham, siap nyanyi lagi.. adoi! malu aku dengan budak budak ni..

Paling best, aku dah ada passport ngeeee.. pasni boleh la pegi Europe, USA, Korea, Jepun, Middle East semua negara.. ok berangan jap.. hahaha.. malu gak, orang dah lama buat, aku je ni yang ketinggalan, baru tekedek kedek kat imigresen mintak buat pasport..

Ni gambar time rumah aku kena fogging petang tadi oleh pegawai kesihatan, anak jiran sebelah rumah dijangkiti demam dengue, dia dah kena tahan di hospital.. ada kes dengue macam ni baru la kesihatan kengkabut nak fogging bagai.. disebabkan sorang tu kena jangkitan, satu kawasan perumahan kena fogging, bagusla macam tu.. 


Beginilah suasana kawasan perumahan time kena fogging.. aku tengok macam perang di asia barat jek kah kah kah.. semua orang kena keluar daripada rumah time asap tu kena sembur.. so macam tu la keadaanya..

Empat hari berlalu tak de apa yang gempak berlaku, semua moment moment biasa aje.. cuma pagi tadi je aku pegi Kinabatangan, tu pun sebab urusan kerajaan, tak de pun jalan jalan.. sesekali gak pegi Kg. Burung rumah pakcik aku, tangkap burung.. aku tipu..

Esok ingat nak jalan jalan kat Tawau dan Semporna.. kalau jadi la, barang pun dah packing ni, cuma yang pasti nak ke Pulau Sipadan tu memang tak sempat.. dengar dengar diorang tak galakkan sebab sekarang musim hujan dan angin kuat.. emmm.. sodih..

39 ulasan:

anak ayah berkata...

org LD ke? wooooo.....
siryesly. dlu penah stay kat bandar sahabat for a 7 years.

syafiqa berkata...

hahah amboi amboi.
jadi bapa sementara lah kau melayan
anak buah je.hihi..alah bu,sini pun hujan je.pagi dah mendunggg -.-
err,selalu kena ada kes,baru nak bertindak fogging bagai kan.
Abu,nak ole ole.lalala..

anys nadhilah berkata...

wow , semua booleh terbang , tp anys tak terbang2 lagi , sedeh , hehe

dill berkata...

cuti sakan die...

dill.

semutsengal berkata...

waaaa,


6 hari cuti tuuu. sakan sakan.


kau taknak tunjuk gmbar awek LD ke ?

lieynanilaz berkata...

amboih cuti lama nampak....kalau cuaca elok mesti kamu dah panjang langkah..haha.

[sutera kasih] berkata...

duiii..plg sabah x bgtau..kalo ko plg guna MAS, boleh jgk jumpa sini airport, lepak2..begambal2 kasi jeles org haha..jd bla ko plg?

syakirahmn berkata...

bukan kau baru cuti2 mesia ke abu hr tu. dah cuti lg? sakannnn. balik kampung best pulak tu....

blog-tips-kurus berkata...

oooo... amek gmbr dlm kapal yek??? dok atas sayap ke?? :-)

Wadi AR berkata...

mohon bawak gua nak flight

Aki berkata...

oi, bawa ikan masin sama bilis balik KL.. :D..

dear anies berkata...

ada la sket2 mcm kt asia barat hehehe bezanya kt sn xde org pakai jersi mesia heheheh

Cik TeN10 berkata...

passport dh ade tu tggu ape lagi.. mai r jejalan japan ni.. =P

kt kampung xbuat pape pun still terbaik.. home sweet home ! hehe aku rindu beno nk balik kg.. tp cuti sebulan ni mmg takleh balik la.. kena pindah umah settle scholarship segala.. pumpang pumpang abes cuti sebulan..

Unknown berkata...

wahhh bestnya.. aku dah lama tak pegi sabah.

~Sal Ismail~ berkata...

aku xde account twitter weh..ketinggalan x aku..heheh~

aku nak g singapore passport blom buat weh..haha~

hanjila berkata...

happy holiday (:

Ezad Skytech berkata...

> sempat lagi promote akaun twitter tu...HAHA...

