Hari ni dan esok adalah publick holiday bagi negeri Sabah sebab diorang tengah meraihkan hari kemuncak Pesta Kaamatan Peringkat negeri di Pinampang.. huhu meriah la gamaknya.. tahu tak korang Pinampang tu lah pusat kebudayaan bagi masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.. kalau korang datang Sabah rugi kalau tak pegi Pinampang.. tambah tambah lagi kalau time macam ni.. seronok tengok budaya masyarakat tempatan..
Menurut kepercayaan orang Kadazan Dusun, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan (makhluk halus). Bambaazon adalah pencipta, berkuasa dan amat memuliakan tanaman padi sebagai sumber makanan...
Kemuncak Pesta Kaamatan atau juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' (Harvest Festival) ada pertandingan Unduk Ngadau 'ratu cantik' tarian tradisi sumazau, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan iaitu ketua pendita.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan..
16 ulasan:
singgah kk je kalau pegi sabah.wahh..pertandingan ratu cantik pun ada.
fuyoo ratu cantek tuh..
alamak, tak pernah sampai lg lah bro dekat sane.. mcm maner nk tgok semua yg dityngkan tu..ad on9 tak>> huhu
belum pernah sampai sabah lagi..
dh lama tringin nak bezakn setiap kaum kt sana coz kalau dr mata kasar nampak mcm sama je semua kaum. padahal sangat berbeza kan.. :)
sumandak . hahaa .. baa , aku pun nda pernah pi pinampang . tapi kalau kau mau pelempang aku boleh kasi . mwahahaaa .. lempang laju2 selajunyaaaaa ..
Susahnya Si Kacak dan Cantik
teringat time belajat sejarah time sekolah dulu...
mende2 gini la masuk ada gak masuk exam.huhu...
den xtau psl pesta kaamatan ni...xpernah pergi sabah..
oooo ingatkan hari gawai.. huhu tak faham ayat dia.. orang sabah rupanya ingatkan sarawak..
ayt last tergeliat lidah nk sebut :P
hari tu paper psk ada keluar Pesta Kaamatan disambut oleh orang apa...pergi jawab Sarawak...uwaaa! salah la ni :'(
teringin nk paki baju hitamtuu..
besi besi y berat tuhh..hee=)
wahhh siap ade ratu cantikk..
teringin lah nak pergi sana
:)
dah lama aku teringin nak main teka teka dgn ko abu.. aku nak teka, ko nih kaum melanau kan..?? jika ya, taip ya dan hantar ke keluhkesahkudin.blogspot.com
hahaha
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy pasang sticker carbon fibre
Hari Kaamatan
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazans / Dusuns sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'.
Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta , Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.
Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.
meriah jer kan..
yg aku igt pkataan bobohizan je, tu ms sejarah tingkatan brp ek?
Catat Ulasan