Siapa tahu sebenarnya Malaysia memiliki ladang anggur yang terbesar di Asia Tenggara.. wah hebak la Malaysia ni, boleh tanam anggur kat low land..
Ladang Anggur Tasik Beris ni terletak kat Sik Kedah.. fuh! jauh gak tempat ni.. kalau daripada Sungai Petani lebih kurang dalam 50 minit gak la.. sesat salah masok simpang, salah jalan, U turn bagai lebihkurang 2 jam la kot kah kah kah.. sebenarnya nak cari ladang anggur ni kitaorang telah sesat, tahh! empat kereta salah masuk jalan hahahahaha.. masuk dalam ladang getah...
Ladang Anggur Tasik Beris memulakan operasi diorang sejak 2007.. err outdated betol aku ni, tak tahu pun ada ladang macam ni dalam negara kita.. ya la kan ladang ni terletak area Sik hulu sana, mana nak tau..
Gini la rupa paras pokok anggur tu, alaa.. macam tanaman hiasan aje.. ladang anggur terbahagi kepada dua seksyen, iaitu Ladang Anggur Perdana Telaga Batu dan Ladang Anggur Sungai Enam Sik Kedah.. seksyen perdana ni la yang dibuka untuk orang ramai tuk lawatan.. keluasan 4 ekar dan ditanam dengan lebih kurang 1000 pokok anggur..
Kalau korang sampai sini korang berpeluang tuk membeli buah anggur tempatan, cake anggur, jus anggur, key-chain anggur, baju anggur, topi anggur dan wanita anggur keh keh keh.. oh ya, ladang anggur ni menghasilkan 4 jenis anggur iaitu White Melaga, Black Grape, Black Opal dan Loose Pelite.. emm macam macam, tapi aku beli yang kat atas tu aje.. aku tahu anggur itam dan anggur ijau, yang ijau tu lagi manis daripada yang itam.. tak percaya pegila Sik beli dan rasa.. jauh tuuu...
Kepada sesiapa yang nak sangat tengok cam mana anggur di tanam dan rupa bentuk pokok anggur itu, so di sini la tempatny.. tak yah nak pegi eropah luar negara bagai, di sini pun ada...
Bayaran masuk ialah RM 4 henggit bagi dewasa dan Rm 2 bagi kanak kanak.. ada sales gallery, surau dan tandas.. err tandas pun mau cakap kah!! hahaha.. ok kat sini ada tasik beris yang lawa.. serius lawa.. tak tipu..
Ini la wanita wanita anggur.. pakai baju kurung gi ladang anggur mahu tak vogue hehehe.. sebenarnya kitaorang daripada rumah member kahwin.. so pecah lobang dah, entry ni entry basi keh keh keh.. tak pe la basi pun basi la ya.. yang penting aku dah bagi tahu kat korang kat Kedah ada ladang anggur.. untuk korang yang tak pernah tahu la, sama macam aku..
Anggur adalah antara buah favourite aku.. bukti tengok tu aku melahap anggur setangkai sekali harung.. fyi, anggur adalah buah yang kaya dengan vitamin A, C dan B6 selain mineral lain seperti kalium, kalsium, fosforus, magnesium, besi dan lain lain.. dapat merawat sembelit, senak, keletihan, gangguan buah pinggang dan pencegahan katarak mata.. see bagus kan..
38 ulasan:
saya tau pasal ladang ni tapi tak sampai lagi...
amboi kemain pelahap..haha.
anggur memang sedap
Hehe.. Mau tak sedap..
bestnyer ! one day nak prgi jugak lah, hehe
yaii..lo iyepun..nak melahap setangkai/nertangkai2 anggur tue..dduk la dlu. karang bertmbah ag 1 halkum. hahaha :D
Ok aku pun baru tau pasal ni.. Apsal kawan aku yang pernah belajar sana tak pernah bagitau pasal ladang ni ek?
Cantik je tempat dia, siap boleh lepak² macam dekat warung..