> kalau naik flight, aq paling suka kalau dpt tempat tepi sayap ni..best...haha~

> aq takde passport lagi wei...HAHA

> fogging..biasa la..da ada kes baru terhegeh2 nak buat...huhu~

> skrg mmg musim hujan pun...huhu~

Ce'gu JAERA berkata...

hahahahaha... mmg kelakar la ko ni bro.. memang line kat tempat kita ni dua kali lima jugak... Tawau line slow macam apa jak situ.. bikin panas..

Aien Not Alien berkata...

fogging dilakukan bila ada kes untuk jimatkan kos...hehehe..


semua tempat cuaca tak menentu, kejap panas kejap hujan...inilah cuaca 2012 :)

Nora Shahaira berkata...

huwaaaa...jauhnye kampung...memg jarang balik le ye...
usahkan kat sabah nun...kat kg akak nora yg kekononnya dah maju pun payah line nye..

RHI berkata...

jangan buang masa, kalau bercuti habiskan dengan keluarga baru best kan?

Liyana Zahim berkata...

Nnti aku dtg sabah kat LD aku cri ko k abu.. :)

ch000tz berkata...

cun! bila gi bercuti nnti jangan lupa belikan fridge magnet eyh heheheh :D

Hanif berkata...

bercuti dan denggi......emmm...
Selamat bercuti!!

adan berkata...

ko orang LD.. Budak LD ni terkenal dgn rempitnya.. btl kn..kan..

Tanpa Nama berkata...

mehla ajak aku g kampung kau . haha

iAmCekbolat berkata...

Abu org SABAH ? mcm tak caye je aku =_="

nnt bwak bolat jenjalan sane.. XD

Afzainizam berkata...

ohhhh sekali lagi ko balik kampung.... rasanya macam hari tu jer ko baru balik sana ni balik lagi kahhh...


wooo tak jadi gi sipadan kerrr.... tak ada rezeki nak kesana.... lain hari lain kali ada peluang....lehh layan sipadan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip jumping bateri kereta kong

Unknown berkata...

pakcik.. xde line lg ke kat sana? :P

Tanpa Nama berkata...

hsotel chemay selalu kena fogging.
sebab KKM nak jaga keselamatan bakal2 pekerja dia ni kann.
:)

Abu Bagi berkata...

faridah.. ada je tapi kadang slow..

chemay.. bagusla, jururawat kena sihat dulu baru blh rawat pesakit ye dak..

Hanie Dew berkata...

Walaweh..blk kg bah dia rupanya...org LD rupanya ko ni.hehe..best wooo blk kg. Aku ni raya la baru,pat blk.sua kerja susah mo cuti..

Psst..aku blk raya nnt pun bru mo buat passport.kahkahkah

hani berkata...

aaahhhhh...
sonok la balik kampung, pastu jenjalan lagi..
pastu ole ole aku mana?

Unknown berkata...

bila la aku nak buat passport ni.. senang sikit nak kemana mana nanti

Abu Bagi berkata...

Sila la buat sekarang.. 100 je tuk dua tahun.. Senang Sikit kot2 tetiba nak gi Singapore ke, Thailand ke bali ke, Uzbekistan ke eh!!

APAN berkata...

momment2 biasa ni jadi menarik sebab ada gambar cantik.mesti dr DSLR yg mhl tu.hehe...

kira seminggu la ni cuti...sedap la kalau lama x balik.jngn lupa simpan duit gak sikit buat kawen :)

Juliet_iRa~" berkata...

wahh bestnya bestnya..hee..

nt nak tnye mcm2 psl sabah blh?;p...

skang mmg musim hujan je kan?

Abu Bagi berkata...

Blh tanyala apa2 hehe.. Hujan jugak la..Tapi kadang tak jugak, pendek kata tak menentu la..

Add la kat twitter kalau nak tnya lebih, lgi senang.. Sb kalau kat blog ni kadang aku tak perasan..

Kancil 8349 berkata...

bila kamu cerita pasal LD nie...rindu plak Kancil dengan tempat nie...dengar2 Pasaraya Giant dah buka di LD

Babab.net