Jumaat, 11 Mei 2012

Jalan Jalan Di Bandar Melaka Kota Bersejarah

Aku dah sampai Bandar Melaka.. ya dah sampai akhirnya hahaha.. lama dah aku nak datang sini tapi tak de kawan nak pegi.. beberapa bulan yang lalu budak opis berapi cakap nak jalan jalan kat Melaka Bandar Bersejarah, pusing pusing tidur kat hotel naik public transport bagai... tapi sampai hari ni tak dop.. kencing je diorang tu semua hahaha..

Dulu pernah sampai Melaka, tapi kat Pangkalan Balak, dengan bebudak opis jugak la... kat sana pantai, best gak.. mandi mandi, babikiu tidur kat chalet.. asyikkk... masa tu aku tak de blog lagi, so tak dapat la nak show off..

Tapi kali ni aku nak tunjuk beberapa keping gambar yang aku tangkap masa kat Bandar Melaka.. ya 'tangkap' gambar macam tangkap ikan pulak kan.. sikit je, takut nanti page ni berat pulak.. ye la kan, padahal aku dah dapat rasa blog aku ni memang dah berat.. banyak sangat tepek gambar mengkali..

Pada awalnya kitaorang sebenarnya tak plan pun nak masuk bandar melaka.. masa on the way pegi Kluang hari tu tetiba kitaorang decide tuk singgah.. kira memang dah petang, pegi tempat mana yang sempat aje..

Kat bandar dia memang banyak bangunan bangunan lama yang menarik.. aku suka tengok bangunan kedai yang nampak old school.. Church of St. Francis adalah antara banguanan yang nampak ohsem betul betul kat tepi jalan.. gambar ni pun aku tangkap daripada atas kereta aje... tengok tahun dibina bangunan ni, 1849 beb.. bapak lama, dah berusia 163 tahun..

Nasib baik dapat parking dekat dengan balai polis.. kat bandar melaka payah gila nak cari parking, sesak dengan bas bas pelancong, keta orang luar yang masuk, orang bejalan jalan lain lagi banyak beca yang pasang lagu kuat kuat.. dekat dengan tempat kitaorang parking ialah muzium... ooooo baru aku tahu kapal besar yang tak bergerak tu rupanya muzium..

Kalau nak masuk dewasa kena bayar 3 ringgit dan tuk kanak kanak pulak kena bayar 1 ringgit.. masa lawatan ialah daripada pukul 9 pagi sampai 5 petang.. diorang cakap tiket tuk muzium ni boleh jugak digunakan tuk masuk ke Kompleks Muzium Maritim iaitu Muzium TLDM, Musium Samudera II dan jugak Replika Kapal Flor De La Mar..

Depan bangunan putih ni ialah tapak Kubu Frederik Hendrik, tu dia siap siap pagar lagi.. kubu ini ialah sebahagian daripada bekas tapak Kota Melaka yang dibina oleh Portugis, dikatakan jugak bagunan ini terletak berhampiran dengan Istana Sultan dan rumah rumah Pembesar Melaka pada ketika itu..

Semasa Pemerintahan Portugis, Kota Melaka dilengkapi dengan pembinaan kubu di setiap penjuru. Kubu Caurassa menjadi kubu pertahanan utama Portugis yang menghadap ke laut Selat Melaka. Apabila Melaka ditakluk oleh Belanda pada thaun 1641, kubu ini telah diperbaiki dan dinamakan kubu Frederik Hendrik sempena nama Raja Hendrik yang memerintah Belanda pada tahun 1642 hingga1647.


Kubu Frederik Hendrik dahulunya sangat penting sebagai pertahanan di Kota Melaka. tentera yang berkawal di atas kubu ini dapat memberi tindak balas jika terdapat ancaman yang datang daripada Selat Melaka.. dahulunya ia dilengkapi dengan meriam, peralatan perang, menjadi post utama dan jugak telah menyimpan banyak khazanah sejarah lama yang memberi gambaran kekuatan yang dimiliki oleh kerajaan Melaka, Portugis dan Belanda...

Wah ok.. nampaknya kita belajar sejarah Melaka pulak dalam entry ni hahahaha...



Gambar kat atas ni pulak ialah Kereta Bomba Lama dan Jentolak Oliver.. Kereta Bomba Lama ni telah memulakan operasinya pada 1939.. pada tahun 1942 ia telah dipindahkan ke Singapura oleh British.. tetapi telah dipindahkan semula ke Melaka oleh Jepun selepas perang dunia ke dua.. manufacturing date 1937 (?) dan pembekal, Dennis Turbeni, England ..   

Jentolak Oliver pulak ialah jentolak kecil yang bergerak melalui rantai dengan menggunakan 50% petrol dan 50% minyak tanah.. ia digunakan sebelum perang duni ke dua untuk membuka kawasan ladang bagi penanaman getah di pedalam negeri.. manufacturing date 1936 (?) dan pembekal, Cleaveland Amerika Syarikat.. 



