Friday, September 14, 2012

Senaman Berjalan Kaki Untuk Kesihatan

Dah lama tak buat entry entry kesihatan dalam blog ni.. jangankan nak buat sihat sihat, blog pun dah jaran bukak.. harap korag tak meroyan le yerr menanti kemunculan aku kat blog korang hahaha.. retis enough..

Ok mari kita cakap pasal kesihatan, lets start walking for exercises..disebut dalam bahasa penjajah, bahasa tanah air "mari mula berjalan untuk bersenam"..errr.. macam tu la.. ramai yang tak sedar sebenarnya berjalan adalah satu senaman yang bagus untuk kesihatan 

Selain itu ia juga dapat membantu anda mengurangkan stress dan jika diamalkan dengan pernafasan perut yang aktif dan betul pada setiap langkah kelebihannya adalah lebih banyak berbanding senaman yang lain.. emmm bagus kan.. ini tak asyik nak merungut je, sakit kaki la..penat la hahaha..

Btw, bacaan seterunya menerangkan tips tips senaman berjalan kaki yang betul dan mungkin perlu diambil tahu..

Set expectation korang.
Berjalan degan jarak yang panjang pada kadar yang perlahan pun tak pe..biar sampai peluh membasahi ketiak korang.. tapi digalakkan berjalan tidak kurang daripada 3 kali sehari.. berjalan setiap hari pada jarak lebih daripada satu batu is too much..

Cari tempat yang selamat dan bagus untuk berjalan
Pada kebiasaanya kita main belasah je kan.. berjalan sebab ada tujuan, nak pegi rumah jiran sebelah ke..shopping shopping ke.. apa apa pun pastikan ia bukan kawasan yang merbahaya, tak banyak batu batu, parit besar atau halangan yang boleh membahayakan kesihatan.. kang terpeleot kaki susah pulak.. cadangan tempat yang sesuai ialah di kawasan taman rekriasi, padang atau di sekitar kawasan perumahan atau kolej korang..

Pilih tempat yang easy first walk
Sejauh mana pun korang berjalan, pastikan korang akan mampu berpatah balik.. jangan sampai sesat.. kang jalan jalan kat tepi hutan terus hilang.. berjalan di track bulat yang sederhana sejauh setengah kilomiter pon boley..

Jangan beri tumpuan sangat berapa jauh korang nak jalan
Berapa laju dan berapa jauh korang bejalan adalah perkara kedua.. yang penting berjalan dengan hati yang tenang, suka suki.. hayunkan tangan dan berjalan dengan posture yang betul..berjalan dengan tegak, jangan nak bongkok bongkok udang bagai, bahu kebelakang dan berjalan dengan penuh kemajuan wah!! gitu haha..

Setkan masa
Bila mula mula berjalan, decide berapa lama korang nak berjalan.. pastikan korang mampu, jangan paksa diri..jangan risau tentang jarak yang pendek dan masa yang sangat singkat..just keep moving sehingga target korang tercapai.. lima minit pada setiap hari minggu pertama adalah permulaan yang baik, ia akan ditingkatkan dari seminggu ke seminggu..katanyerrr...

Ok itu je la tips tips kesihatan untuk kali ni.. buat entry untuk motivasi diri konon, nak kurangkan muffin top yang ada kat perut ni hahaha.. 

Tapi serius, berjalan adalah senaman yang sangat bagus..orang dulu dulu tak banyak penyakit pun, hidup sihat cergas bagai, banyak berjalan sebab tak de transport mengkali, selain mengamalkan pemekanan yang sihat..

Tapi ramai yang suka berjalan jalan di shopping mall.. boleh cuci cuci mata katanyerr hahahaha..

12 comments:

faridah nazurah said...

haha aku pergi kerja jalan kaki je. pastu aku guna tangga nak ke tingkat 3. pastu tiap sejam aku jalan pergi ke toilet. haha bagus x cara senaman aku?

si robot comel said...

aku dulu berjalan kaki dari sekolah nak ke bus stop lebih kurang 20 minit,alasan nak jimatkan duit tambang dan taknak naik bas dari sekolah sebab bas tambang tu kecik,gila ah,haha

kira senaman juga tu kan?

Aki said...

sa paling rajin jalan kaki.. ari2.. :D

Rain said...

aku penat turun naik bukit hari-hari abu oii.. curam bang curam!

blog-tips-kurus said...

jalan2 dlm new shopping mall best sebab akan ade adegan sesat bagai.. (",)

[sutera kasih] said...

jln kaki ulang alik dlm rumah pun kira exercise la ba kan? asi la kan buu?heee

Hanif Idrus said...

Yg last tu paling tepat..ahaks

Cikgu Ma said...

syg nk jalan2..hbis lemak nnt...kihkih

Sayidah Nafisah Ruslan said...

saya suka berjalan tapi jalan laju2.. tu kira senaman jugak kan?

Ash Give said...

oh nampaknya ramai yg suka jalan kaki.. ptutla semua slim slim belaka..hehehe

syakey said...

kalau lahh jalan kat shopping mall boleh turun kalori berkilokilo. bestnyaa hahah

Ash Give said...

hahaha kan.. msti ramai perempuan yang dan slim river..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!