Thursday, August 25, 2011

Jom Balik Kampung

Uh!! lamanya tak update blog.. since naik Cameron Highland hari tu, tak update means tak buat kunjungan balas jugak la.. sorry guys, busy lately.. aku tahu korang pun sama jugak kan, ya la nak buat persiapan raya.. mestila busy ya dak.. aku pulak sibuk beli itu ini dan packing barang.. berat kena bajet bajet, takut terlebih..

Hari ni adalah hari terakhir aku kat Puchong, esok 26 haribulan Insyaallah aku akan berada di kampung halaman.. hari yang amat aku tunggu tunggu.. perasaan sebagai perantau yang harus mencari rezeki membela nasib 'kita' bersama.. sungguh syahdu sekali.. nasib la aku balik kampung tahun ni.. so boleh la nyanyi ho ho ho balik kampung hati girang.. sesuai kan dengan lagu allahyarham Sudirman?.. hehehe lagu pebret aku kalau dekat dekat nak raya sebagai perantau...

Last year raya aku tak balik.. tak silap, aku hanya balik Sabah pada hari raya ke 14.. memang masa tu feel raya dah habis.. aku balik just untuk mengubat rindu dengan family, sedih gila kan?.. aku tak tipu masa tu aku nangis dengar lagu Dari Jauh Kupohon Maaf.. arghhh!!! sedih.. sebab tu raya ni aku tekad nak balik, beli tiket awal awal, kumpul cuti banyak banyak..hehehe.. dan bulan sebelas nanti ni aku akan balik kampung sekali lagi Oyehhh!!.. tiket dah beli siap siap.. hembek kau!! hahahaha..

rindunya suasana kampung hehehe.. sebenarnya kampung aku tak de la macam ni

Minggu depan KL dah start lengang.. hujung minggu ni orang ramai dah mula balik kampung, ke utara selatan timur dan barat, dan masa raya nanti kat KLCC tahu tahu jak la, mesti ramai foreigner kan hehehehe.. tapi yang pastinya ramai yang balik ke kampung ingin berkumpul bersama keluarga meraihkan hari kemengan melawan nafsu di bulan ramadan.. bersalam salaman, bermaaf maafan antara satu sama lain.. syoknya raya.. ayat aku beterabuh...ah lantak la..keh keh keh..

Kepada sesiapa yang balik kampung tu pastikan rumah anda berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan, berkunci, api air dipadamkan hidupkan mana yang patut sahaja, dan bagi tahu jiran yang tak balik kampung jika perlu.. sesiapa yang drive tu berhati hati ketika memandu, patuhi peraturan jalan raya.. saya mendoakan kita semua selamat sampai ke kampung halaman untuk bertemu ibu bapa dan keluarga tercinta.. ok..

32 comments:

Fathiah Hamim said...

selamat balek kampung abu!
selamat ari raya! hehe
semoga selamat perjalanan =)

Cik Ca'ah said...

yeay!
balik kampung :)
semoga selamat sampai,ye Abu


^^

meaw said...

selamat pulang kekampung yeeeeee! selamat berpuasa,selamat hari raya juga :)

Aki said...

jangan lupa tekan tu loceng kapal terbang kalau sampai lahad datu ah.. takut ko telimpas.. :-p

muhamad hanif said...

wowowow balik kampung, hati girang !!



ahahahahahah

Anif Abdullah| AA said...

Mboii.. bahagia sungguh nih..haha..

Syakir Rahman said...

sonok la siapa yg kat perantauan tuh...balik kg smbil dgr lagu raya plak pergh.....sayu je hati...hahaha

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

slmt bercuti abu!

salam lebaran..duet raya utk aku takde ke? :D

sleeping_maniac90 said...

slmt pulng k kg abu!!!
ho ho blik kg.. lalalalalala

(ak x ingt lirik)..

Rtp Farra Arisha said...

seru sgt klo dpt nyanyi lagu balik kampung tu kan!! :)
btw, mudah2an selamat pulang dan pergi :)
have a very safe journey!!

Lalalililulu said...

jom!!!!

aqmalazmi said...

SELAMAT SAMPAI ABU =)

fa-in said...

selamat lah ye.. :)

WAHIDA ALIAS said...

jom blk kampung..ceh..mcm la ade kampung..huhuh

adidahzubir said...

esok pun aku balik kampung. ohyeaahh..tak sabarnyewwww !

schaze zainn said...

selamat balik kampong

bestnya dapat cuti lama-lama =,="

Aman Ibrahim said...

selamat hari raya Abu!!
nak duit raya?

Hans said...

patutlah semangat betul ko nak balik
aku dah faham
hehehe

GaRy™ said...

selamat balik kampung!! hehehe.. kalau ada masa jumpa la di LD.. hahaha...

Shamsuddin Amin said...

balik balik...
org fofular mmg bz nak update... kan...

[sutera kasih] said...

selamat pulang kampung bang bu..

raya nnti jemputlah ke rumah ^^

sergeant keroro said...

wah wah, selamat pulang ke kampung :)

Azham Vosovic said...

Selamat Balik Kampung bro! Kem salam kat org LD hehehe

syrupmasin said...

selamat balek kampung abu..tc :)

yatie Awang said...

semoga selamat sampai, nanti pulang ke sini bawa ole-ole dari kampung
selamat hari raya maaf zahir batin andai ada terkasar selama berblog

NURUL NADIAH MAMAT said...

Selamat pulang ke kampung wahai perantau...have a save journey....!

Nad nak ucapkan Selamat Hari Raya ...Maaf Zahir dan Batin..

p/s : kim salam kat family... ^_^

Caythrine Amanda said...

selamat samapai kampung yea..
selamat hari raya!

Lea IsNaw! said...

selamat balik kampung

ho ho ho balik kampung

Bidadari Syurga said...

selamat sampai ke kmpung ok.... selamat hari raya gak kalau akak tak on time raya tu.... hamboi... awalnya balik raya....

Ummi_Rosalicious said...

abu...selamat jalan :D

semoga selamat semuanya!!

Afzainizam said...

balik kampung wehhh moga cepat sampai selamat sampai selamat segalanya
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup

APAN said...

saat aku membaca entri ni dah 26 hb ma...ko kat kg la tu kan? bes la tu... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!