Ini pulak ialah Bangunan Stadthuys, bangunan setinggi 4 tingkat mengikut Bukit St Paul.. Stadthuys yang juga bermaksud Dewan Bandaran dibina pada tahun 1650an oleh Belanda setelah mengambil alih Melaka daripada Portugis pada tahun 1941.. ia telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh Gabenor Belanda sehigga tahun 1824.. 

Pemerintah Inggeris juga menjadikan ia sebagai pusat pentadbiran sehingga tahun1979.. dahulu warna asal bangunan ini ialah putih, kemudian ditukar kepada warna merah pada tahun 1820an dan kekal disebut orang sebagai Bangunan Merah..


Ini pulak ialah statue Abu Bagi yang dibina oleh saudagar bugis pada tahun 1980an.. pada asalnya statue ini berada di Sabah tetapi kemudian pindahkan ke Melaka pada tahun 2012 oleh pihak yang tidak dikenali.. menurut sumber penceritaan, stataue ini sangat ajaib.. mempunyai kebolehan berangan yang sangat tinggi.. comel tak statue abu bagi tu hahahaha.. 


Ok aku mengarut, gambar atas menunjukan aku sedang berada di dalam bangunan lama runtuhan Gereja St. Paul.. dalam gereja ni terdapat banyak batu batu yang bersandar yang diambil daripada lantainya.. gereja lama ini pernah dijadikan benteng pertahanan stelah temboknya diperkuatkan untuk melawan musuh.. pada tahun 1810-1811 bangunan ini dijadikan sebagai gudang untuk menyimpan peluru oleh British semasa menyerang Jawa..

Dalam runtuhan ni jugak ada satu macam perigi tah ape nama dia, kawasan tu berpagar boleh baling duit masuk kat lubang tu tuk buat wish.. banyak duit kat dalam, duit syiling dan duit kertas.. duit asing pun ada.. untuk orang yang bukan muslim je la.. yang Muslim jangan nak buat wish wish bagai macam tu, syirik..


Ok kalau datang melaka jangan tak beli ole ole ok.. aku beli beberapa magnet yang lekat lekat kat peti ais.. sebab aku tak de peti ais so aku lekat kat CPU atas meja aku kat opis keh keh keh.. banyak dah aku kumpul.. lagi aku beli key-chain ole ole tuk member kat opis.. tak banyak la tapi.. gerai jual souvenir ni terletak di dalam kawasan runtuhan Gereja St. Paul..

Ini pulak ialah kawasan dilarang pijak rumput.. tapi aku pijak je.. bebal tak aku hahaha.. masih kat atas bukit St. Paul.. aku berdiri berhampiran dengan tugu The Memories of Isabella Caroline Velge, Robert Malcolm Evans dan lain lain.. dekat ni jugak ada gerai jual souvenirs..

Nampak tak kat bawah tu.. tu la Kota A Famosa dan Dataran Pahlawan.. sebenarnya kawan atas bukit St. Paul ni kita boleh lihat banyak kawasan disekitar bandar Melaka.. daripada depan dapat tengok Menara Taming Sari dan kawasan kawan menarik yang lain.. serius nice..

Beca jangan cakap la.. banyak gila, colour full menarik cantik tertarik.. tak silap nak naik kena bayar 40 ringgit something, korang akan dihiburkan dengan lagu sound yang pasang kuat kuat, kalah dalam bilik karaoke, dangdut pun ada, lagu tamil, lagu india.. lagu laday gaga pun ada haha.. dia bawak pusing bandar dan kawan kawan yang best di sekitarnya..

Bagus naik beca kalau korang ni jenis yang malas nak bejalan.. sebab kat bandar ni sangat banyak tempat yang best.. memang tak larat nak pusing dalam setengah hari.. ya la kalau aku bukan just nak tengok je, nak tangkap gambar lagi, posing lagi,.. nak baca note dan info info lagi.. rugi la kalau datang just nak tengok then bla.. kena ada feeling  feeling belancong barula syok..hahaha..

Pintu Gerbang Santiago.. ia adalah salah satu daripada empat pintu gerbang yang telah digunakan dahulu untuk memasuki Kota Melaka "A Famosa".. Kota A Famosa dibina pada tahun 1512 oleh Tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque kerana sering diserang oleh tentera Sultan Mahmud... kemudian  Aceh dan tentera Johor daripada masa kesemasa selama hampir seabad..

Kota selebar 3 meter mengelilingi Bukit Melaka telah dibina daripada runtuhan istana, masjid, makam makam.. menara penijau didirikan di penjuru Barat Daya Kota Pertahanan Melaka.. ah aku rasa korang pun dah baca pasal Kota A Famosa ni.. dan dan aku nak tulis dalam entry..

Btw, masa kat sekolah menengah susah gak nak ingat nama si alfonso tu.. yang aku ingat Alfonso de Albukaki dengan lagu jingkling nona jingking nona yongkare kosa...

