Ahad, 5 Ogos 2012

Berbuka Puasa Makan Steamboat Di Brinchang Cameron Highlands

Baru baru ni aku naik CH lagi.. sebab ada external auditor datang, boss soh ikut sekali tuk assist auditor tu.. time puasa ni sebenarnya tak suka sangat nak out station, tapi dah kena suruh so terpaksa je la pegi kan.. siapa la kita ni.. "aku urang kampung tiada apa apa, kuli kuli sahaja...bulih bah kalau kau!!"

Nginap kat hotel Titiwangsa Brinchang Cameron Highland.. bagusnya duduk hotel ni sebab dia provide tuk buka puasa dan sahur sekali.. ye la ni termasuk package dia, kalau orang yang tak puasa pun dia provide breakfast dengan diner la kot.. yang bestnya sahur dia hatar pegi bilik..

Audit dua hari.. first day tu dia lambat siap, so kitaorang pun pegi check in agak lewat.. nasib baik la weekdays, boleh walk in terus.. check in bukanya nak pegi bilik dulu, tapi terus pegi kat restoran dia kat bawah, masih dengan pakaian kerja.. dan ini la dia kitaorang berbuka dengan steamboat.. tak de nasik ok..

Hani muka orang lapar nasik!! tak boleh nak tukar menu sebab set tu je yang dia bagi dalam package, kalau nak nasi goreng goreng bagai bayar lain.. tapi aku lek je.. even tiap kali pun iftar selalu terus makan nasi, tapi yang ni pun kira okay hehehe..

Dia bagi tuk set tiga orang.. agak banyak jugak la, memang tak boleh masuk sekali harung dalam periuk ape tah nama dia tuh, kena buat dua tiga trip.. aku tak tahu apa, aku tuang je udang, ayam, ikan, sotong, taufu sayur semua hahaha.. aku dah lapar, tak tahan.. minum chines tea tak de rasa apa..

En. Zahrin pilot kitaorang tolong sekali.. dia ni pun jenis yang suka iftar dengan nasi kot.. tengok banyak lauk dan ada behun boleh sumbat sekali dalam steamboat, so dia pun okay je la.. lagi pun takdan nak mintak goreng goreng, dah lapar sangat hahaha..

Ha memang makanan tuk kesihatan la time ni, sayur sayur mushroom semua segar lagi.. ye la kan kawasan tanah tinggi, tempat orang tanam tanam sayur..

Tapi yang tak boleh bla tudung dia ni..dah nak tercabut da aku tengok.. pesen apekah itu, tak pernah lagi aku tengok gaya macam tu.. tu la banyak becakap, lapar sangat mengkali, pok pek pok pek.. pesen hana tajima la sangat hahahahaha...

Berasap, makan time panas panas.. kena makan cepat, sebab takut over cooked, boleh slow kan api tapi nak masuk second trip lagi.. cicah dengan sambal memang syok..

Ok malas la nak cakap lebih lebih.. bulan puasa hahaha

So, sesiapa yang nak mencari tempat berbuka puasa kat Brinchang Cameron Highlands, kat hotel Titiwangsa ada menyediaknnya, menu steamboat.. hidangan untuk kesihatan hahaha..

Time bukan bulan Ramadhan pun buleh.. menginap kat sini, dan makan disediakan.. mencari hotel kat Brinchang? nah alamat dia:
Hotel Titiwangsa,
Lot, 187 &188 Jalan Besar,
#9100 Brinchang Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 605-4901188/ 4901189


Tag: Penghinapan di Brinchang Cameron Highlands, Hotel Cameron Highlands, Tempat makan sedap di cameron highlands, tempat makan steamboat di cameron highlands, masakan sayur segar

Khamis, 2 Ogos 2012

Tempat Berbuka Puasa Yang Sedap

Bulan puasa ni aku perati carian untuk tempat makan yang sedap, melantak dan berbuka puasa dalam blog ini naik.. wah wah korang.. mesti time petang petang tiga empat jam sebelum berbuka puasa korang dok syok mengoogle tempat tempat berbuka puasa di sekitar kawasan korang kan hehehe..

Aku bukannya apa, sebab aku dan kawan aku sendiri pun kat opis buat macam tu sebelum balik daripada kerja.. konon konon nak cari tempat berbuka puasa yang sedap hahaha.. ada pulak tu rakan seopis google restoran kat bandar putri puchong, tetiba jumpa blog ni.. terus call aku tanya mana restoran tu haha.. 

Nasi Ganja Ipoh Perak, ada nampak ganja tak dalam pinggan tu hahaha 

Sebenarnya aku nak tepek banyak banyak gambar makanan, tapi tak sampai hati pulak, cukup la satu sebagai penghias entry.. sebab mungkin ada yang baca entry ni time siang.. tengah lapar lapar, kasihan kat korang haha.. aku dapat bayangkan perasaan itu..  

Apa apa pun selamat menjalankan ibadah puasa kepada korang semua, di sini ada beberapa link entry dalam blog.. kot kot sedang cari tempat berbuka puasa yang best kan.. 

Berbuka Puasa Makan Steamboat Di Brinchang Cameron Highlands
Tanjung Harapan Tempat Makan Yang Best
Berbuka Puasa di TGI Friday's Alamanda 
Sesi Berbuka Puasa Dikala Orang Belanja
Restoran Ayam Penyet
Melantak Di Restoran Baser Nasi Ayam Dan Nasi Beriani Kota Tinggi
Melantak Di Seaside Restaurant, Tanjung Kapal Beach
Makanan Laut Di Floating Semporna Sabah
Makanan Nasi Arab Di Shah Alam
Makanan Thai, Sri Ayutthaya Authentically

Btw, sori lama tak berlegar legar dalam blog.. ni pun kena tidur awal sikit (awal la sangat) sebab esok nak naik Cameron lagi, sebab ada Audit..uh.. sangat tak best  nak out station time puasa macam ni..

Babab.net