Ladang terbesar siap ada wanita anggur, tandas lagi tu.. ;D
bila nak outstation kedah ni... ;)
mmg fav gila ni...:)
Wanita anggur...kekekekeke memang best..
Bro..gambar makin cantik kau ambik... almost all great photo ,aku suka gambar no 2 tu
anggur..buah feveret
Tudiaaa abu mai kedah xckp. Dekat dah kot :(
haihh. teringin pulak nak p.
If you are Sabahan and Sarawakian, please check this.
Sabah Sarawak Keluar Malaysia
http://www.facebook.com/groups/betterState/
Perjanjian 20 Perkara yang dimungkiri
http://www.youtube.com/watch?v=flm1Mi8SegI&feature=related
Sabah Sarawak Want Their Rights Back
http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html
Thank you, GBU.
kiranya aku lagi outdated dari kau lahni sebab aku baru tahu bila baca entri kau nih. comel gila aku kan?
arituh aku gi kawan aku kawen kat sik pun tidak diberitahu mengenai hal ladang anggur ini! marah marah marah kepada beliau!!
wahhh... bestnyaaaaaa :)
aku pun x pernah tahu kewujudan tmpt ni di tanah melayu...aku pun suka mkn anggor.bila menyewa ni, x terbeli sudah...tengok harga mhl semacam... :)
dah anggur pulak. mohon seguni
weeehhh. dtg kg saya....dh balik ke?
lama gila lar weh tak jenguk sini.. yuhuuu.. orang kedah pun belum pergi ladang anggur .. wakaka
baru ku tau di M'sia ada tanam anggur..noob nya aku -_____-"
heheh ingatkan yang sederet tu buah anggur tadi heheheh :p
amboih, gamba nak feel macam raja bersantap atas takhta ja. hahaha
erkk.. malu aku wehh !! aku yg mmg anak jati kedah pn blom penah jejakkan kakii ke ladang anggur tu.. keh3 ye la dok sibuk jelajah tempat org smpai tempat sdri tak berkesempatan nak jelajah.. xpe.. dekat je ngn umah nenek aku.. bila2 pn boleh pergi.. hihi
uik..siyes..aku pun baru tau ni Abu..huhu~
asyik berjalan je abu.
jeles niiii.
T____T
Tu sebab la aku ske blog ko.. Bnyk tmpt ko pg bnyk gmbr.. Weh jomla skali p menembak dgn aku... :)
urrmmmmmm.....love anggur =D
slrrrppppp..sll kalau umah kawan2 knduri kawen, mst aku mintak dlu..
Aku duk Kedah tapi tak tau pun. Aku tau ladang anggur ada kat Perlis saja. Adeh, ketinggalan juga la aku ni.
Masa aku pergi ke Empangan Beris (orang Utara panggil Berih) tak buka lagi. Dah siap tapi tak leh masuk lagi. Hihi~
wahhhhhhhh syioknyaa.... akan anggur fresh dari ladangg,,,, perghhh teringin nak p sana
balik kampung duk lalu kot situ jugakk tapi tak pernah singgah lagi, heeeee. asal pi tak ajak ni? :P
waaa.. teringin nak pegii.. hari tu pi cameron, ade tempat tanam anggur. tapi die tak bagi masuk. huhu
serius...aq pun baru tahu ni bro...HAHA...kalau ko tak up entri ni..mungkin aq takkan tahu sampai bila2...hee~
amboi, tamak ke tuu abu ?
bak sebakul !?
wahhhhh segugus anggur masuk mulut....
mmg baru tau ladang tu terbesar kat asia tenggara rupanya... hebatkan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pemasangan sticker bomb kereta
Ske t je ko ckp kg aku hulu ek..hmm...well..4 my asigmnt ingt nk wt story ttg ladng aggur kt kg aku ni..biar sumer org tau..hehe...
Salam kenal..datang nak mohon sharing copy info di blog ini ye.
dengar menarik.tapi x pernah pi lagi.tak apa hari ni try pi tgk
Catat Ulasan