Tu je la yang aku boleh story dalam entry aku ni.. tak larat dah aku, banyak tempat yang kitaorang tak pegi sebenarnya.. sangat banyak ok.. sehari pun tak cukup kot, kena bermalam kat sana baru puas.. muzium muzium tu semua aku tak masuk, sebab setahu aku kat bandar ni ada banyak muzium..

Kira ok la.. dulu kan aku duduk kat Sabah, terfikir gak bila la aku nak sampai kat tempat tempat ni.. ya la kan dalam buku teks sejarah kan kita ada belajar pasal Sejarah Kegemilangan Melaka.. tengok dalam gambar je Kota A Famoso.. then datang sini baru la aku tahu kecik je rupanya A Famosa ni..

Syok la jalan jalan kat Bandar Melaka.. tak puas macam nak datang sini lagi one day..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Btw sebelum aku bla, aku nak bagi tahu yang korang mungkin akan merindui aku dalam tempoh beberapa hari ni hehehe rindu la sangat kan hahaha.... sebab aku akan berada kat SJMC untuk menjalani pembedahan, ceeeh macam nak bedah ape je kan.. apa apa pun doakan aku selamat, tak de komplikasi berlaku dan baik baik sahaja ok.. keep in-touch kat twitter @ashgive..  



Rabu, 9 Mei 2012

Laporan Siasatan Kezaliman Anak Monyet, Kuala Pilah

Mungkin korang dah tahu pasal entry aku cerita pasal anak monyet yang kasihan tu.. kalau tak tahu korang boleh tengok dalam entry aku yang ini.. kalau nak la, tak paksa pun hehehe.. sebab entry ini adalah sambungan daripada entry tersebut.. emmm nak cakap sambungan macam tak jugak.. kira macam ending la, kesudahan nasib anak monyet tu..


Dipendekan cerita, sebenarnya seorang aktivis hiwan telah mengubungi aku tang anak monyet tu.. 'sepatutnya anak monyet tersebut tidak dibiarkan macam tu.. ia perlu diselamatkan, seseorang yang ingin memelihara monyet atau kera perlu memiliki lesen atau permit, feeling feeling kasihan endup with nothing.. gerak kerja perlu dijana'..

Justeru itu aktivis haiwan tersebut telah membuat laporan kepada Jabatan Perhilitan Daerah Jempol, dan tindakan telah diambil.. berikut adalah laporan daripada En. Mohd Shukri Bin Hasim Ketua Perhilitan Daerah Jempol yang aku print screen..
Sebenarnya entry aku yang sebelum ni memang tidak berniat apa apa.. masa yang aktivis haiwan dan Jabatan Perhilitan hubungi aku pun aku dah rasa cuak.. eh apa ni apa ni... aku dah mula risau pasal tindakan saman kah apa kah dengan bangla dan pemilik ladang tu.. takut effect kepada company dan kerja aku.. lagi pun last time masa aku pegi buat visit kat ladang tu bangla bangla tu semua friendly dan nice je dengan kitaorang..

Kasihan dengan memeber aku yang pegi ladang tu tadi, bangla tu dah bising kat dia.. ye la kan diorang bab bab penguatkuasa ni memeng takut.. siap tanya macam mana perhilitan boleh tahu bla bla bla.. siap cakap pasal Vaseline lagi.. sah! memang la sebab diorang dapat info daripada blog aku ni.. ok aku dah mintak maaf  dah dengan member aku tu.. but the real is, dia je la yang tahu macam mana perasaan dia masa menghadap bangla tu kat ladang.. sori sebab aku memang tak de keperluan nak pegi tadi, lagi pun boss memang tak bagi keluar outstation suka suka hati....

Hasil siasatan, tak de unsur kezaliman yang dilakukan oleh bangla bangla tersebut terhadap anak monyet tu.. indeed diorang lagi nak selamatkan dan rawat anak monyet tu even sebenarnya terdapat banyak kumpulan monyet yang selalu je datang merosakkan hasil tanaman mereka..

Well even dalam entry aku tu pun tak de cakap pasal bangla tu menzalimi anak monyet tersebut.. munkin silap aku gak sebab tidak menceritakan keadaan situasi dengan lebih lanjut asal usul dan pokok kisah cerita anak monyet berwajah sugul dan kasihan tu, main tepek gambar dan cerita sekerat sekerat je kan.. cuma menjadi kesalahan kalau diorang nak bela anak monyet tu.. sebab kalau nak bela binatang macam tu kena ada lesen atau permit..

So, aku harap tak de dah lepas ni.. kira da settle dah.. anak monyet tu pun dihantar ke Zoo Melaka, aku harap luka dia akan bertambah pulih.. kalau korang nak tengok anak monyet tu boleh la lawat dia kat Zoo Melaka nanti ya..

Pengajaran daripada entry ni? korang fikir la sendiri ya..

Babab.net