Wednesday, July 17, 2013

Orang Berkeyakinan Tinggi Mudah Berjaya

Agak lama jugak aku tidak menulis entry tentang pendapat kan.. last time cakap pasal pendapat aku tentang tren wanita bertudung masakini.. ni dah lama tak update otak pun jadi tepu sudah..

Mungkin short entry nak cakap tentang keyakinan diri.. yaaa keyakinan diri dapat menjadikan anda hidup berjaya.. betu la, sebagai orang yang dah berkerja.. menurut pengamatan aku orang yang  berkeyakinan tinggi pempunyai peluang yang sangat cerah untuk pergi jauh dalam bidang yang dia ceburi, lagi lagi orang yang bijak dan pandai bercakap..ini serius..

Sebenarnya aku agak jeles apabila melihat orang begitu yakin bercakap di hadapan orang ramai dan tak nebes.. lek je dia.. atau secara face to face memberikan pendapat dan hujah.. kadang aku tengok diorang ni tak de la bijak mana pun.. tapi disebabkan cara mereka bercakap ia dapat menarik minat orang lain, tambah tambah lagi dia nak kelentong orang yang bongok..

Pada satu keadaan tu kadang kadang orang tak nampak pun qualification.. ya aku setuju, salah satu cara untuk kita hidup berjaya ialah degan mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa di university.. tapi serius aku nak bagi tahu kat korang.. yang tersangat lah penting ialah keyakinan diri.. keyakinan untuk bercakap, yakin menempuh cabaran, berani merima perubahan dan yakin dan terus yakin.. keputusan super cemerlang cuma sebagai tiket untuk kita get trough je..

Di dalam organisasi, orang yang mempunyai keyakinan diri dan bijak berkata kata dilihat sebagai orang yang unik dan berkebolehan.. apa yang menjadikan mereka mudah untuk dilihat di dalam kesesakan orang ramai.. itula dia package untuk mereka pergi jauh.. dan serius aku kurang dalam hal ini..sodih sob sob..

2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

kita dpt merasakan bahawa kita kekurangan dlm 1 segi tp kalau kita ada usaha utk mengatasinya, isnya allah keyakinan itu akn dtg secara x langsung. contoh, mcm bertutur dlm BI. Kalau x belajar, kita x yakin nk berkomunikasi. so belajar n belajar insya allah keyakinan utk berkomunikasi dlm BI itu akn muncul dgn sendiri.

sesegar said...

I setuju! I like.
My husband is one of the person yang sgt tinggi keyakinannya. Tapi bila kita yang kenal dia ni tengok, rasa macam entah apa2 yg dia merepek, bagi org yang melihat dia berhujah,rasa macam wowww, so cool. hehee. just pendapat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!