Ahad, 1 April 2012

Aktiviti Berbasikal Di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam

Satu lagi aktiviti rakan seopis telah diadakan.. saja saja buat, kali ini aktiviti berbasikal di Bukit Ceraka atau nama penuh dia Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam Selangor.. walaupun bermula dengan gerimis mengundang tapi aktiviti tetap berjalan dengan lancar..

Untuk pengetahuan kepada sesiapa yang tak pernah pegi Bukit Ceraka ni, bayaran masuk ialah RM 3 seorang.. banyak kativiti yang boleh dilakukan kat dalam termasuklah berbasikal, basikal boleh sewa, RM5 ringgit sejam dan RM1 untuk setiap jam berikutnya.. tapi rasanya lagi syok kalau bawak basikal sendiri..

Kat dalam jugak ada Rumah Empat Musim, Rumah Rakyat, Taman Haiwan, Tapak Perkemahan, kolam renang dan banyak lagi la.. masuk sendiri baru tahu..

Macam biasalah, sebelum bermula mari kita bergambar beramai ramai dulu ya hehe.. nasib baik la baru habis gerimis, cuaca masih mendung, sejuk sikit, kalau tak mesti panas.. yang hitam bertambah hitam..

Ha adik adik macam ni la orang kalau kurang stamina.. naik basikal pun nak pengsan haha.. padahal semua pun semput, pancit, sakit kaki, nak muntah bagai, tak larat dowh huhuhu.. lama betol dah tak main basikal rasa macam nak terbongkar je lutut ni..

Tengok tu, ni bukannya aktiviti berbasikal.. ini aktiviti tolak basikal.. sembilu sangat uolllss, mak jemah pun turut sama tolak basikal haha.. asal naik bukit yang tinggi sikit mesti tak larat, aku paling suka kalau turun bukit huhu.. lajuuu...

Ada macam dekat oversea tak? Dublin ke Korea ke Manhattan ke ada tak hehe.. bajet.. tak dapat pegi oversea, bayar RM 3 masuk rumah empat musim pun cukup la ya, tak yah nak lebih lebih haha.. sekarang ni tengah musim bunga..

Tengok happy tak kitaorang happy tak? seronok aktiviti macam ni.. lupakan pasal kerja kat MAFC tu, buat serabut.. pegi macam ni berhuha huha sambil beriadah memang syok .. kerja kita kerja outing kita outing, wah gitu hahaha..  


Lebih kurang pukul duabelas tengah hari kitaorang bla dari Bukit Ceraka.. tak larat sakit bontot main basikal.. lepas membakar lemak kitaorang terus pegi menternak lemak pulak.. makan nasi arab, bantai daging kambing kat seksyen 7.. lokasi D Arab Cafe, belakang Unisel Shah Alam..

Tengok la orang yang dah kenyang, macam ular sawa yang dah telan sekor kambing, tak larat dah nak bergerak haha

So, tu la dia kativiti kitaorang rakan sekerja untuk kali ni.. plan nak buat apa pulak pas ni tak tahu lagi..

Selasa, 27 Mac 2012

Tutorial Cara nak Check-In Tiket AirAsia, (Mobile Online Check-in)

Ingat nak tido dah, guling guling atas tilam.. eik mata tak le pejam.. esok dah la nak gerak awal gi Cameron Highland.. ops!! jangan jeles hahahaha..

Malam ni kerajinan sedikit melanda.. aku akan buat tutorial pulak.. cara nak check-in Air Asia guna telephone..  kan sekarang talipon dah canggih manggih.. apa la guna teknologi tu kalau tak di gunakan sepenuhnya ye dak..

Kebaikan guna online atau mobile check-in, kalau kat airport tak yah dan nak kengkabut nak baris, kalau tak de barang nak drop kat bagasi terus je belenggang kangkung ke boarding.. tak yah susah susah..

Lagipun AA kalau korang check in kat kaunter extra charge akan dikenakan, kalau tak silap aku RM10.. korang kena check in gak kat kios dia sejam awal.. so paling selamat, buatla online or mobile check in ok..

Pictures dah ada, tangkap guna Screen Mucher beberapa jam sebelum flight aku hari tu.. so, kalau rasa rasa nak belajar follow la steps kat bawah ni..yang penting korang dah beli tiket dan penerbangan telah disahkan.. kalau tak beli cam mana nak check-in kan..

 Pastikan korang ada aplikasi mobile Air Asia dulu.. downland la, free aje.. apple, android, apple atau blackberry semua boleh.. klik, masukkan booking number and departing airport.. pastu klik Find Flight 

Then dia akan kuar macam kat tas tu,  semak betul betul.. kang salah.. pastu tick pada passenger kemudian continue.. 

Pastu macam ni..  follow je instruction dia.. senang kan?! macam makan kacang..

 Pastu kompomkan yang korang ni tidak membawa barang barang berbahaya cam gunting, pisau, senjata api , M16, bom, bahan radio aktif dan lain lain macam yang dia cakap kat atas tu..

Ni sangat penting, abis je korang sahkan tak de barang berbahaya then dia keluar macam kat atas ni.. details siap dah bagi seat dah pun.. tu seat random dia bagi sebab aku tak beli seat.. jimat RM6 hehehe yang penting duduk dan sampai.. QR code tu pulak penting tuk karang dapatkan boarding pass kat kiosk airport nanti, kalau tak sempat nak print kat rumah.. ada gak dia hantar kat email dan sms..

Then siap dah.. boleh la view boarding pas korang.. tapi takkan nak bawak dalam talipon dalam betuk soft copy kan.. so dapatkan boarding pas kat airport..

 Datang je kat airport belenggang terus pegi scan QR code tu kat kios AA.. pastu boarding pas dia prinkan dan kuar macam dalam gambar kat bawah ni...

So kalau tak de barang nak drop kat bagasi, korang tinggal masuk kat boarding area je la kalau dia dah call.. ok senang je kan.. techno bang techno gunakan..hahahaha.. fyi, QR code yang aku guna adalah QR code aku Screen Muncher-kan je, yang kat atas tu (pic ke 5), tak buka email bagai.. senang kan ada screen muncher ni hehehe..

Membantu tak tuto aku ni.. kalau orang dah biasa memang la dia cakap tak, kan kan.. tapi serius cakap, ade je key-words masuk dalam blog aku ni guna perkataan "cara nak check-in tiket Air Asia" and yang sewaktu dengannya.. harap harap ini boleh membantu.. ok!! hot regards Abu Bagi hahahhaha..  

Babab.net